Monday, January 14, 2008

Kayuhan Repeat Bagan Lalang-13/1/2007

Day: Sunday
Date:13/1/2007
Time: 8.00Route:TKP-MTDC-Jenderam-Dengkil-Kota Warisan-Sepang-Bagan Lalang-Salak Tinggi-Jenderam-MTDC-TKP 24
Total Distance: 137 km(Meter gaweng)
Max Speed: 43 km/h (Meter Gaweng)
Average Speed: 24 km/H (Meter Gaweng)
Riders:Sifu Rashid,Pak Berahim,Abg Zack,Ust Hakim,Naha,Gaweng,Azizi,De'Luca, Abg Zamri dan Firdaus

Ride kali ni adalah adalah ride yang paling jauh setakat ini bagi group TKP 24, paling meriah sebab pertama kali dapat menumpulkan 10 rider, dan paling mencabar sebab berlaku 4 kejadian tayar pancit disamping terpaksa menempuh keadaan panas terik semasa perjalanan pergi dan hujan lebat angin kencang dan ribut petir masa perjalanan balik..
Kami juga terharu sebab Orang lama seperti Abang Berahim, Bro Azizi dan Abg Zack sudi kayuh dengan kami yang kurang berpengalaman ni..Berikut adalah catatan dan gambar yang sempat Gaweng rakam sepanjang perjalanan pergi dan balik..
Sesi menunggu abang Zamri yang terlajak bangun pada pagi itu, diisi dengan acara berkenalan Abang Zack dan Bro Azizi dengan group TKP 24..


Actually Abg Zack dah sampai lepas subuh lagi..sesat pusing2 kat TKP, akhirnya Gaweng ambik dia kat 7 Eleven Prima Saujana..kesian Abg Zack..lama menunggu..maaf ye Abg Zack.. Bila semua dah berkumpul, kami mulakan bacaan doa mohon keberkatan dari Allah, semoga dijauhkan dari segala musibah,ustaz Hakim membacakan doa pada pagi itu..

"Dan kayuhan pun bermula..kami mulakan kayuhan menuju ke MTDC untuk berjumpa Dg Pak Berahim disana..agak lewat dari jadual asal..sepatutnya start pukul 7 pagi, tapi pukul 8 pagi baru start kayuh" harap tak berlaku macam tu lagi.. "Pancit No:1"

Masa masuk ke pekan kajang, basikal Bro Azizi pancit..so kami berhenti dan tolong beliau tukar tiub.. Orang paling bergaya Hari tu..Abang Zack..!
Peloton kami melalui laluan UKM-MTDC menuju ke Jenderam-Dengkil..

Kami meneruskan kayuhan selepas melalui MTDC..Pak Berahim Dan Basikal Look 555 nya dah lama bersedia..yeeehaa..Maaf Pak berahim..kami agak lewat..tayar pancit..Kelihatan Ustaz hakim Mengetuai peloton kami..,Tiba di Dengkil..hadui.. kami disambut dengan cuaca yang sangat panas dan sangat terik..

Peloton Kami memasuki laluan menuju ke Kota warisan..memasing enjoy ride sebab mantain speed 25km/h..so boleh lah berborak sambil kayuh..
"Pancit No:2"
Tiba di Sepang F1 Circuit, Tayar Bro Aziz Pancit buat kali kedua..
"Bro Naha Banzai Sedang menghisap Nenen..hee.hee sebab botol air beliau berbentuk Nenen"




Bukti cuaca hari tu terlalu panas, kebanyakan rider sudah mula kehabisan bekalalan air..Jadi kami berhenti di Pekan Sepang, untuk menambah bekalan air, sambil menunggu rider yang keciciran di belakang..
"Pancit No: 3"

Tiba Di Bagan Lalang, sekali lagi tayar hadapan beliau pancit..diwajah beliau, jelas terpancar sinar kekecewaan..sebab tak dapat meneruskan perjalanan..akhirnya beliau memutuskan untuk balik dengan kereta sahaaja..sebab tak mau mengambil risiko pancit utk kali ke-4.. Selepas makan, kami berahat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang,
"Sebelum berangkat pulang, kami menambah bekalan air..untuk mengelakkan dehidrasi"

"Pancit No 4"..Akhirnya pancit No 4 terjadi juga..kali ni basikal De'Luca.....kelihatan de'luca menukar tayar sambil dibantu oleh Pak Berahim..hujan mula turun dengan lebatnya..

Untuk mengelakkan kami sampai terlalu lewat ke kajang, kami berpakat untuk meneruskan perjalanan..meredah hujan yang lebat..

"sesi menunggu di bukit De'palma Inn, kami menunggu Abg Zamri dan Firdaus..demi mengelakkan semangat mereka luntur, serik dan tak mahu ikut kayuh jauh-jauh lagi..

Kami jangkakan,Pak Berahim,Hakim,Rashin, dan Abg Zack menunggu kami disini, tapi nyata meleset..rupanya mereka meneruskan perjalanan..mungkin mereka menunggu kita di MTDC kata Bro Naha..sekarang di belakang cuma tinggal, Banzai,De'luca dan Gaweng..err..dibelakang lagi ialah Abg Zamri dan Firdaus..

"Senyuman kepuasan Firdaus selepas berjaya menawan bukit De'palma tanpa turun menolak basikal, sambil diikuti oleh abg Zamri Di belakang sana..Tahniah keduanya..


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dalam hujan yang sangat lebat..tiba di MTDC, nyata Pak Berahim,Hakim,Rashin, dan Abg Zack tiada disitu..jadi Gaweng,Naha,dan De'Luca mengambil keputusan untuk berhenti dan menunggu Fidaus dan Abg Zamri yang masih jauh tertinggal di belakang..


Dalam 5 minit kemudian, kelihatan Firdaus dalam hujan lebat, dan 5 minit kemudian, Abg Zamri tiba..dengan di'iringi oleh Pak Berahim..rupanya, pak Berahim tidak Terus Balik ke rumah, sebaliknya Beliau menunggu kami dengan kereta di Depan MINT..malah beliau menawarkan untuk menghantar kalau ada antara kami yang tak larat nak kayuh lagi..tapi alhamdulillah, semuanya masih mampu berkayuh Terima Kasih Pak Berahim..atas tawaran yang diberikan..kami tiba di TKp jam 4.45 petang, dengan hujan masih renyai-renyai..kami lepak di Pondok TKP 24, sambil pekena Goreng Pisang, dan Teh Tarik, yang dibeli oleh De'Luca dan banzai tadi..


Akhir Kata, Rata-rata kami enjoy kayuhan hari ini, sebab pertama kali merasa dua cuaca yang berbeza..panas terik, dan hujan lebat..ini pertama kali kami kayuh dalam hujan lebat.. dan paling seronok, semua rider berjaya menamatkan kayuhan sejauh 137km..walaupun tak sama laju, tapi kami berjaya menghabiskannya..!! Tahniah buat semua..








1 comment:

Anonymous said...

bab isap rokok tu kewl!

Guess Tracker

eXTReMe Tracker