Tuesday, January 26, 2010

Kayuhan KL

Diambil dari Harian Metro 26 Januari 2010

MENJELANG siri perlumbaan jelajah terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 1 Mac ini, satu kayuhan yang dinamakan Kayuhan KL bakal dianjurkan demi menyemarakkan minat dan menggalakkan orang ramai menceburi sukan berbasikal.

Acara yang diadakan 1 Februari depan, meliputi jarak kayuhan sejauh 10 kilometer sekitar jalan utama di Kuala Lumpur (KL) dengan peserta dilepaskan di Dataran Merdeka dan berakhir di tempat sama.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Mohamed Salleh berkata, penganjuran kayuhan yang pertama kali dianjurkan itu adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan LTdL dan dilihat mampu menjadi saluran menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi sukan berbasikal.

“Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan dengan tiada had umur. Dari pelumba profesional hinggalah kepada pelumba santai, semuanya layak berkayuh dalam acara ini,” katanya yang memaklumkan acara bakal bermula pada jam 8.30 pagi.

Bagi mereka yang berminat menyertai Kayuhan KL perlu mendaftar diri pada jam 7.30 pagi di Dataran Merdeka pada 1 Februari atau menghubungi sekretariat LTdL di talian 03-89964598.

Monday, January 25, 2010

Perlawanan Persahabatan Badminton (23/01/2010)

Perlawanan Grand Prix Liga Badminton Tertutup Tkp24 musim 2009/2010 telah pun bermula pada bulan Dec 2009.Perlawanan diadakan pada setiap minggu pada minggu.Untuk permulaan jadual aktiviti Sukan dan Riadah Tkp24 bagi tahun 2010, perlawanan persahabatan Badminton antara Pasukan Elit Tkp24 dan Pasukan TKP Lama telah dimulakan dengan jayanya.Walaupun Tkp24 kecundang dengan kiraan mata 5-2 tetapi permainan yang mantap dan semangat kesukanan yang kental telah ditunjukkan oleh Pasukan Tkp24..Tahniah diucapkan kepada peserta dan yang berusaha menjayakan perlawanan ini .Kalah dan menang adalah adat perlawanan.Dengan Doa semoga warga Tkp24 sentiasa sihat dan cergas.InsyaAllah.

TEAM TKP LAMA - campuran pemain2 yang datang dari berbagai2 taman..
KRK TKP24 BADMINTON TEAM - bab keseragaman dalam sessi bergambar menjadi keutamaan
antara gambar2 yang sempat disnap oleh sifu rashid....layannnnnn



Gen2 antara salah seorang sukarelawan mengadili perlawanan
wajah2 ceria penyokong2 KRKTKP24 yg hadir memberi sokongan pada mlm perlawanan....

Wednesday, January 13, 2010

33 reasons to cycle

Julia quoted Matthew Barbour, Cycling Plus in her recent posting. Read here.

Friday, January 8, 2010

KAYUHAN BAGAN LALANG

KAYUHAN BAGAN LALANG(KAYUHAN TAHUNAN KALI KEEMPAT)
Tarikh : AKAN DIBERITAHU KELAK
Hari :Sabtu
Masa: 6.30 pagi
Mula kayuh : 7.00 pagi
Cadangan Laluan: Tkp24-Bagan Lalang-TKP24
Acara : BERMALAM DAN BBQ BERSAMA KELUARGA DI BAGAN LALANG
Bayaran : AKAN DIBERITAHU KELAK
Kepada rider2 TKP24...ayuh kita bersama-sama meramaikan kayuhan ni....jadikan kayuhan ini acara tahunan disamping hari keluarga yg selalu kita adakan...masukkan acara kayuhan ini ke dlm kalendar riadah tahunan kita....COME ON GUYZZZZZZZZ.........LETS RIDE AS A TEAM

Sunday, January 3, 2010

Kayuhan Tahun Baru

02 Jan 2010
Route : TKP24 - MARDI -UPM - TKP24
Start Time : 0800am
Distance : 50km+-
Riding Hours : 3 hours
Averange Speed : 25-30km/h
Riders : Trexia - Sifu Rashid - Banzai - De luca - Gen2-(Pak Brahim - Brother Zul)
Pagi tu sempena tahun baru...beberapa rider TKP memulakan ride berkumpulan ke destinasi yg dirancang...walaupun destinasi sebenar nak ke Mantin...sebelum memulakan ride aku tanya kat De luca ngan Gen2..."betul ke kauorang nak ride ke mantin atau kita gi putra jaya je"...terus gen2 jawab "kita gi putra jaya je lah..ni dah lama tak kayuh ni "..apalagi kitaorang pun teruslah ke destinasi yg dirancang...dlm perjalanan masa kat UNITEN sufi rashid call pak brahim ...tanya dia kat mana..pak brahim kata dia kat serdang on the way gi putra jaya n dia suruh tunggu sebab nak join sekali...sekali agi destinasi asal nak gi putra jaya terpaksa diubah...kali ni pak brahim ajak gi UPM melalui MARDI....so apalagi jalan jelah....

musibah pertama...tayar gen2 pancit kat tol sg balak....

kat Mardi tunggu rider2 yg lain....



dalam kawasan UPM...selepas layan tiga bukit kat UPM...nak kram kaki dibuatnya layan pak brahim ni...tua2 tapi kuat tu..naik bukit selamba je..."cayalah lu otai"kita jumpa lagi...

Guess Tracker

eXTReMe Tracker