Day Sunday
Time Start:8.00am
Time Finish: 12.00pm
Route: TKP24-UKM-Bangi Lama-Semenyih-Sg Long Highway-Sg Sekamat-TKP 24
Total Distance:56.68km
Max Speed: 58.8 km/h (Down hill)
Average Speed: 22 km/h (Flat Road)
Riders: Bro Zaki, Bro Naha, Sifu Rashid dan Gaweng
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa ride hari ni dinamakan ride Jiwang?? hemm..sebabnya senang aje kerana, ride hari ni adalah ride yang paling santai yang kami pernah buat..tiada aksi kejar-mengejar,tiada "breakaway" dan tiada aksi tinggal meninggal..semua laluan kami lalui bersama tanpa berpecah..dan memang kami sudah rancang begitu..laluan agak flat, cuma 1 climbing di Bangi lama, dan 3 climbing lagi di sg long highway..dan alhamdulillah, semua rider berjaya menawan bukit-bukit tersebut, tanpa perlu menolak basikal..(menolak basikal adalah satu perkara biasa dalam group beginner/amatur seperti kami..he..hee..)
Kayuhan bermula dari TKP 24, pada pukul 8.00 pagi..agak lewat sebab Gaweng dan Bro Zaki terlajak bangun..ini juga merupakan ride yang paling jauh bagi Bro Zaki dan Jentera Polygon Roadsternya..Lalauan berliku selepas UKM menuju ke bangi lama..agak teduh sebab cahaya matahari terlindung oleh kanopi poko disitu..
Mula masuk ke laluan bangi lama, dan lihatlah cahaya matahari memancar..jam baru menunjukkan pukul 8.45 pagi, tapi...
"Burned alive!!"
Kelihatan Bro Zaki sedang berperang dengan mental beliau sendiri..melawan panas terik matahari..
Bro Zaki: Perut aku terasa sakit dan tegang kenapa ye??
Bro Zaki mengadu perut beliau mula terasa "Cramp" rupanya beliau tak breakfast lagi..maka kami pun berenti makan "roti Canai" di Bangi lama.Gaya Sifu Rashin ketika mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada kami..
Lepas tu, kami sambung kayuh balik, masuk kesemenyih..kami juga memutuskan untuk masuk ke Highway sg long, sebab jalan raya ke kajang mula sibuk dengan Lori dan Kereta..
Wajah Bro Zaki yang pada mulanya mahu mengalah sebab cuaca terlalu panas..tapi atas suntikan semangat dari kami beliau meneruskan..
Bukit terakhir di highway sg Long..semuanya berjaya mendaki dengan selamat, walaupun cuaca terlalu terik buat kami..yeehaa..
Tiba di TKP 24, kami berkumpul macam biasa dan mengucapkan tahniah kepada Bro Zaki kerana berjaya menamatkan kayuhan pada hari ini, walaupun pada satu ketika beliau hampir mengalah..Tahniah!!!..
No comments:
Post a Comment