Monday, January 7, 2008

Laluan Motor dan Penutup Longkang

Salam,
Sebagaimana yg telah dicoretkan oleh Gaweng, pada hari Ahad 30/12/07 saya telah terlibat dalam kemalangan kecil. Kejadian berlaku pada jam 6.45 petang semasa sedang berkayuh di lalauan motor lebuhraya SILK (Sg. Long). Di kebanyakkan laluan motor ada terdapat longkang di mana penutupnya dibuat dari jeriji besi yang lubang di antara jeriji agak lebar dan tayar basikal boleh terpelosok ke dalamnya.

Laluan Sg Long bukan asing bagi saya. Namun pada bari tersebut, saya telah gagal mengawal basikal yang mengakibatkan tayar hadapan terpeloson ke dalam jeriji besi dan saya telah tersembam mencium jalan tar.. aduhhh.. Tambahan pula semasa kejadian ada sebuah motorsikal berada di belakang cuba memotong saya dari sebelah kiri..

Kemalangan tersebut mengakibatkan kecederaan pada muka, bibir pecah dan gusi terluka.. selain itu.. Dada telah terhentak di handle bar.. frame basikal juga ada kesan kemek di chain stay dan STI saya bercalar agak teruk.. Helmet yang baru dibeli telah menyelamatkan kepala saya dari terhentak terus di atas jalan..

Kesimpulannya, sekiranya melalui jalan yang mempunyai longkang dan jeriji penutup longkang.. anda dinasihatkan memperlahankan kayuhan, berhenti dan pimpin basikal untuk melalui tempat tersebut..

Jatuh basikal tu sakit.. tapi lagi sakit kalau melihat basikal tu kemek dan calar balar..

Hairul @ De'Luca

1 comment:

Anonymous said...

sy pun pernah terkena suatu ketika, tak ada cedera cuma tayar bocor. kalau tak nak berhenti boleh terus kayuh tapi kena buat menyilang. perlahan dulu dan tengok dulu moto kat belakang, beri mereka laluan.

Guess Tracker

eXTReMe Tracker