Monday, June 28, 2010

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA TKP

semalam telah berlangsung acara yg aku tunggu2 sejak 2-3 minggu lepas sehingga sanggup menarik diri dari family trip yang akhirnya terbatal dengan sendirinya. Seminggu yang lepas,undian telah dibuat bagi menentukan regu masing2. Wakil TKP24 adalah aku, sedi dan amin walaupun sebelum tu banyak borang penyertaan berlegar di persekitaran 24. Antara ramai, tuah menyebelahi aku kerana dapat pasangan dengan sedi manakala amin dengan bro rahim(tokey besi). Hampir 25 regu (50 pemain), aku tak perlu risau samada partner boleh main ataupun tidak kerana berpasangan dengan sparing hujung minggu yang sememangnya meluap2 ketidakpuasan hati amin..

Kebetulan pulak kami dalam group E, 2 regu yang lain tak berapa kuat jadi tak de masalah untuk jadi johan dan naib johan kumpulan. Bertemu dengan johan/naib kumpulan lain jugak tak banyak masalah. Masuk pusingan kalah mati, partner amin mula keletihan yang menyebabkan amin membanting,menghempas,mentedarah tulang 4 keratnya mengawal gelanggang tapi sampai disitu aje perjuangannya. Aku dan sedi lepas ke pusingan suku akhir namun tersangkut jugak....aku harap sedi dapat cover aku....aku pukul sangkut kat jaring, dia pukul bola keluar.dia angkat bola smash, aku bagi lawan tu bola half court-kene smash lagi, aku smash plak, dia duduk diam aje...oooo patutlah smash aku tak lepas...aku smash badan dia.., nasib...serba tak kene...akhirnya masing2 tak boleh cover...last2 pengadil yang cover sampai lawan dapat mata penamat....bravo pengadil..

kesemuanya kami bermain sebanyak 12 set, jadual dari 8am - 6am walaupun start jam 9 lebih..letih memang kow2 tapi banyak buat silap yang menyebabkan kekalahan.....puas dapat main sepanjang hari. kalau seminggu dua ni rehat, tak main badminton pun tak pe..harap2 tahun depan boleh sertai lagi dengan penyertaan beramai2 wakil tkp24...

Wednesday, June 9, 2010

XTVT minggu ini LATIHAN BADMINTON

Lokasi : Gelanggang badminton Sg. Chua
Tarikh : 8 Jun 2010
Jam : 10pm - 12pm
Ahli : Naha, Die, Shah, Gaweng, Gen2, Ust Hakim


Guess Tracker

eXTReMe Tracker