Wednesday, January 30, 2008

Sunday Ride- 27/1/2008

KAYUHAN NTAH HAPEKENAMANYA..SENAFAR??
Date: 27 JAN 2008
Day:SUNDAY
Time: 7.30 am
Total Ride Distance 62km
ROUTE:TKP24-Spg Balak-Sg Ramal-BBB-Teras Jernang-Bkt Tak Nampak-SSemnyih-Kj Perdana-Tkp24 "


"Firdaus..sejak Pakai trek nie dia lah antara org yang paling rajin kayuh.." syabas ..
"Sifu Rashid..insan yang tak pernah jemu melatih Group TKP 24, walaupun menerima berbagai dugaan, dan kerenah rider-rider setahun jagung macam kami nie"

"err mamat nie lagi..apsal rajin sgt bergambar nie?? Oooo..dia pakai jersey baru laa..pheewwiitt.."

"dimulakan dengan bismillah dan kaki kanan"


"Dan perjalanan pun bermula"

"sesekali hati ini bersyukur kerana dilahirkan di negara yang aman damai, tanpa peperang dan perbalahan"

"Syukur kerana kami bebas hendak bergerak kesana kemari tanpa halangan dan sekatan dari sesiapa, sedangkan ada saudara kita yg terkurung di tanah air sendiri"

"sesekali dugaan melanda kekadang kita kita mengeluh sedangkan tanpa disedari ada hikmah disebaliknya"Naha: Eh Berapa lama nak siap daaa..
Sifu Rashid: Kejap! sekali aku lupa nak pakai spek mata tadi daaa..itu pasal lah lambat.
"Perjalanan mesti diteruskan dan adakalanya kita harus memilih arah mana yang dituju"

"Adakalanya jalan yang kita pilih tidak semudah yang disangka"
"dan adakalanya jalan yang dipilih adalah jalan yang penuh nikmat darinya"

"sesungguhnyaAllah itu maha mengetahui dan mengasihani setiap makhluk ciptaannya"


"Bro Naha"
"Firdaus (Trek 1577)"
"Sifu Rashid"


":Chief Sedi yang dah terlalu Lama meninggalkan basikalnya gersang tanpa kayuhan"





"Sifu Rashid dan Rashid Junior kat kedai khamis"

Friday, January 25, 2008

Kayuhan Speedworks-20/1/2008

Date : 20/1/2008
Day :Sunday
Time: Err...8.00 am (gaweng datang terrr..lewat he.he..)
Max Speed: 58km/h(Meter Gaweng)
Average Speed 24km/h(Meter Gaweng)
TotalDistance: 40km
Route:TKP 24-Simpang Balak-Kajang utama-Kajang Perdana-Highway Sg Long-Sg Sekamat-TKP 24

Rider: Abg Zack,Sifu Rashin,Ustz Merida,De'Luca,Bro Banzai,Firdaus,Bro Zamri,BroZaki dan Gaweng

Salam..pertama sekali gaweng nak mohon maaf sebab lambat update blog kali nie..bukan ape..agak sibuk sebab kene pegi tugasan luar ke Johor selama 4 hari, bermulahari isnin higga jumaat, balik dari Johor, gawengcuma sempat tukar baju aje dan terus bergegas balik ke kuala lipis sebab Datuk gaweng meniggal dunia dirumah mak gaweng..cuma sekarang baru sempat update nasib baik adai nternet kat rumah di kampung ni..

Anyway, kita cerita tentang ride yang lepas..ride kali nie, sifu rashid ajar kami tentang latihanyang dinamakan " Attack & fade"..satu benda baru buat kami, dan nyata mencabar nagi sesetengah rider yang tak cukup stamina..

Kronology:

" kayuhan bermula pukul 8 pagi, cahaya matahari amat terik"

"Peloton kami mula memasuki laluan simpang balak..dan bermulalah "attack & Fade" Bro Banzai yg mula Attack dulu"
"Giliran abg Zack pulak mengetuai Peloton" agak panjang bila 9 orang masuk satu barisan..


" Kelihatan bro naha pulak tarik peloton, diikuti Firdaus dan ustaz Hakim..Laluan pada hari tu agak landai, cuma 3 climbing di highway sg long"
" errr...gaweng sendiri pun tau kenapa sifu snap gambar nie.."

"yah..yah..yah..panasnya..Giliran Bro deluca pulak didepan.."
Ehem..giliran gaweng pulak didepan..dengan sekali sekala ditegur De'Luca suruh laju ckit..Gaweng dah penat ni weiii...
" Gaweng sempat berposing ketika menunggu kumpulan yg keciciran semasa "attack & Fade tadi"
"Ustaz Hakim(Merida) mengintai awek juru Tol..cun katanya.." err..biar betul ustaz nie...

" Sifu rashid dan Abg Zack..Bab berposing depan camera, serah kat Sifu..bab "dressing' bergaya setiap kali kayuh, He..hee..serah kat abg Zack.."tapi dua-dua nie power beb..

Peloton depan cuma ada gaweng,Sifu Rashid,Ustz Hakim dan Abg Zack..

"..dan mereka pun tiba...tayar belakang De' Luca pancit lagi katanya untuk kali yg entah keberapa..tak tau la..patut la lama...kesian Bro De'Luca..

Yang pakai baju coklat tu, adalah Abg Bob dari Seri Jeluk..salam perkenalan bro.."

" Bergambar bersama dengan jentera memasing..dari kanan, Abg Zamri,Firdaus,Abg Zack,De'Luca,Ustaz Hakim,Bro naha,Bro Zaki, dan Gaweng..Sifu Rashid yg Ambik gambar nie..

Kami meneruskan perjalanan pulang, dan berenti minum dengan Abg Zack kat kedai mamak di Sg Sekamat..sempena meraikan perkenalan dgn Abg Bob, dan menghargai Abg Zack yg sanggup kayuh Pagii-pagi turun ke TKP 24...itu sajalah ulasan kayuhan pada minggu ini..harap Abg Zack x serik ride dgn kami, sebab takde Puntuality..insyallah, kami akan improve disiplin diri tentang isu menepati masa nie..sekian, wassalam..

Monday, January 14, 2008

Kayuhan Repeat Bagan Lalang-13/1/2007

Day: Sunday
Date:13/1/2007
Time: 8.00Route:TKP-MTDC-Jenderam-Dengkil-Kota Warisan-Sepang-Bagan Lalang-Salak Tinggi-Jenderam-MTDC-TKP 24
Total Distance: 137 km(Meter gaweng)
Max Speed: 43 km/h (Meter Gaweng)
Average Speed: 24 km/H (Meter Gaweng)
Riders:Sifu Rashid,Pak Berahim,Abg Zack,Ust Hakim,Naha,Gaweng,Azizi,De'Luca, Abg Zamri dan Firdaus

Ride kali ni adalah adalah ride yang paling jauh setakat ini bagi group TKP 24, paling meriah sebab pertama kali dapat menumpulkan 10 rider, dan paling mencabar sebab berlaku 4 kejadian tayar pancit disamping terpaksa menempuh keadaan panas terik semasa perjalanan pergi dan hujan lebat angin kencang dan ribut petir masa perjalanan balik..
Kami juga terharu sebab Orang lama seperti Abang Berahim, Bro Azizi dan Abg Zack sudi kayuh dengan kami yang kurang berpengalaman ni..Berikut adalah catatan dan gambar yang sempat Gaweng rakam sepanjang perjalanan pergi dan balik..
Sesi menunggu abang Zamri yang terlajak bangun pada pagi itu, diisi dengan acara berkenalan Abang Zack dan Bro Azizi dengan group TKP 24..


Actually Abg Zack dah sampai lepas subuh lagi..sesat pusing2 kat TKP, akhirnya Gaweng ambik dia kat 7 Eleven Prima Saujana..kesian Abg Zack..lama menunggu..maaf ye Abg Zack.. Bila semua dah berkumpul, kami mulakan bacaan doa mohon keberkatan dari Allah, semoga dijauhkan dari segala musibah,ustaz Hakim membacakan doa pada pagi itu..

"Dan kayuhan pun bermula..kami mulakan kayuhan menuju ke MTDC untuk berjumpa Dg Pak Berahim disana..agak lewat dari jadual asal..sepatutnya start pukul 7 pagi, tapi pukul 8 pagi baru start kayuh" harap tak berlaku macam tu lagi.. "Pancit No:1"

Masa masuk ke pekan kajang, basikal Bro Azizi pancit..so kami berhenti dan tolong beliau tukar tiub.. Orang paling bergaya Hari tu..Abang Zack..!
Peloton kami melalui laluan UKM-MTDC menuju ke Jenderam-Dengkil..

Kami meneruskan kayuhan selepas melalui MTDC..Pak Berahim Dan Basikal Look 555 nya dah lama bersedia..yeeehaa..Maaf Pak berahim..kami agak lewat..tayar pancit..Kelihatan Ustaz hakim Mengetuai peloton kami..,Tiba di Dengkil..hadui.. kami disambut dengan cuaca yang sangat panas dan sangat terik..

Peloton Kami memasuki laluan menuju ke Kota warisan..memasing enjoy ride sebab mantain speed 25km/h..so boleh lah berborak sambil kayuh..
"Pancit No:2"
Tiba di Sepang F1 Circuit, Tayar Bro Aziz Pancit buat kali kedua..
"Bro Naha Banzai Sedang menghisap Nenen..hee.hee sebab botol air beliau berbentuk Nenen"




Bukti cuaca hari tu terlalu panas, kebanyakan rider sudah mula kehabisan bekalalan air..Jadi kami berhenti di Pekan Sepang, untuk menambah bekalan air, sambil menunggu rider yang keciciran di belakang..
"Pancit No: 3"

Tiba Di Bagan Lalang, sekali lagi tayar hadapan beliau pancit..diwajah beliau, jelas terpancar sinar kekecewaan..sebab tak dapat meneruskan perjalanan..akhirnya beliau memutuskan untuk balik dengan kereta sahaaja..sebab tak mau mengambil risiko pancit utk kali ke-4.. Selepas makan, kami berahat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang,
"Sebelum berangkat pulang, kami menambah bekalan air..untuk mengelakkan dehidrasi"

"Pancit No 4"..Akhirnya pancit No 4 terjadi juga..kali ni basikal De'Luca.....kelihatan de'luca menukar tayar sambil dibantu oleh Pak Berahim..hujan mula turun dengan lebatnya..

Untuk mengelakkan kami sampai terlalu lewat ke kajang, kami berpakat untuk meneruskan perjalanan..meredah hujan yang lebat..

"sesi menunggu di bukit De'palma Inn, kami menunggu Abg Zamri dan Firdaus..demi mengelakkan semangat mereka luntur, serik dan tak mahu ikut kayuh jauh-jauh lagi..

Kami jangkakan,Pak Berahim,Hakim,Rashin, dan Abg Zack menunggu kami disini, tapi nyata meleset..rupanya mereka meneruskan perjalanan..mungkin mereka menunggu kita di MTDC kata Bro Naha..sekarang di belakang cuma tinggal, Banzai,De'luca dan Gaweng..err..dibelakang lagi ialah Abg Zamri dan Firdaus..

"Senyuman kepuasan Firdaus selepas berjaya menawan bukit De'palma tanpa turun menolak basikal, sambil diikuti oleh abg Zamri Di belakang sana..Tahniah keduanya..


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dalam hujan yang sangat lebat..tiba di MTDC, nyata Pak Berahim,Hakim,Rashin, dan Abg Zack tiada disitu..jadi Gaweng,Naha,dan De'Luca mengambil keputusan untuk berhenti dan menunggu Fidaus dan Abg Zamri yang masih jauh tertinggal di belakang..


Dalam 5 minit kemudian, kelihatan Firdaus dalam hujan lebat, dan 5 minit kemudian, Abg Zamri tiba..dengan di'iringi oleh Pak Berahim..rupanya, pak Berahim tidak Terus Balik ke rumah, sebaliknya Beliau menunggu kami dengan kereta di Depan MINT..malah beliau menawarkan untuk menghantar kalau ada antara kami yang tak larat nak kayuh lagi..tapi alhamdulillah, semuanya masih mampu berkayuh Terima Kasih Pak Berahim..atas tawaran yang diberikan..kami tiba di TKp jam 4.45 petang, dengan hujan masih renyai-renyai..kami lepak di Pondok TKP 24, sambil pekena Goreng Pisang, dan Teh Tarik, yang dibeli oleh De'Luca dan banzai tadi..


Akhir Kata, Rata-rata kami enjoy kayuhan hari ini, sebab pertama kali merasa dua cuaca yang berbeza..panas terik, dan hujan lebat..ini pertama kali kami kayuh dalam hujan lebat.. dan paling seronok, semua rider berjaya menamatkan kayuhan sejauh 137km..walaupun tak sama laju, tapi kami berjaya menghabiskannya..!! Tahniah buat semua..








Friday, January 11, 2008

Kayuhan Jiwang 2

Date: 10/1/2008
Day Sunday
Time Start:8.00am
Time Finish: 12.00pm
Route: TKP24-UKM-Bangi Lama-Semenyih-Sg Long Highway-Sg Sekamat-TKP 24
Total Distance:56.68km
Max Speed: 58.8 km/h (Down hill)
Average Speed: 22 km/h (Flat Road)
Riders: Bro Zaki, Bro Naha, Sifu Rashid dan Gaweng

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa ride hari ni dinamakan ride Jiwang?? hemm..sebabnya senang aje kerana, ride hari ni adalah ride yang paling santai yang kami pernah buat..tiada aksi kejar-mengejar,tiada "breakaway" dan tiada aksi tinggal meninggal..semua laluan kami lalui bersama tanpa berpecah..dan memang kami sudah rancang begitu..laluan agak flat, cuma 1 climbing di Bangi lama, dan 3 climbing lagi di sg long highway..dan alhamdulillah, semua rider berjaya menawan bukit-bukit tersebut, tanpa perlu menolak basikal..(menolak basikal adalah satu perkara biasa dalam group beginner/amatur seperti kami..he..hee..)

Kayuhan bermula dari TKP 24, pada pukul 8.00 pagi..agak lewat sebab Gaweng dan Bro Zaki terlajak bangun..ini juga merupakan ride yang paling jauh bagi Bro Zaki dan Jentera Polygon Roadsternya..Lalauan berliku selepas UKM menuju ke bangi lama..agak teduh sebab cahaya matahari terlindung oleh kanopi poko disitu..
Mula masuk ke laluan bangi lama, dan lihatlah cahaya matahari memancar..jam baru menunjukkan pukul 8.45 pagi, tapi...

"Burned alive!!"

Kelihatan Bro Zaki sedang berperang dengan mental beliau sendiri..melawan panas terik matahari..

Bro Zaki: Perut aku terasa sakit dan tegang kenapa ye??

Bro Zaki mengadu perut beliau mula terasa "Cramp" rupanya beliau tak breakfast lagi..maka kami pun berenti makan "roti Canai" di Bangi lama.Gaya Sifu Rashin ketika mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada kami..

Lepas tu, kami sambung kayuh balik, masuk kesemenyih..kami juga memutuskan untuk masuk ke Highway sg long, sebab jalan raya ke kajang mula sibuk dengan Lori dan Kereta..

Wajah Bro Zaki yang pada mulanya mahu mengalah sebab cuaca terlalu panas..tapi atas suntikan semangat dari kami beliau meneruskan..

Bukit terakhir di highway sg Long..semuanya berjaya mendaki dengan selamat, walaupun cuaca terlalu terik buat kami..yeehaa..

Tiba di TKP 24, kami berkumpul macam biasa dan mengucapkan tahniah kepada Bro Zaki kerana berjaya menamatkan kayuhan pada hari ini, walaupun pada satu ketika beliau hampir mengalah..Tahniah!!!..

Guess Tracker

eXTReMe Tracker