Monday, July 18, 2011

He..He..He..

Minggu lepas bersemangat nak mula berkayuh setelah lama terlupa malangnya tayar depan belakang bocor...
sabtu beli 4 tiub dari de`luca pasal nak melunaskan keinginan minggu lepas. Selepas selesai kenduri menyambut ramadhan, terus tukar tiub. Pagi minggu tolak perlawaan isteri dan anak untuk balik  ke langat pasal petang nanti nak berkayuh.

pukul 6pm bersiap untuk mula berkayuh...pakai kasut, capai spek, helmet dan glove terus tolak basikal keluar...eh..eh..
tayar belakang pancit lagi. hati dah mula panas..takpe tukar tiub lagi..siap pasang..pam..eh..eh.. bocor lagi...anak bini pun dah balik dari langat..nekad..ada tiub stok lama..tukar dan pam..ok..

haluan ke kajang perdana..syoknyerr dapat berkayuh walaupun solo...dah lama tak rasa penat cam ni..
terus masuk ramp ke sg. long...belum daki bukit seterusnya..eh..eh..bocor lagiiii..aahh..nampak gaya ada pakej hari ini....berkayuh n berjalan...hari dah gelap..bila daki bukit #1 tambah pakej lagi..berjogging..
atas bukit #2 ada kereta perdana v6 berhenti..keluar sorang kakak bertanyakan arah ke sg. long sambil menawarkan bantuan untuk menumpangkan aku....tapi aku tolak pasal baju dah lencun dengan peluh dan fikir tinggal satu bukit je lagi nak sampai umah...

akhirnya sampai jugak umah kul lebih 8pm..ha..ha..ha...disape sinis anak bini...ada yang tak kena dengan rim atau tayar...kene bawak gi kedai gamaknya...saat ni..pagi ni..masih terasa kejang dan keras kaki..he..he..he

ambil gambar di highway..gelap dahh ni...

basikal ooo basikal

abis cam tu je tiub2..lum pun sempat kayuh lagi

penat..penat..pakej oohh pakej

KENDURI MENYAMBUT RAMADHAN 2011

Majlis dibuat pada malam minggu yang lepas (16/07/11). Seperti biasa pagi sabtu jam 7am Hj. Pozlan, Rafie dan De`luca pergi shopping barang2 di pasar dan sebagainya. Tak dapat ikut serta pasal ada hari sukan di SKTP. Gotong royong di kalangan jiran bagi menyediakan menu diketuai chef de`luca..nasi ayam dgn daging black pepper tu memang kick..

Makan tgh hari diikuti selepas maghrib sembahyang berjemaah, solat sunat taubat, solat sunat hajat, bacaan yassin dan tahlil.
 Dari maklumbalas yg diterima, ramai yang tak tahu majlis ni. So bhgn penerangan kena lbh prihatan....












Tuesday, July 5, 2011

FAMILY DAY 2011 - SURIA CERATING

Sabtu 2/7/11 jam 9am ahli2 telah siap berkumpul dan mula bergerak. Walaupun kali ini hanya 10 keluarga sahaja yang terlibat, kemeriahan tetap terasa..

Antara gambar2 semasa hendak bertolak

Ada ahli yang bertolak pada malam sebelumnya seperti Shurimen dan yang bertolak lewat sedikit seperti Firdaus Trek.

Check point #1 di Petronas Bentong untuk regroup. Banyak juga club2 lain yg berkonvoi berhenti disini,agak sibuk jugalah stesyen ini. Semasa hendak meneruskan perjalanan, enjin Merc 230E gaweng mati. Bermulalah
cabaran yang memerlukan kesepakatan semua. Setelah beberapa kali dijump start, keputusan diambil untuk membeli bateri baru. Kenalah juga gaweng terkorban lebih RM300.

 



Check point#2 di R&R Temerloh. Disini kami bertemu dengan Firdaus Trek dan gaweng menanti pertukaran kereta Naza Ria dengan ayahandanya. Nasib baiklah pertukaran dibuat kerana berita selepas itu ayahnya juga mengalami perkara yang sama iaitu kerosakan `alternator'. Perjalanan diteruskan hingga ke Suria Cerating dan tiba l/k jam 3pm.

Petang tu kami mandi manda di kolam dan laut. Memang best main ombak laut cina selatan, esoknya baru terasa sakit pinggang.


 

Jam 8.30pm semua berkumpul di tepi pool untuk acara BBQ dinner. Banyak sungguh menunya, memang puas hati sangat2. Diadakan juga lucky draw dan games utk bapa2. Walaupun dengan jumlah sedikit tapi kemeriahan dan kesantaian memang tak jauh bezanya dengan tahun2 yang lepas. Malah lebih terasa relaxnya..





3/7/11.. kaum2 ibu turun ke laut awal pagi sebelum sarapan di cafe hotel. Kaum bapa tak nampak..tidur pasal kepenatan pada petang semalamnya.



12pm..checkout dari bilik hotel.


bergerak menuju ke Kuala Kemaman untuk membeli keropok lekor dan jeti untuk membeli ikan, udang, sotong yang segar2. .



3pm...bertolak balik ke Kajang tanpa Zaki dan Abg Jalil yang singgah ke rumah saudara mara di Kuantan.
Aswad terlepas berhenti di R&R Temerloh untuk menggalas perut dan solat jamak. Disini Zaki menyertai semula konvoi.
Sebelum maghrib semuanya selamat sampai dirumah masing2. Bagi Aswad dan Amin Tnb yg pertama kali menyerai acara tahunan ini pasti berasa kesepakatan dan kemeriahan ini. RUGINYA PADA YANG TAK PERGI TAHUN INI...TAHUN DEPAN MUNGKIN DESTINASINYA ARAH UTARA..



Guess Tracker

eXTReMe Tracker