Monday, May 25, 2009

KAYUHAN BERJAM2

Tepat jam 7.30am dah bersedia menunggu geng ride - gaweng, sedi dan Gen2. Hampir kul 8.00am bergerak keluar menuju Lebuhraya Silk (saujana impian - smpg balak - kajang utama).
msg2 keletihan krn dah lama tak ride...emm alasan biasa ..
Berenti rehat di plaza tol...amik keputusan pentingkan diri msg2....sedi yg nampak tak bertenaga
ingin memendekkan laluan melencong ke kajang perdana sementara gaweng ingin menghabiskan 1 loop penuh ke sg. long. Bila ditanya jawab Gen2 `tak kisah, ikut je'
Jam 9.00am berpecah, kami bertiga meneruskan ride ke sg. long dan sedi ke kajang perdana dgn janji jumpa di kdi kamis. Mendaki bukit yg ke-2, dah tak nampak kelibat Gen2. Aku yg di depan nampak 1 rider di eskot moto honda..perlahankan dakian menunggu gaweng sambil meneka, ini mesti khairi training anak dia. Gen2 masih tak muncul, kami menunggu di tol sg. long. Nampak 2 rider MTB..mungkin rider tmn rakan..Jawab gen2 tiub depan bocor..
Dlm pada menunggu kami berborak dengan polis peronda(MPV) Kopral Leong. Macam2 isu bersenam yg kami bualkan...ramah orgnya..cont`d ride sesudah gen2 sampai tetapi keluar dr sg. long ke Lebuhraya Kang -Cheras, sekali lagi kelibat gen2 ilang..sekali lagi kami berhenti di smpg sg. sekamat.Bila dia hampir, aku terus bergerak. sampai di tmn mesra toleh ke blakang..ehh..ehh...ehh tak de org..mana perginya 2 rider ni? hari mkn panas, semangat mkn lemah..trus kayuh, sekurang2nya dia berdua di blkg.
sampai di kdi kamis, bayang sedi pun tak de..minum makan kuih baru diaorang smpai...11.00am. Rupa2nya tiub blkg gen2 plak bocor..apa le nasib ko..tiap kali kayuh asyik bocor je.. Total distance hampir 40km tp amik masa 3 jam..Ok lah tu nak kayuh jugak..rider lain trexia-kerja, azizi-ghaib walaupun 2 hari sebelum tu bersungguh2 nak ikut, trek-blk kg, zamri - tiba2 sakit pinggang, de`luca-afrika
banzaiii

Monday, May 11, 2009

NON STOP SOLOIST

10-05-2009

Setelah beberapa siri kayuhan solo minggu lepas yang dimulakan trexia dan Dee, giliran aku pulak ujung minggu ni..sempena HARI IBU. Keluar jam 8.00am, matahari telah memancar terik. Menyusuri prima saujana ke LEKAS, hati masih berbelah bagi samada ingin melunaskan hajat atau melalui laluan biasa. Maklumlah sorang2 semangat pun goyang, tambahan tiada yang mengatakan ingin berkayuh minggu ni. Menuruni bukit selepas simpang ke Sg. Long, aku bulatkan tekad menghabiskan kayuhan mengikut hajat hari sebelumnya.

Sampai di R&R Beranang, kepanasan matahari mengigit sampai ke kulit walau pun aku pakai armband. Setan gondol yang menarik beskal de`luca 2 minggu lepas, tiba2 menarik beskal aku pulak. Mak oooi berat rasanya beskal, kalau de`luca ada mesti dia dah ke depan meninggalkan aku, mesti dia gelak besar. Kayuhan semakin perlahan sampai cecah beberapa belas km/j jer..mana hilang tenaga aku, tak pernah terjadi macam ni..menghampiri tol Nilai, semangat semakin kacau, dah lepas 24km, nak berpatah balik kena tempuh highway yang panas dan berangin termasuk bukit 3 beradik...dah takde tenaga. Panasnya cuaca. Nekad ke arah Nilai.

Tiba di Nilai Square nampak BBN Cafe, tempat selalu minum pagi bila berkayuh, fikirkan sorang2 tak sedap pulak nak lepak walaupun pagi tadi hanya minum air masak jer..keluar di Salak tinggi ingat nak berenti rehat kat bukit De Palma, tapi sampai kat situ takde tempat redup walaupun keliling banyak pokok. Ahh..terus kayuh walaupun ini kayuhan aku yang paling perlahan. Menyusuri Jenderam ke simpang Salak Tinggi - Banting - Sg. Buah - Bt. Unggul - MTDC - UKM - Jln Reko - Kajang masuk Ke Sg. Kantan - Jenaris. Peliknya tiba di Tanming Impian aku dapat tenaga semula kerana dah hampir ke kedai Kamis. Kena tongkat ali ais, ais kosong,kuih 3 ketul dan nampak postur awen...terubat penat. Tepat jam 11, maknanya 3 jam kayuh tanpa henti rasa sengal bontot. Kalu aku berenti kat mana2 tadi dah tentu panggil rescue...

Route : KAJANG -NILAI-SALAK TINGGI-MTDC-KAJANG

Distance : 71km

Riding Hour : 3hrs

Average speed : 23km/h


BANZAIII

Guess Tracker

eXTReMe Tracker