Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 2010


WARGA TKP24 MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDIR RASUL
2010

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Chai


Warga TKP24 Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Wednesday, February 10, 2010

MESYUARAT HARI KELUARGA KRKTKP24 2010

Sukacita dimaklumkan mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Febuari 2010
Tempat : 1640, Jalan TKP 24 (Rumah Abg Jalil)
Masa : 9 Malam

Diharap semua ahli dapat meluangkan masa untuk bersama sama dalam mesyuarat ini. Kerjasama semua ahli didahului dengan ribuan terima kasih.

Monday, February 1, 2010

TERIMA KASIH TKP 23, 24 DAN 25

PENGERUSI KRK TKP 24 MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH

Salam.

Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga TKP 23, 24 dan 25 kerana telah terlibat sama menjayakan aktiviti gotong royong semalam. Nampaknya longkang dapur lebih bersih dari sebelumnya. Dan diharapkan tiada tempat untuk nyamun membiak. Pasir-pasir dalam longkang dan di atasnya juga telah berjaya dibersihkan.

Tak lupa juga kepada sahabat2 yang telah membawa perlatan seperti penyembur air tekanan tinggi untuk membersihkan longkang dari pasir.

terima kasih juga kepada pekerja yang sedang membuat ubahsuai rumah (sebelah rumah cikgu murni) yang telah memberi pinjam skop dan kereta sorong bagi memudahkan pasir2 di bawa dari belakang rumah ke tempat loggokkan.

Pada alam flora juga di ucapakan terima kasih walaupun agak lewat untuk membersih sampah yang telah dikumpulkan. Sepatutnya alam flora datang jam 9.30 pagi, tapi menurut pakcik Rahman kelewatan kerana terpaksa membuang sampah ditempat lain. Terima kasih juga untuk Pakcik rahman kerana membantu menguruskan untuk memghubungi alam flora tanpa sebrang bayaran. walau bagai mana pun kita memberikan sedikit sumbangan kepada wakil alam flora sebagai token sahaja.

Juga terima kasih kepada Zamri Mad Amin yang menyediakan sarapan pagi (nasi lemak), Rasyid - Nasi Lemak, Bihun sop (siapa yg sediakan ...?) kuih-kuih, mihon goreng, kordial misai kucing (zali - tkp25), keropok (shuriman) dan lain-lain ..... Moga sumbangan juadah begini dapat diteruskan pada masa2 akan datang. Juga yg memberi sumbangan berupa wang ringgit RM2, RM10 dan lain untuk membantu tabung TKP 24.

Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan dapat dikekalkan untuk masa2 akan datang dan hanya Allah sahajalah yang layak membalas ke ikhlasan kita. Semoga Jannah menjadi idaman kita bakal diterima di akhirat kelak.

Saya mohon maaf kerana tak dapat turut serta sehingga jam 12 tengahari kerana terpaksa gi PD untuk uruskan Family Day Pejabat.

Sekian.


Guess Tracker

eXTReMe Tracker