Friday, December 30, 2011

GELOMBANG OREN

Pada 26/12/2011 telah diadakan pertandingan tertutup boling bagi ahli2 KRKTKP24. Dengan peryertaan yang amat menggalakkan, kemeriahan amat terasa walaupun bermula lewat dari jadual asal. Berikut beberapa aksi yang sempat dirakamkan sebelum pertandingan bermula...




















Monday, October 3, 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI + AIDILADHA

            Gambar2 yang mencoretkan serba sedikit kemeriahan dan kegamatan majlis pada 1/10/2011
menunggu bermulanya majlis

acara permulaan yg mendapat kelulusan PDRM

                                            asap bunga api dan mercun menyelubungi khemah
                                                             anak2 dan kaum ibu



                                                       tetamu dari Batu Pahat, Johor
                                                              mercun bagi remaja2

                                    
                                                        bacaan doa oleh Tn Hj Pozlan
                                                bunga api bagi anak2, dipantau oleh die

                                          beri perhatian bagi ucapan pengerusi dan timbalannya
                                               antara bekas ahli yang hadir, En Zamri Amin
                                                               bermulanya jamuan

 

                                     dari kiri antara PDRM, Tentera, SPRM dan KDN-AADK
                                                    pertandingan beragam bagi anak2


terpaksa balik awal sebab ada tetamu dirumah....ada lagi gambar2 yang dirakamkan oleh Aswad termasuk gambar YB Cikgu Lee di facebook

Monday, July 18, 2011

He..He..He..

Minggu lepas bersemangat nak mula berkayuh setelah lama terlupa malangnya tayar depan belakang bocor...
sabtu beli 4 tiub dari de`luca pasal nak melunaskan keinginan minggu lepas. Selepas selesai kenduri menyambut ramadhan, terus tukar tiub. Pagi minggu tolak perlawaan isteri dan anak untuk balik  ke langat pasal petang nanti nak berkayuh.

pukul 6pm bersiap untuk mula berkayuh...pakai kasut, capai spek, helmet dan glove terus tolak basikal keluar...eh..eh..
tayar belakang pancit lagi. hati dah mula panas..takpe tukar tiub lagi..siap pasang..pam..eh..eh.. bocor lagi...anak bini pun dah balik dari langat..nekad..ada tiub stok lama..tukar dan pam..ok..

haluan ke kajang perdana..syoknyerr dapat berkayuh walaupun solo...dah lama tak rasa penat cam ni..
terus masuk ramp ke sg. long...belum daki bukit seterusnya..eh..eh..bocor lagiiii..aahh..nampak gaya ada pakej hari ini....berkayuh n berjalan...hari dah gelap..bila daki bukit #1 tambah pakej lagi..berjogging..
atas bukit #2 ada kereta perdana v6 berhenti..keluar sorang kakak bertanyakan arah ke sg. long sambil menawarkan bantuan untuk menumpangkan aku....tapi aku tolak pasal baju dah lencun dengan peluh dan fikir tinggal satu bukit je lagi nak sampai umah...

akhirnya sampai jugak umah kul lebih 8pm..ha..ha..ha...disape sinis anak bini...ada yang tak kena dengan rim atau tayar...kene bawak gi kedai gamaknya...saat ni..pagi ni..masih terasa kejang dan keras kaki..he..he..he

ambil gambar di highway..gelap dahh ni...

basikal ooo basikal

abis cam tu je tiub2..lum pun sempat kayuh lagi

penat..penat..pakej oohh pakej

KENDURI MENYAMBUT RAMADHAN 2011

Majlis dibuat pada malam minggu yang lepas (16/07/11). Seperti biasa pagi sabtu jam 7am Hj. Pozlan, Rafie dan De`luca pergi shopping barang2 di pasar dan sebagainya. Tak dapat ikut serta pasal ada hari sukan di SKTP. Gotong royong di kalangan jiran bagi menyediakan menu diketuai chef de`luca..nasi ayam dgn daging black pepper tu memang kick..

Makan tgh hari diikuti selepas maghrib sembahyang berjemaah, solat sunat taubat, solat sunat hajat, bacaan yassin dan tahlil.
 Dari maklumbalas yg diterima, ramai yang tak tahu majlis ni. So bhgn penerangan kena lbh prihatan....












Moveee

Loading...

Guess Tracker

eXTReMe Tracker