Tuesday, September 25, 2007

Alfatihah! Buat Adik Nurin Jazlin

Perhatian
Gambar2 ini saya terima melalui Email, dari salah seorang sahabat saya dan Saya tidak berniat untuk menciplak, atau merompak,atau mencabul hak cipta gambar-gambar ini dari Photoghrapher sebenarnya..Tujuan saya sekadar untuk berkongsi kesedihan dan rasa simpati saya terhadap keluarga arwah adik Nurin jazlin, dengan kalangan Rider-rider di malaysia ini..













***Kepada pembaca blog ini, harap sedekahkan Alfatihah kepada Arwah adik Nurin Jazlin, yang telah kembali ke rahmatullah, baru-baru ini. Sebenarnya, saya sendiri tak tau kenapa, Mengapa hati saya meronta-ronta untuk menulis, dan memaparkan gambar gambar ini di blog ini? Sedang kan Adik Nurin Jazlin, dan Keluarganya bukanlah sahabat,Keluarga terdekat, mahupun ada pertalian saudara dengan saya..tetapi setiap kali berita mengenai kes kematian Adik Nurin Jazlin dipaparkan di kaca Tv, Terasa Naluri Kebapaan saya membuak buak..membuatkan perasaan saya bercampur baur! Perasaan Marah,sedih, pilu,kasihan semuanya bercampur atas kejadian yang menimpa Adik Nurin Jazlin. Setiap kaliGambar wajah adi ini dipaparkan dikaca Tv, Hati bapa ini terasa hancur remuk dan secara tak semena-mena hati bapa ini mengucapkan sumpah seranah kepada si pembunuh kejam tersebut, tak pernah saya terfikir diakal seorang Bapa Muda ini,bahawa ada seorang manusia, yang sanggup melakukan perkara sekejam itu, terhadap seorang kana-kanak perempuan yang lemah, dan tidap mengerti apa-apa.. Saya tertanya-tanya dimana letaknya hati, dan perasaan, seorang manusia, yang boleh menilai segala perbuatan baik buruknya? Dimana letaknya Akal yang dikurniakan tuhan, kepada manusia ini?? Akal yang membezakan antara manusia dan Haiwan?apakah dia sendiri tidak pernah merasa sakit? Walaupun sedikit sakitnya seperti tersadung batu, sehingga dia tidak peduli betapa sakitnya perbuatan dia terhadap Adik Nurin?? Manusia apa kah Ini?? Walau apa pun,sebagai seorang Bapa kepada seorang anak, saya berdoa, semoga Allah berikan balasan yang setimpal kepada si penjenayah tersebut, dan kepada Keluarga Adik Nurin Jazlin, tabahkanlah hati hati, kuatkan lah iman, panjatkanlah doa semoga allah melindungi semua kanak-kanak yang masih belum menjadi mangsa kepad syaitan ini!

No comments:

Guess Tracker

eXTReMe Tracker