Monday, December 29, 2008

Christmas Ride 25/12/2008

Tarikh: 25/12/2008
Masa:8.00pagi
Jumlah Km: 75km / Average speed 22km/h(lebih kurang...)
Laluan:TKP24-Lekas Highway-Nilai-SalakTinggi-Bangi-Tkp24
Rider Terlibat-Din De'luca,Sifu Rashid,Nizam Trexia, Naha Banzai,Gen2,Gaweng.

Hari ni Antara ride yang terbest sebab cuaca tidak begitu panas, walaupun kami sampai tepat jam 1.oo ptg,dan nampaknya Lekas Highway dah jadi antara route favourite kami..ride kali nie patutnya dapat mengumpulkan seramai boleh rider tkp24 yang dah lama sangat tak keluar ride reramai (Lebih dari 4 orang kami ada tak kuirang 10 rider) tapi malangnya ada 2-3 orang lagi rider yang last minit "meng-chicken-kan diri" mungkin sayang nak bangun pagi sgt kot..hee..hee..
err bangun pkl 7 pg ahad tu pagi sgt ke??? anyway thankx to bro Nizam Trexia yg jadi cameraman untuk ride hari tu..


Barisan Jentera yang terlibat pagi tu..

Cik Din Deluca Beramboi memberi posing maut untuk majalah Playboy edisi Indonesia.Dengan harapan terpilih jadi cover model untuk edisi tahun baru 2009.
Dar Kiri:Firdaus Gen-2,Din Deluca,Gaweng(tahan nafas tuu..)Nizam trexia, Dan Naha Banzai..Sifu Rashid Yg Amik Gambar nie..

Sifu Rashid dan diapit oleh Gaweng(Tahan Nafas lagi tu.. dan Naha Banzai)




Sifgu Rashid in action
Naha Banzai dan Gaweng bersama jentera merida memasing(err Merida owners club???)






Sunday, December 28, 2008

Interstate Challange 22 & 23 Nov 08

Coretan:Sepanjang 2 hari kayuh, memang gila babas punya mencabar bagi rider baru setahun jagung macam aku(gaweng)..ikut pulak Otai semuanya, cuaca juga memang tidak menyebelahi kami. Panasnya masyallah..boleh jadi ikan kering kami dibuatnya..tapi alhamdulillah tak berlaku sebarang kemalangan,tayar beskal pun xde yang pancit..semuanya selamat..hanks kepada Sifu Rashid,Bang Berahim dan Matta yang sporting, dan sudi ajak aku ride sekali ke-Melaka kali nie..
Dari kiri Matta,Rashid,Dr Fauzi & Bang Behaim













Monday, December 22, 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

Tuan/Puan Penghuni Jalan TKP24
Taman Kantan Permai
43000 Kajang

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN
27 DISEMBER 2008

Dengan segala hormatnya, Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jalan TKP24, Taman Kantan Permai ingin menjemput Tuan/Puan sekeluarga ke Majlis Jamuan Akhir Tahun yang akan diadakan pada 27 Disember 2008 bertempat di gelangang badminton Jalan TKP 24. Maljis akan bermula pada Jam 8.00 malam. Tuan/Puan beserta keluarga digalakkan memakai pakaian Smart Casual yang sopan.

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

8.00 malam : Ketibaan ahli keluarga TKP 24
Bacaan Doa diketuai oleh Ust Abdul Hakim Mohd Bisri
Ucapan Alu-aluan Pengarah – Mohd Firdaus
Ucapan Alu-aluan Pengerusi KRK TKP24 – Suhaidi Mohd Yassim
8.15 malam : Penyampaian Hadiah kecemerlangan UPSR
8.45 malam : Jamuan Makan Malan
Mesyuarat Hari Keluarga TKP24 Tahun 2009
11.00 malam : Bersurai

Sekian.
Hairudin Masnin (S/U KRK TKP24)

Monday, December 1, 2008

30-11-2008

Petang sabtu ustaz merida, gaweng, banzai bersetuju ingin mengulangi laluan LEKAS bagi mengiringi zamri dan firdaus gen2 yg teringin mencuba keesokannya. Malangnya malam minggu kami bermain badminton di stadium tertutup TKP24. Sudahnya pagi ahad tiada siapa yg keluar mengayuh dek kepenatan mengayuh hari sebelumnya dan bermain badminton pada malamnya.

Petang 5.00pm sdg leka memerhati anak gunting rambut di kedai, masuk sms dr trexia mengajak kayuh. Jam 6.00pm trexia, ustaz merida dan banzai mula berkayuh menuju LEKAS. Zamri ingin menonton badminton terbuka hong kong sementara gen2 menghantar anak ke klinik akibat demam campak. 10 minit kemudian gaweng menyusul dr belakang. 2.5km melepasi susur bangi/semenyih kami berpatah balik memandangkan jam menunjukkan angka 6.30pm. bergabung dengan gaweng berhampiran plaza tol kajang selatan. Tiba di TKP azan maghrib berkumandang.

2 hari mengayuh memperolehi jarak l/k 110km. Best...memang best. Ride mungkin disambung selepas hari raya aidil adha...mungkin zamri, gen2, zaki, sedi, azizi akan bergabung....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

LEKAS

29-11-2008
Setelah sekian lama tak merekodkan route kayuhan rutin, pada sabtu yang lepas ustaz merida, gaweng dan banzai yang ketiga2nya menunggang jenama merida telah mengeksplorasi laluan LEKAS (Lebuhraya Kajang-Seremban). Dari Tkp kami bermula jam 8.00am menyusur keluar ke lebuhraya. Memandangkan riders yg lain ada aral masing2, kami bertiga mula mengayuh dalam cuaca yg mengasyikan.

Memang selesa sungguh melalui highway baru ni...sedar tak sedar kayuhan mencapai kelajuan 35-40km/j. Berhenti di kawasan rehat pertama menunggu rizal trek yang ingin join kayuhan kami...selepas itu kami keluar di tol nilai/pajam menyusur ke nilai. Berhenti sarapan di nilai square pekena roti telor..perut dah kenyang,selesai bertukar info dgn rizal, cuaca tetap redup...kayuhan diteruskan menuju ke sepang. Kalau selama ini di puncak bukit De Palma kami berhenti rehat tapi kali ini tak terasa nak berhenti...Alhamdulillah mungkin cuaca yang memberi kekuatan.

Dari sepang ke salak tinggi....menyusuri jenderam - sg. buah - Ukm- jln Reko - masuk semula SILK - kajang utama - kajang perdana - prima saujana - Tkp. Disulami beberapa siri perhentian, menunggu rizal yg tertinggal di belakang( sebulan tak mengayuh selepas mendaki genting sempah) memang cukup memuaskan. Total riding hour 3 jam,jarak l/k 78km.

Minggu sebelumnya gaweng,rashin,pak berahim,matta dan bro razak(otai le tua) berkayuh dari bangi ke melaka l/k 100km tapi belum update di blog lagi.

Thursday, October 2, 2008

New Ride: MERIDA 901-18

latest machine in TKP 24...after raya insyallah,the ride will restart again..


Tuesday, September 2, 2008

Fadhilat Ramadhan
Sumber http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Monday, August 18, 2008

Majlis Sambutan Awal Ramadhan pada 30 Ogos 2008 (Sabtu)


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jalan TKP 24 (KRK TKP 24) akan menganjurkan Majlis Sambutan Awal Ramadhan pada Sabtu, 30 Ogos 2008 (bersamaan 28 Syabaan 1429H).

Objektif utama Majlis Sambutan Awal Ramadhan ini adalah untuk:
i) Memantapkan diri melalui program kerohanian untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan.
ii) Mengukuhkan hubungan silaturahim di kalangan ahli dengan masyarakat setempat melalui program keagamaan bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur menjemput Tuan/Puan untuk menyertai Majlis ini. Kami juga ingin memohon sumbangan ikhlas dari Tuan/Puan untuk menampung kos perbelanjaan penganjuran Majlis ini. Kadar sumbangan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur adalah seperti berikut:
· RM30.00 / keluarga (ahli KRK TKP24)
· RM40.00 / keluarga (bukan ahli)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Suhaidi Mat Yassim / Pengerusi (013-3624318), Hairudin Masnin / Setiausaha (019-3317996), Muhammad Shukeri Ahmad / Pengarah Program (012-3992875).

Penyertaan Tuan/Puan amat dialu-alukan dan semoga mendapat ganjaran dari Allah jua.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Hairudin Masnin, Setiausaha, KRK TKP 24

Monday, August 11, 2008

Bowling KRK TKP24 (10/08/08)


Senarai penuh pembowling yang telah menjuarai katergori masing-masing adalah seperti berikut:
Katergori Individu Suami. ( Mengikut Ranking yang dikeluarkan oleh Persatuan Bowling Dunia-WBA )
1. Firdaus Vios - 303
2. Zaki - 264
3. Naha - 261
4. Shurimen - 260
5. Gaweng - 251
6. Di - 243
7. Din - 229
8. Abg Zol - 221 ( anak dia banyak strike semalam )
9. Zamri - 220
10. Nizam - 191
11. Arif - 181
12. Haji Pozlan - 169

Katergori Individu Isteri ( Katergori ini tidak diiktiraf ole WBA disebabkan TKP24 telah melanggar procedure iaitu menentukan juara dengan lambung duit)
1. Dila - 107
2. Zuraini - 107
3. Suzie - 105
4. Ina - 93
5. Wati - 70
6. Azizah - 68
7. Asma - 67
8. Zaharah -67
9. Zaiton - 65
10. Lisa - 57
11. Mastura – 56 – Hadiah Khas

Hadiah keseluruhan Keluarga TKP24
1. Naha – 366
2. Saiful – 358
3. Zaki - 331
4. Man - 317
5. Di - 313
6. Zamri – 313
7. Nizam – 298
8. Din - 294
9. Abg Zol – 289
10. Arif - 248
11. Haji - 225
12. Firdaus – 391 – Penyertaan hanya tertakluk kepada Individu disebabkan isteri nya tidak dapat hadir.
13. Hakim - tiada pernyertaan.

Thursday, August 7, 2008

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON

Dgn didahului Merida..diikuti Biachi dan gaweng sedang buat catwalk sebelum memulakan perlawanan
player2 nampak letih setelah asyik2 mengutip shuttle cock dan lihat kawan2 yg sedang berlawan plak lakukan benda yg sama...
Firdaus Gen2 tersengih walaupun dahinya dah terkoyak..ada gaya pailang ni...
Raket Ust. Merida yg tunduk ke bumi setelah tercium dahi Firdaus. Gaweng teringin memberi raket tersebut pada Misbun Sidek tapi dia dah berlepas ke China...kalau tidak raket ini pergi olimpik...

Gaweng setelah menjual scottnya, terserlah keayuan abdomen...
Kelihatan Shah sedang mencari teddy bearnya,Azizi plak tiba2 rindukan isteri yg jauh di Terengganu sementara Zaki tengah mengadjust skru di punggung...
Antara sebahagian Pemain2 MPI yang ternyata riak gusar di wajahmasing2 untuk berhadapan dgn pemain KRKTkp24..Gua plak tgh memujuk diaorang supaya tabah dan tetapkan iman....
Trexia, Khairullah dan Cif Sedi menunjukkan wajah serius bagi menakutkan lagi pemain MPI
Gua bagi semangat pada player agar tambahkan lagi riak muka yg lebih garang...

Pada Selasa(5/8/08), kami telah menambah satu lagi aktiviti KRKTkp24 iaitu perlawanan persahabatan badminton dengan MPI(Maktab Perguruan Islam)Bangi. Ini sesudah dimenterai dengan beberapa siri perbincangan melalui wakil mereka - En.Zul. Dengan penyertaan 15 komrad KRKTkp24 mengisi kuota 7 regu seperti yang dijanjikan, bermulalah episod yang sungguh menakjubkan bagi kami.
Dengan didahului kekalahan bagi regu pertama dan regu kedua, ini membuatkan semangat regu -regu yang lain berkobar2 mengimpikan siri kecundangan yang sama. Akhirnya kekalahan besar yang kami alami tidak menjejaskan semangat kejiranan,setiakawan dan permuafakatan yang telah terjalin selama ini. Itulah KETAKJUBAN yang sebenarnya.
Tahniah kepada ahli2 semua yang sanggup meluangkan masa, tenaga, belanja dan khasnya bagi Firdaus Gen2 yang sanggup mengorbankan darahnya beserta dengan Ust. Merida yang secara sukarelanya memusnahkan raket barunya berharga RM300(baru beli 2 minggu lepas).

Wednesday, July 23, 2008

Sambutan Awal Ramadhan

Tarikh : 30-08-08(Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Diperkarangan Arena Badminton Tkp24
Acara : Sembahyang fardu berjemaah, bacaan surah Yassin, tazkirah dan tahlil
Diminta kerjasama semua ahli bergotong royong pada hari tersebut menyediakan persediaan bagi melancarkan acara tahunan ini

Kejohanan Boling Tertutup

Tarikh : 10-08-08(Ahad)
Tempat : Ampang Bowl Metro Point, Kajang
Masa : 3.00pm

Kejohanan boling kedua ini diadakan susulan kejayaan kali pertama dianjurkan oleh KRKTkp24 pada masa lepas.

Kelas Membuat Kek

Kelas ini telah berjaya diadakan oleh Biro Wanita yang diketuai oleh Kak Rahimah pada 20-07-08 (Ahad) yang lepas.
Disertai oleh lebih kurang 13 orang kaum ibu dengan 3 jenis masakan dengan kos ditanggung separuh oleh KRKTkp24.

Thursday, June 26, 2008

Laksa Buyong Ride

Salam,
Semalam ust hakim, naha (banzai), firdaus (trek) ada cakap2 nak ride ke langat sabtu ni (28/07/08). Abg Z dh confirm, nizam trexia kata dia tak kerja, mungkin boleh join. Rizal (KHS) akan confirm sehari dua ni.. so tgh tunggu yg lain.. kalau dpt 6-7 orang best la.. ramai sikit..
Nak join... dtg ke TKP24 sabtu ni jam 7.00 pg.
Wassalam

Tuesday, June 17, 2008

Bila nak kayuh lagi

Rasanya dah lama sangat tak berkayuh ramai-ramai. Last kayuh beramai-ramai dalam bulan april, lepas tu semua sibuk dengan hari keluarga... so rasanya sekarang dah sampai masa untuk kita gerakkan basikal yang dah bersawang tu...

Friday, June 6, 2008

cyclist gave-up cycling

SOLD
Yes, the owner, who happened to be the starter (owner) of this blog, confrimed yesterday. it is finally SOLD. For what ever reasons... . Some friends were cynical on his intention earlier... regarded as one of the "hard-core" cyclist in the group... Perhaps, after many months he realised that cycling is not for him... frustation, dissapointment or perhaps ........ Well, any one following him?
Next on sale = used jersey, helmet, shoes, and other cycling stuff..
Cycle for health and passion...

Tuesday, May 27, 2008

Family Day KRK TKP 24 @ Cherating 2008

Salam semua..
berikut adalah antara gambar dari Family Day KRK TKP 24 @ Cherating 2008, Sekalung tahniah kepada AJK-Ajk dan ahli yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejayaan sambutan Family Day Kali Ke-6 kita ini..tak lupa juga kepada Individu-dan syarikat-syarikat Korporat yang sudi memberikan sumbangan, samada dari segi hadiah, mahu pun keewangan..

Kami warga KRK TKP24 amat terhutang budi kepada anda semua..


















Monday, May 12, 2008

Hari Keluarga 17 - 19 Mei 2008, Cherating, Pahang

Hari Keluarga KRK TKP 24
De Rhu Beach Resort Pantai Balok, Cherating, Pahang Darul Makmur
17 - 19 Mei 2008

Program

17 / 5 / 2008 ( Sabtu)
05.45 - 06.30 pg - Solat Subuh Di Surau TKP ( Khusus Untuk Kaum Bapa)

07.00 - 10.00 pg - Bertolak Dari TKP 24 Ke Pahang

10.00 - 12.00 tgh - Melawat Pusat Pemuliharaan Gajah Di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
Aktiviti : Taklimat, Tayangan Video, Memberi Gajah Makan dan ‘Ride’ Gajah

12.00 - 03.00 ptg - Bertolak Ke De Rhu Beach Resort, Cherating

07.45 - 09.30 mlm - Melawat Pusat Penetasan Penyu & Melepaskan Anak Penyu


18 / 5 / 2008 ( Ahad )

06.00 - 07.00 pg - Solat Subuh

07.00 - 09.30 pg - Sarapan pagi

09.30 - 11.00 pg - Sukaneka

11.00 - 12.30 tgh - Melawat Rumah Anak-Anak Yatim(AJK Induk Sahaja)

12.45 - 02.00 ptg - Makan Tengahari

02.00 - 05.00 ptg - Melawat Kilang Batik & Keropok Lekor

08.00 - 12.00 mlm - Makan Malam dan Persembahan

12.00 mlm - Acara berakhir


19 / 5 / 2008 ( Isnin)

06.00 - 07.00 pg - Solat Subuh

07.00 - 09.00 pg - Sarapan pagi

09.00 - 12.00 pg - Mandi - Manda & Aktiviti Bebas

12.30 tgh - Check-Out / Balik Ke Kajang

Tuesday, April 29, 2008

Denggi

Kawasan perumahan kita merupakan kawasan merah berikutan kes-kes deman denggi yang semakin meningkat. Berikut adalah serba sedikit maklumat berkenaan demam denggi.

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.


Apa itu denggi?
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga.
Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.

Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung. Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan: Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´. Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan: Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Jenis demam denggi:
i. Demam denggi klasikal. Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
ii. Demam denggi berdarah. Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam denggi berdarah Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

Rawatan:
1. Rawatan demam denggi klasikal: Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
2. Rawatan demam denggi berdarah: Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma. Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Monday, April 28, 2008

Nak ride lagi???

Hujung minggu lepas rasanya cuma Sifu Rashin jer yg ride. Lain2 riders terpaksa melupakan (atau telah melupakan) hasrat utk berkayuh disebabkan perkara tertentu. Minggu ni aku tak pasti sama ada riders lain akan berkayuh, tetapi yang pasti aku tak dapat bersama2 kerana akan ke Terengganu menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan sepupu.

Monday, April 21, 2008

ride pelembut hati 20/4/08

Repeat Bukit Mantin 20 April 08

Pagi Ahad, aku sms riders TKP24.. hakim, zaki, firdaus, gaweng dan zamri.. aku tak sms naha pasal dia balik kampung. jam 7.20 dpt positive response dari hakim dan firdaus.. kul 8.00 pg, aku turun ke pondok.. kat situ cif sedi pun ada.. "nak bagi semangat" katanya. lepas tu kami bertiga pun bersepakat untuk ke bukit mantin.. walau perancangan awal nak ke laksa buyung..

ini merupakan ride pertama aku sejak SIC kreterium race.. dua bulan tak ride.. boleh ke? hakim dan firdaus pulak dah sebulan tak ride.. ride jer lah.. kalau tak larat naik bas la balik ke kajang..

jam 8.30 pagi bergerak dari TKP24. masuk pekan semenyih, bandar rincing, beranang dan sampai ke mantin. berenti seketika di simpang sebelum mendaki bukit mantin menuju ke lengeng..







semasa pendakian kami berenti lagi untuk bergambar di beberapa lokasi yang menarik.





sampai lengeng kul 10.00 pagi.. pekena nasi lemak sambal ikan sembilang.. perghhhh sedap..


10.30 kami bergerak menuju Broga.. lepas tu ke nottingham universiti.. highway baru ni memang mencabar pasal terlalu 'open'.. kena bakar dek mentari dan ditiup angin.. berat semacam jer basikal ni..

kami sampai semula ke pekan semenyih kul 11.30.. mmg lemah lembut punya kayuhan..

kul 12.00 tgh hari.. singgah di petronas prima saujana.. pekana 100plus.. lepas beramah mesra ngan gadis2 petronas.. kami balik ke tkp24..

Guess Tracker

eXTReMe Tracker