Tuesday, July 31, 2007

Segalanya bermula disini

Disinilah segalanye bermula, apabila kami "Riders TKP 24", Mula diperkenalkan dengan "Aktiviti Berbasikal" oleh Saudara Rashid, merangkap "sifu"(Berbaju biru dan Memakai helmet)..masa tue bukan semuanya ada basikal, tapi atas inisiatif dari Sifu, yang bersungguh-sungguh ingin memperkenalkan kami kepada sukan berbasikal, maka dapat lah kami yang takde basikal nie berbasikal pada hari itu..basikal itu kami sewa/pinjam dari Restoran Hidangan Ummi Saujana Impian..



Katika itu, masing masing belum ada pengetahuan mengenai cara berbasikal, kami berkayuh tanpa "helmet", glove dan air minuman..masing masing masih blur mengenai basikal, fokus kami ketika itu cuma sekadar hendak beriadah dihujung minggu, Laluan Kami pun tak sampai 30Km..maklumlah hari pertama...segalanye baru bagi kami..


tapi alhamdulillah..berkat kecekalan,kesabaran, dan tunjuk ajar dari "sifu", maka kami berjaya juga menharungi cabaran berkayuh mendaki bukit bukau di sepanjang Highway sungai long..walaupun setiap satu bukit kami berhenti, tapi kayuhan tetap kami teruskan..

Dan bermula dari sinilah... sekarang kami sudah mula belajar serba sedikit mengenai berbasikal, walau pun kami masih baru, basikal yang kami gunakan juga, bukanlah dari jenis yang mahal harganye, sekurang-kurangnye, kami sudah ada basikal dan helmet sendiri, walau pun cara kami berpakaian tak se"canggih" rider lain yang dah lama berkayuh di malaysia nie, namun kami tetap berkayuh dengan gaya kami yang "tersendiri" dan alhamdulillah, kehadiran kami di jalan raya, tetap di terima oleh "rider-rider pro"yang kami temui setiap kali kami berkayuh.Rupa-rupanya, Rider-rider basikal kat Malaysia nie Friendly semuanya...Best..

Ride to PCC Kajang-7/7/07


Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan..

Ini ada Ride offroad yang pertama bagi Ride TKP 24 nie...
so kepada Basher yang lebih berpengalaman, harap beri tunjuk ajar...




Nie adalah gambar Member merangkap Jiran aku, Cik Din, Yang tengah gila beskal skarang..


Guess Tracker

eXTReMe Tracker