Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
27 November 2009 bersamaan
10 Dzulhijjah 1430

Monday, November 23, 2009

KEJOHANAN BADMINTON LIGA TERTUTUP KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN JALAN TKP 24

PERATURAN AM
Selain daripada peraturan- peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang/Peraturan Badminton Rasmi (BAM).
Semua Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Teknikal/Kejohanan Badminton Liga Tertutup TKP24 adalah Muktamad.
Sebarang Perselisihan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasa Teknikal/ Pertandingan.
Jawatan kuasa Teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan jika di fikirkan perlu.

PENDAFTARAN PESERTA DAN BAYARAN
Bilangan pemain bagi setiap pasangan ialah 2 orang.
Penyertaan terbuka kepada semua warga TKP24.
Yuran penyertaan bagi setiap pasangan beregu adalah RM20 dan yuran bulanan adalah RM40/pasangan bergu.

SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan antara regu akan dijalankan secara Liga Sepusingan atau “Round Robin”.
Perlawanan dijalankan di dalam 3 Set permainan untuk setiap perlawanan, dimana pasukan yang memenangi 2 Set terdahulu daripada 3 set (Best-of-two) akan dikira sebagai pemenang untuk perlawanan tersebut.
Bagi setiap perlawanan Bergu, kiraan mata penamatnya adalah 21 mata.
Jika mata terikat 20-20, tie break 2 mata akan dijalankan sehingga kiraan maksimum 30 mata tertakluk kepada perbezaan 2 mata.
Pasukan yang menang akan diberi 2 mata, manakala 0 mata bagi pasukan yang kalah.

Empat pasukan teratas akan memasuki saingan separuh akhir yang akan dibahagi kepada dua kumpulan. Undian akan diadakan bagi menentukan lawan. Perlawanan akan diadakan secara kalah mati.

Juara Kejohanan akan ditentukan di dalam perlawanan akhir diantara beregu yang memenangi perlawanan separuh akhir.

MENARIK DIRI
Pemain yang lewat lima belas (15) minit daripada masa yang dijadualkan akan dianggap member kemenangan tanpa bertanding, kecuali dengan alasan yang munasabah. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berbuat demikian, pihak pengadil berhak untuk mengistiharkan kemenangan kepada pihak lawan.
Menarik diri (Walk-Over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku. Pasukan yang menarik diri tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
Segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengadil berkaitan dengan undang-undang permainan dan perlawanan adalah Muktamad.

PERALATAN
Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian sukan serta kasut yang sesuai.

PENANGGUHAN PERLAWANAN
Perlawanan akan diadakan pada hari JUMAAT jam 10.00 - 12.00 malam.
Sekiranya keadaan tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil dengan persetujuan JawatanKuasa Teknikal dan Pertandingan berhak menangguhkan perlawanan tersebut.
JawatanKuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.
Setiap keputusan JawatanKuasa Teknikal dan Pertandingan dan Pihak Urusetia Pertandingan adalah Muktamad.

Monday, November 2, 2009

Selamat Maju Jaya Saudara Apai@Zulazhar

Seluruh warga TKP24 mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara apai yang akan berangkat ke Sarawak mulai 3 November 2009. Beliau telah berpindah kerja dari Utusan ( KL ) ke Star ( sarawak ) sekali gus berpindah dari TKP24 ke kampung halaman beliau di kuching, Sarawak. Segala kenangan antara kita akan tetap terpahat di dalam dairi KRKTKP24. "SELAMAT BUAT SAUDARA APAI".

Guess Tracker

eXTReMe Tracker