Monday, February 18, 2008

LTDL 2008 Criterium @ Dataran Merdeka

Date : 17/2/2008
Venue: Dataran Merdeka
Time:3.00pm
Salam..berikut antara gambar menarik kenangan yang sempat dirakam sempena LTDL 2008 Final stage, di dataran merdeka. Satu pengalamn baru bagi kami.

"Dari kiri-Farhan (Rashid Junior) Sifu Rashid dan Tando..

"Gaweng pun nak bergambar kenangan jugak.."


"Milo Cheer leader dari sudut pandangan depan""Milo Cheer Leadr dari pandangan belakang.."
"Aksi BMX"
"Penyokong setia Sinichi dan Koji"
"Abg Cameraman yang setia menunggu shoot yang menarik"

"Barisan Motorsikal Marshal Media"

"Persembahan Tarian sebelum Race dimulakan"

"Lintas Hormat dari PDRM-diaorang buat escort sepanjang LTDL berlangsung"

"Dan Race pun bermula.. "
"setiap lap 6.5 km dalam masa 8 minit! wow!!"
"Eh..Eh..Apsal mamat nie patah balik??"
"Zzzoooooommmm"
"yah..yah..Sprinting lagi!!"
"Pergghhh!!! Laju siot!"
Kesimpulannya, memang satu pengalaman berharga dapat tengok world class event kat tempat sendiri.. dan free pulak tue..tak payah beli tiket memahal, Nak perking kenderaan pun senang..cuma aku agak kecewa, sebab Siaran Langsung tak di siarkan untuk semua stage (Hanya stage terpilih sahaja..Itu pun cuma RTM 1 dan ESPN aje yang buat coverage,sedangkan stesen television tempatan yang lain mcm TV3,NTV7 atau TV 9 atau lebih tepat lagi, rangkaian television Media Prima langsung tak mau cover event nie..jangan kata nak tunjuk "live Telecast" Rakaman ulangan dan keputusan pun takde..lagi teruk, waktu berita sukan pun diorang tak mau siarkan..asyik-asyik dengan berita sukan luar..tak patriotik langsung..macam hampeh lah diaorang nie!!!





Tuesday, February 12, 2008

LTDL Flag Off at Port Dickson

LTDL Flag Off at Port Dickson
Stage 4

Salam..Berikut adalah gambar -gambar yang sempat saya rakam sepanjang pelepasan Race LTDL Stage4 di Port Dickson.

























Monday, February 11, 2008

The Big Breakfast Ride-10/2/2008

Date: 10/2/2008
Time :8.00 Pg
Route: TKP24-Kajang-UKM Bangi-Bangi Lama-Semenyih-Kajang perdana-TKP24
Total Distance: 44km(Meter Gaweng)
Total Ride time: 1 hr 55Min.(Meter Gaweng)
Average Speed: 22km/h (Meter Gaweng)
Max Speed: 56km/h (meter Gaweng)
Riders: Sifu Rashid,De'Luca, Bro Zamri,Bro Zaki, Ustaz Hakim,Bro Naha, dan Gaweng
Salam..Ride Ini Dinamakan The Big Breakfast ride sebab kami berenti makan sampai 2 kali..di Bangi Lama sekali, dan Kedai Rasmi kami(Kedai Khamis) sekali..hee..hee..lagipun ride kali nie sekadar santai ride sahaja, lebih kepada untuk recover stamina dan nak recover injury..disamping untuk membina "Teamwork" masa riding..bukan apa..sebagai persediaan menghadapi "Melaka Interstate Heart Challange" pada 8 & 9 March nanti..bagi kami, teamwork masa kayuh juga penting masa kayuh ke Melaka nanti..anyway, korang bukan nak membaca sangat pun..tengok ajelah gambar-gambar yang sempat dirakam semalam..
"Macam biasa, memasing keluar dari rumah, dan mula setting basikal.."

"Gaweng mengambil kesempatan bergaya dengan spek baru.."

"Dan kayuhan pun bermula dengan penuh bersemangat..yeeehaaa..! err Tanpa Sifu Rashid..yang kesiangan..(Lambat Bangun)
Dari kiri: Ustaz Hakim,Bro Zaki,Bro Naha,Bro Zamri dan De'Luca"
"menunggu sifu rashid kat MTDC UKM Bangi"

Ketibaan Sifu Rashid (Idola Ustaz hakim dia nie.."

"De'Luca menunjukkan cara yang betul memakan Quaker Oat Bar..katanya bukaan lubang hidung yang betul adalah penting semasa makan benda nie takut nanti temasuk ke paru-paru pulak.."
"Breakfast yang pertama kami bangi lama....meriah punya makan..roti canai,mee hoon,dan telu setengah masak..hu..hu..""Sifu Rashid dan De'Luca..performance De'Luca hari nie boleh tahan..laju.."


"Gaweng dan Bro Zaki..nampaknya bro Zaki pun dan mula menunjukkan improvement..tahniah"
"Menunggu kat tengah panas..Bro Zamri yg tercicir kat belakang..tunggu-punya tunggu, rupanya dia dah masuk short cut..hampeh"
"Sebahagian dari jentera yang terlibat hari tu..kalau ada yg pernah baca post yang terdahulu, mesti perasan..group kami bermula dengan MTB..sekarang 90% dah pakai Road Bike Brand dan Harga mengikut kemampuan memasing)..berkat keazaman dan kesabaran..kami alhamdulillah"
"Lagi sekali sesi menunggu di Petronas prima saujana..laluan disini agak mencabar sebab ada 4 climbing berturut-turut"
"Sesi breakfast yang kedua di Kedai Khamis..burrp alhamdulillah.."

"Kami tiba di TKP 24 dalam keadaan cuaca yang amat terik, tapi alhamdulillah..takde yang nampak penat gilo babas.." semua orang happy dan fokus pada Melaka Interstate Heart Challange!"

Monday, February 4, 2008

LTDL 2008 Blue Ride-3/2/2008

Kayuhan LTDL 2008-Blue Ride
Venue: Putrajaya
Distance : 40km
Total rider: 2000
Rider Dari TKP 24: Sifu Rashid, Ustaz hakim Dan Gaweng..Err..Fidaus(Trek 1577 dan Abg Zamri) hee..hee last minit Chicken..Hampeh!

Salam..kayuhan kali ini adalah untuk menyokong penganjuran LTDL 2008 dan didorong oleh merasai pengalaman bagaimana rasanya bila berada dalam suasan "Racing sebenar" dengan diiringi oleh marshall dan escort..(satu pengalaman yang jarangdapat dirasai oleh orang lain), kami keluar dari rumah seawal jam 6.45 pagi, dengan diiringi oleh hujan gerimis ..kami menuju ke putrajaya..


"Sedang bersiap sedia dgn basikal memasing..Ustaz hakim turut mendapat sokongan dari isteri dan anak.."tabik kepada Cikgu Zurina (isteri Beliau)..
"Dari Kiri, Amal Insyirah,Ustaz Hakim, Dr K, Sifu Rashid dan Abg Berahim..err Ditengah-tengah tu pulak "PINARELLO PRINCE" kepunyaan Dr K..

"pendaftaran pada pg itu agak kelam kabut, tetapi terkawal.."
"wajah macho orang yg dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6 kg sepanjang dia berkayuh"

"Gaweng dan Bro Azizi" tak sabar nak kayuh dah nie..

"bukan selalu dapat berada dalam crowd berbasikal seramai 2000 orang"

"Menunggu Datuk Seri Azalina habis berucap sebelum memulakan kayuhan"
"Gaweng: Yah..yah..nak abis dah ucapan tu sifu oooi..cepat amik beskal nie.."

"Dan kayuhan pun bermula..dengan di iringi oleh Kereta Proton.Kenderaan rasmi LTDL 2008"

"ramainya cyclist yg turun hari tue..ada yg sanggup turun dari melaka..!"

"Peloton kategori 40km mula meniggalkan garisan permulaan"

"Peserta acara hari itu, bercampur aduk antara MTB dan Road Bike..malah ada yang kayuh basikal Chopper..meriah betul."
"Atas nasihat sifu, kami bermula dari belakang sebab kami tak berpengalaman berada dalam "Bunch" yg besar mcm ni..untuk mengelakkan kemalangan katanya.."

"pada awal kayuhan, peserta bermula dgn agak laju..mungkin memasing teruja sgt agaknya..

"Sifu dan ustaz hakim mula mengajar peloton paling depan.."

"Gadis dalam bulatan merah tu, namanya Shariza, umur baru 13 thn.."
tapi tabik kat dia sebab mampu bersaing dengan peserta lelaki untuk berada dikelompok paling depan....sedangkan kawan kami "lelaki"masih ada yg takut hujan..hee..hee...


"Bilad dah habis kayuh, masanya untuk bergaya.."

"Bergambar dengan Kakak Polis trafik yang turut mengiringi kami pada hari itu.."

"Kesian Sifu..kakak Polis tu tak nak bergambar dgn dia.." dapat gambar motor pun jadilah..

"bergambar lagi tu..."

"sifu tengah test basikal berkuasa solar hasil ciptaan pelajar Uniten yang pernah mendapat Tempat pertama dalam race di Jerman 2 tahun lepas.."

"Gaweng pun tak lepaskan peluang..siap test ride lagi..laju woo..basikal nie boleh cecah 70km/h..dengan bantuan kuasa solar.."
"kami pernah suruh angkasawan negara tu kayuh basikal nie aje pegi bulan tu pakai kuasa solar nie.....tapi diaorang tak nak..ada ke patut.." kata En Omar pengurus Pasukan Uniten(Baju Biru Muda)..merangkap Coach Selangor Cycling Team..
Bila dah abis semua, kami pun pulang kerumah pada pukul 12.30..dengan membawa pulang kenangan dan pengalaman yg tak mungkin dapat di beli dengan duit..terima kasih kepada Sifu Rashid yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada kami..



Guess Tracker

eXTReMe Tracker