Monday, May 11, 2009

NON STOP SOLOIST

10-05-2009

Setelah beberapa siri kayuhan solo minggu lepas yang dimulakan trexia dan Dee, giliran aku pulak ujung minggu ni..sempena HARI IBU. Keluar jam 8.00am, matahari telah memancar terik. Menyusuri prima saujana ke LEKAS, hati masih berbelah bagi samada ingin melunaskan hajat atau melalui laluan biasa. Maklumlah sorang2 semangat pun goyang, tambahan tiada yang mengatakan ingin berkayuh minggu ni. Menuruni bukit selepas simpang ke Sg. Long, aku bulatkan tekad menghabiskan kayuhan mengikut hajat hari sebelumnya.

Sampai di R&R Beranang, kepanasan matahari mengigit sampai ke kulit walau pun aku pakai armband. Setan gondol yang menarik beskal de`luca 2 minggu lepas, tiba2 menarik beskal aku pulak. Mak oooi berat rasanya beskal, kalau de`luca ada mesti dia dah ke depan meninggalkan aku, mesti dia gelak besar. Kayuhan semakin perlahan sampai cecah beberapa belas km/j jer..mana hilang tenaga aku, tak pernah terjadi macam ni..menghampiri tol Nilai, semangat semakin kacau, dah lepas 24km, nak berpatah balik kena tempuh highway yang panas dan berangin termasuk bukit 3 beradik...dah takde tenaga. Panasnya cuaca. Nekad ke arah Nilai.

Tiba di Nilai Square nampak BBN Cafe, tempat selalu minum pagi bila berkayuh, fikirkan sorang2 tak sedap pulak nak lepak walaupun pagi tadi hanya minum air masak jer..keluar di Salak tinggi ingat nak berenti rehat kat bukit De Palma, tapi sampai kat situ takde tempat redup walaupun keliling banyak pokok. Ahh..terus kayuh walaupun ini kayuhan aku yang paling perlahan. Menyusuri Jenderam ke simpang Salak Tinggi - Banting - Sg. Buah - Bt. Unggul - MTDC - UKM - Jln Reko - Kajang masuk Ke Sg. Kantan - Jenaris. Peliknya tiba di Tanming Impian aku dapat tenaga semula kerana dah hampir ke kedai Kamis. Kena tongkat ali ais, ais kosong,kuih 3 ketul dan nampak postur awen...terubat penat. Tepat jam 11, maknanya 3 jam kayuh tanpa henti rasa sengal bontot. Kalu aku berenti kat mana2 tadi dah tentu panggil rescue...

Route : KAJANG -NILAI-SALAK TINGGI-MTDC-KAJANG

Distance : 71km

Riding Hour : 3hrs

Average speed : 23km/h


BANZAIII

No comments:

Guess Tracker

eXTReMe Tracker