Tuesday, September 25, 2007

Alfatihah! Buat Adik Nurin Jazlin

Perhatian
Gambar2 ini saya terima melalui Email, dari salah seorang sahabat saya dan Saya tidak berniat untuk menciplak, atau merompak,atau mencabul hak cipta gambar-gambar ini dari Photoghrapher sebenarnya..Tujuan saya sekadar untuk berkongsi kesedihan dan rasa simpati saya terhadap keluarga arwah adik Nurin jazlin, dengan kalangan Rider-rider di malaysia ini..













***Kepada pembaca blog ini, harap sedekahkan Alfatihah kepada Arwah adik Nurin Jazlin, yang telah kembali ke rahmatullah, baru-baru ini. Sebenarnya, saya sendiri tak tau kenapa, Mengapa hati saya meronta-ronta untuk menulis, dan memaparkan gambar gambar ini di blog ini? Sedang kan Adik Nurin Jazlin, dan Keluarganya bukanlah sahabat,Keluarga terdekat, mahupun ada pertalian saudara dengan saya..tetapi setiap kali berita mengenai kes kematian Adik Nurin Jazlin dipaparkan di kaca Tv, Terasa Naluri Kebapaan saya membuak buak..membuatkan perasaan saya bercampur baur! Perasaan Marah,sedih, pilu,kasihan semuanya bercampur atas kejadian yang menimpa Adik Nurin Jazlin. Setiap kaliGambar wajah adi ini dipaparkan dikaca Tv, Hati bapa ini terasa hancur remuk dan secara tak semena-mena hati bapa ini mengucapkan sumpah seranah kepada si pembunuh kejam tersebut, tak pernah saya terfikir diakal seorang Bapa Muda ini,bahawa ada seorang manusia, yang sanggup melakukan perkara sekejam itu, terhadap seorang kana-kanak perempuan yang lemah, dan tidap mengerti apa-apa.. Saya tertanya-tanya dimana letaknya hati, dan perasaan, seorang manusia, yang boleh menilai segala perbuatan baik buruknya? Dimana letaknya Akal yang dikurniakan tuhan, kepada manusia ini?? Akal yang membezakan antara manusia dan Haiwan?apakah dia sendiri tidak pernah merasa sakit? Walaupun sedikit sakitnya seperti tersadung batu, sehingga dia tidak peduli betapa sakitnya perbuatan dia terhadap Adik Nurin?? Manusia apa kah Ini?? Walau apa pun,sebagai seorang Bapa kepada seorang anak, saya berdoa, semoga Allah berikan balasan yang setimpal kepada si penjenayah tersebut, dan kepada Keluarga Adik Nurin Jazlin, tabahkanlah hati hati, kuatkan lah iman, panjatkanlah doa semoga allah melindungi semua kanak-kanak yang masih belum menjadi mangsa kepad syaitan ini!

Monday, September 3, 2007

MERDEKA RIDE 2/9/2007

JOURNAL MERDEKA RIDE
2 SEPTEMBER 2007
RIDERS - NAHA, HAKIM, RIZAL, DIN, DANIEL DAN GAWENG
JENTERA - EXITWAY, PROTON T-BOLT, SCOTT REFLEX, SCOTT USA, PROTON T-SPRINT, MAZONA HYBRID
LALUAN - TKP 24, KAJANG PRIMA - KAJANG PERDANA - SEMENYIH - JLN SEMENYIH/BANGI - JALAN ENAM KAKI - BERANANG - RINCING HILIR - BERANANG - SEMENYIH - HOSPITAL KAJANG - SG KANTAN - TKP 24
JARAK - 6O KM
MASA - 8.15 PG - 1.30 PTG (5 JAM++)
**Untuk bebudak baru belajar macam kami nie, Memang mencabar.. 5 jam???


(Aku yang masih, diperjalanan..Hidup ini....) Lyrics Lagu Ramli Sarip..



(Gambar hakim dan anak sedaranyer, yg berumur 14 tahun..tapi Hakim asyik kene tinggal aje ngan anak sedara dia nie)
(Arrgghhh..sampai jugak kami akhirnyer, ke sg semenyih..Mintak air Ckit..air aku Jatuh kat Highway semenyih tadi...hee..hee.....)

8.00 pg - Kayuhan dimulakan dari TKP oleh 6 riders, termasuk Daniel yg beru berusia 14 thn dgn jentera t-sprint road bike. Cabaran pertama ialah bukit 3 serangkai di kajang perdana.. namun dpt di tangani dgn mudah oleh riders.
mendahului pendakian ialah din dgn jentera scott, diikuti oleh daniel, gaweng dan naha. Rizal dan hakim berada agak jauh terkebelakang. ..
sampai di hadapan stesen timbang JPJ jalan semenyih, riders berhenti untuk regroup...

(Masa sampai kat pintu gerbang nie, hari dah terik..kayuhan kami agak perlahan, sebab banyak menunggu kawan yg tertinggal..supaya mereka x patah semangat....)

riders memasuki jalan semenyih dgn berhati-hati memandangkan jalan yg agak sibuk dgn kenderaan lain.. namun pengguna kenderaan agak bertimbang rasa terhadap kumpulan riders..
tiba di pekan semenyih, riders terus memasuki jalan semenyih/bangi. . terlihat kumpulan otai-otai riders dng road bikenya... ada lebih kurang 5-6 orang.. tangan di angkat tanda persahabatan. .
kayuhan diteruskan menghala ke bangi lama.. di tengah perjalan terjumpa sekumpulan 3 riders dgn MTB ingin menjelajah kebun kelapa sawit.. sempat juga gaweng menegur sapa kumpulan ini..
gaweng mendahului perjalanan yg agak landai.. panaroma amat indah dan tidak banyak kenderaan melalui jalan ini
kami menghabiskan jarak 20 km dalam masa satu jam.. permulaan yg baik.. cadence yg agak seimbang..


(Amik gambar, buat bukti kat Bini..Betul abang pegi kayuh..bukan pegi Dangdut..sumpah...)

10.00 pagi - Perjalanan diteruskan dgn menyusuri pekan beranang yg agak sibuk kerana ada pasar pagi. Kumulan riders menjadi perhatian ramai.. kami membelok ke arah bandar akademia/rincing hilir untuk ke pekan broga.. perjalanan amat menjerihkan dgn pendakian berturut-turut. . hakim menyatakan basikalnya ada sedikit masalah.. namun kami tetap meneruskan pendakian.. kami menikmati pemandangan yg cukup indah.. ciptaan ALLAH yg maha kuasa.. di dalam hati terdetik.. "untunglah siapa yg beristerikannya" .. di pertemuan inilah kami tersilap mengambil arah.. sepatutnya utk ke broga kami perlu ke kanan.. tetapi kerana asyik dgn panaroma yg indah itu.. saya telah salah membuat perhitungan dgn memasuki jalan sebaliknya.. di perjalanan ini basikal gaweng mengalami sedikit masalah dgn pedalnya.. berhenti seketika utk memeriksa jentera.. kami keluar semula di pekan beranang kerana loop tersebut adalah "circle loop". setelah berbincang seketika riders memutuskan utk mengambil laluan beranang/semenyih untuk menuju ke tkp24.

(Barisan Riders TKP 24, Dari Kiri berdiri, Daniel,Duduk Dari Kiri, Naha,Din,Rizal,Gaweng...Dan Hakim..Yang amik gambar nie)

11.00 pagi - kami menyusuri laluan ke pekan semenyih. cuaca menjadi cabaran yg terhebat kerana pada hari tersebut ia amat terik.. sesekali gaweng dan daniel cuba utk menarik peleton.. tapi tak berjaya. din yg berada di belakang juga gagal utk menolak peleton.. akhirnya memecut kehadapan dan mendahului riders lain.. berhenti seketika di pekan semenyih.. Scott USA menjadi tumpuan penduduk pekan semenyih.. "berapa harga basikal ni.. RM500 dapat ke?" tanya seorang apek.. Din hanya gelak saja.. seorang pakcik mengangkat Scott USA.. "huh... ringannya.. berapa berat ni?" Din "9 kg jer"..

Tidak lama kemudian hakim dgn jentera t-bolt sampai. "ada masalah la dgn gear aku.. rantai melompat2".. Din memerikasa jentera tersebut dan mendapati rantainya hampir terputus.. "nasib baik tak masuk laluan broga.. kalau putus tengah jalan terpaksa lah caling chief Zaki'Kami masuk ke pekan sambil meninjau sekiranya ada kedai basikal yg dibuka. Pada masa tu rizal telah membuat keputusan utk balik seorang diri kerana ada hal yg perlu diuruskan.Fuhh. . ada kedai basikal yg dibuka.. "apek, tengok rantai basikal ni nak putus, boleh repair?' "ini, macam takboleh repair.. tukat baru punya, lapan belat ringgit".. (mahalnya..)

kerja-kerja membaiki jentera hakim siap pada kul 12.00. kami meneruskan perjalanan menuju ke kajang. sampai di bandar rincing.. kumpulan kami berhenti seketika.. cuaca memang menjerihkan. . nasib baik beli air tambahan semasa di beranang tadi.. sedang bersembang ada seorang mamat berhenti.. lalu menegur kami.. rider juga rupanya.. beliau (nama lupa la) baru berpindah ke bandar rincing dan memiliki jentera MTB convert road..


( "Daahhh..dah...cukup la amik gambar tue hakim...Jom la kayuh...jauh lagi nie"...Kata Cik Din Kepada Hakim..)


Perjalanan diteruskan ke kajang.. riders membuat keputusan utk tidak melalui kajang perdana kerana kepayahan pendakian di kajang perdana akan semakin meletihkan kami.. kumpulan riders berpecah dua... din, gaweng dan naha mendahului diikuti daniel dan hakim.. din telah mengarahkan daniel ride bersama hakim.. kerana kalau anak sedara laju sgt nanti pak sedara tak mau ajak ride lagi.. kumpulan di hadaan berhenti seketika di hospital kajang utk menikmati cendol... 5 minit kemudian hakim dan daniel sampai..

Selesai menikmati cendol, tiba-tiba cuaca bertukar mendung diikuti oleh angin yg kencang. kami meninggalkan warung cendol kerana khuatir akan ditimpa oleh kemah dan ranting pokok yg ditiup kencang oleh angin. sesampai di hadapan jirat cina.. pedal mazona jentera si gaweng tercabut. kami cuba membetulkannya namun gagal. di saat ini lah bantuan tiba-tiba muncul. Nizam melalui jalan ini dgn menaiki motor.. gaweng kemudiannya mengangkat jenteranya pulang bersama dgn nizam...

kami semua sampai di tkp 24 pada jam 1.15 ptg. amat meletihkan tetapi mengujakan.. dan amat rugi kepada sesiapa yg tak menyertainya. .
cabaran ini telah menguji sejauh mana stamina dan kekuatan kaki serta kekuatan minda riders yg rata-rata baru menyertai sukan ini 3-4 bulan yg lalu..

cabaran ini akan membawa kita kepada cabaran yg lebih besar lagi iaitu Perdana Ride ke bagan lalang pada hujung tahun ini..

Wassalam

Din

Guess Tracker

eXTReMe Tracker