Tuesday, October 30, 2007

Dari T-Bolt ke Merida 901

Salam..
Jeng..jeng..jeng..Nampaknya semalam 14/11/2007 adalah tarikh keramat bagi ust Hakim khasnya, dan Group TKP 24 secara am nya..ini kerana,semalam Ust Hakim telahpun menerima basikal Idamannya..Merida -901.seperti mana yang beliau pernah bagi tahu, Merida 901 nie adalah "cinta pandang pertama" beliau..


"Ust Hakim dan Amal Insyirah..bergaya bersama MERIDA 901 Baru"
Semalam semasa sesi test ride, jelas terpancar keceriaan di wajah Ust hakim..maklumlah setelah menanti dan bersabar sekian lama, akhirnya berjaya juga beliau melengkapkan "Transformasi Fasa pertama" sebagai seorang rider TKP 24, sama seperti aku, Naha Nizam dan lain lain..nak tunggu fasa seterusnya, bermakna kene lah melabur "RM" sikit lagi..


"Wong! amacam ada gaya Larn Amstrong tak?? Baik cakap ada..kalau tak aku tak beli beskal nie.."
Apa itu "Transformasi Fasa Pertama"?? Definisinya adalah, Bertukar "mazhab"dari MTB, kepada Roadbike, tetapi masih belum ada (kasut+jersey+glove+helmet+meter dan mcm-mcm lagi-) dan pastinya perlukan sedikit lagi pelaburan..dalam kes ust Hakim ni, beliau berubah dai MTB(Proton T-Bolt kepada Merida 901)..sebenarnya dalam Group TKP 24, cuma Sifu Rashid dan Bro Hamas "De Luca" sahaja yang dah Transform sepenuhnya(Lengkap-Basikal+Jersey+Kasut+Road Pedal-Cycling Golve dan lain-lain. Tapi bagi aku itu semua tak penting, yang penting kehendak untuk berkayuh,sebabnya mudah..apa guna beli basikal memahal, kalau setakat simpan kat rumah..Anyway, aku tak mau membebel panjang, berikut adalah gambar dan Spesifikasi ahli Baru TKP 24..Tahniah Ust Hakim!



Owner:Ustaz Hakim
Model:Merida 901 07(Brand New)
SIZES :XS
SPEEDS:27
FRAME :Road Lite Ride
COLOR :1. blue/black
FORK :Carbon Road UD30

DERAILLEUR FRONT :Shimano Sora, 31.8 mm Triple
DERAILLEUR REAR :Shimano Sora GS
SHIFTER :Shimano Sora Dual Control
BRAKE LEVER :RL570
BRAKE :Shimano Sora
CHAINWHEEL :Shimano R453, 50/39/30T
HUB :Shimano Sora
SPOKES :Stainless silver
RIM :Alex DA-22 CNC, black
FREEWHEEL :Shimano CS-HG50-9, 11-25T
TIRE :Maxxis Xenith 23-60
STEM :X-Mission Comp OS, -8°
SADDLE :Road Ride Comp
SEAT POST :X-Mission Speed SB20, Ø27.2
Frame size (CT) :47CM
Top tube (mm) (A) :525

Seat tube (mm) (C) :410
Dropout inner width :130
Chain stays (D) :410
Head tube angle (Q1):71°
Seat tube angle (Q7) :74°
Bottom bracket height (H) :65
Bottom bracket width :68
Wheel base (W) :985
Fork offset (F) :45
Head tube length (L) :125

Tuesday, October 23, 2007

Beskal "Baru", Semangat Baru

Beskal "Baru", Semangat Baru
Salam..akhirnya, berjaya jugak aku mencuri masa untuk menempek Gambar beskal beskal "baru" atau lebih tepat lagi,transformasi yang telah berlaku kepada Team Cycling TKP 24..transformasi yang aku maksud kan ada lah dari segi Basikal itu sendiri, dan jenis kayuhan..

Transformasi dari basikal "MTB" ke Jenis "Road", dan Dari Kayuhan "Offroad" ke "Road"..semuanyer gara-gara,tak tahan dengan maintainance keatas beskal MTB..seperti yg semua sedia maklum, MTB yang kami gunakan pun, memang dari Jenis "CAP AYAM" semuanyer..so memang setiap kali ride, mesti ada yg rosak..lagipun, kayuhan group kami lebih banyak kat "road" dari "offroad" so adalah lebih praktikal kalau kami gunakan "road bike sahaja"tapi takde lah yang mahal sangat jugak beskall "Road Bike" kami nie..sesuai dengan Budget, dan duit dalam poket memasing..

Dibawah, aku susun barisan basikal yang telah berjaya dibeli oleh kawan-kawan aku, sepanjang bulan puasa yang lalu..ada 4 Biji semuanyer..Aku susun dari High End sampai lah ke low end Bike.

Inilah Puncanyer

Owner : Rashinuddin..(a.k.a Rashid)

Model :Megaplus yr 2004

Groupset: Ultegra G/Set - 9 speed.

Ulasan: Inilah dia jentera dan Orang yang banyak mempengaruhi Rider TKP 24 untuk "ber evolusi dan bertransformasi" kepada roadbike..beliau jugak lah puncanya yang membuatkan kami terpengaruh dan mula berjinak-jinak dgn dunia berbasikal nie..Bro Rashin banyak memberikan tunjuk ajar, dan tips yang amat berguna kepada rider beginner seperti kami..beliau nie memang dah lama dalam dunia road cycling, dan aku suka dia pasal dia nie x pernah kedekut ilmu ..tanyalah aper saja berkenaan cycling, insyallah, kalau dia tahu, dia akan jawab.. Thanks Bro..

No 1

Owner : Hairudin Masnin"Hamas De Luca"
Make : Bianchi
Model : Team Issue- Bianchi Liquigas "De Luca"
Group Set: Full set Ultegra 10 Speed
Unit: Second Hand (as good as new)
MTB: Nexus Pro S.Series-(bagi anak..)

Ulasan :Hairudin a.k.a Cik din adalah rider yang paling besar budgetnyer dan sebagai beginner macam kami, beliau adalah yg paling advance.., Actually tak seorang pun menyangka yang Cik din akan keluarkan Bianchi..sebab kami semua tahu, idaman beliau adalah Trek Discovery Channel..mungkin takder jodoh dengan Trek..dan Bianchi nie pun Memang Cantik..tahniah Cik Din..

No 2


Owner : Naha Yusof
Make : Fuji
Model : Finest
Group Set: Full set Sora + Rd Tiagra (8 Speed)
Unit : Brand New
Colour : Electrik Blue
MTB : Exitway Dragonish Hardtail-(bagi anak..)

Ulasan :Bro Naha nie, adalah antara rider yang paling fit dan kaki paling kuat dalam group kami..dia boleh kayuh MTB sama pace dengan Road Bike tanpa rasa mengah..senyum selamba ajer..Tak dapat dibayangkan macam mana lajunyer dia kayuh kalau dia sendiri dah pakai Road Bike...ni lagi sorang surprise ..kami semua tahu beliau akan beli sebijik road bike, tapi tak sangka seawal ini..ingatkan ujung tahun..anyway, tahniah..

No 3
Owner : Gilbert Gaweng (Aku Le tue..)
Make : Scott Usa
Model : Expert
Group Set: Full set Shimano 105 /9 Speed
Unit: Second Hand (Err..bohsia..)
MTB: Vistana/Custom made Mitsubishi-(Sold as Scrap metal)

Ulasan :Hee..untuk aku sendiri, memang semua dah tahu aku akan beli beskal..pasal beskal aku dah jahanam..so bulan puasa aku x der beskal..tapi alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku setiap kali sebelum berbuka..mintak beskal road sebijik..walau beskalnya pun tak secantik mana,Calar sana-sini, tapi aku puas hati sebab atleast cita-cita aku tercapai..biarlah orang panggil beskal aku Bohsia ke, pelacur ker, at least beskal Bohsia tak bawak penyakit AIDS..

No 4

Owner : Nizam Hamdan
Make :Polygon
Model :Trexia (Hybrid-Road + MTB)
Group Set: Full set Shimano..(model kurang pasti)/8 speed
Unit: Brand new
MTB: Nexus Pro S.Series-(bagi anak..)

Ulasan:
Ni lagi sorang rider yang tak disangka-sangka membuat kejutan.. asalnya, nak beli beskal nie selepas raya..mungkin bimbangkan persaingan dari Rider TKP 24 Yg lain, maka beliau telah mendahului pesaing nye dengan membeli beskal ini, seawal minggu pertama bulan puasa..beskal nie agak unik, dan merupakan beskal Hybrid pertama dari malaysia..Frame+Wheel set + brake semuanyer road bike punyer, tetapi handle bar, Gearing semuanya MTB punyer..amat sesuai bagi mereka yang sukakan gaya kayuhan MTB, tapi cuma kayuh kat jalan Biasa..Tahniah Bro Nizam..


No 5


Owner : Mohd Shurimen

Make : Le Run Solaris

Ulasan: Kalau ditanya kepada Rider dari TKP 24, "siapa Pakai Le Run Solaris?" pasti semua orang tahu..sebab ini adalah basikal yang paling glamer sekali di TKP 24..Mula dibeli pada Pertengahan Julai 2007, tapi sampai sekarang tak pernah ride sekali pun lagi..bukan Ridernyer sayang atau x mahu ride, tapi takder peluang nak ride sebab, isteri Bro rimen nie tetiba keje shift..setiap ahad isteri beliau kene keje..so setiap ahad jugalah Bro rimen kene jadi Nanny..hu.huu..kesian..Anyway,tahniah sebab berjaya mengekal kan status beskal nie sebagai beskal baru ..

Begitulah serba sedikit evolusi yang berlaku di "Group TKP 24" Cycling team setakat lepas raya nie,transformasi yang tak lah segempak mana, tetapi impaknya agak hebat kerana kalau dulu kami cuma ride tak lebih 30KM.. dengan kehadiran beskal-beskal Road nie,di harap group TKP 24 akan lebih yakin untuk melepasi titik 30 ke 50km++ per ride..lepas nie setiap minggu average ride kita adalah 80km ++..dan ke atas..dan aku percaya, akan berlaku beberapa kejutan lagi akan berlaku sepanjang 2 bulan akan datang...Kita tunggu dan lihat. Bye

Guess Tracker

eXTReMe Tracker