Salam,
Ahad 26/04/09 pepagi lagi aku dah sms banzai, sedi, trexia dan trek "jom kayuh - lekas -bangi - ukm - kajang". trek menjawab "kl - kb", fahamlah maknanya dia ada di kelantan. cif sedi sibuk kerana baru dpt baby gurl, trexia balik kg.. harapan teman kayuh cuma banzai jer..
kul 7.30 pg.. x der response dari banzai. aku call dia
"hello, sori lah baru bangun" kata banzai
"kayuh tak? aku ada kat pondok"
"ok, kul 8" kata banzai
sementara menunggu banzai bersiap, aku pun kayuh pusing2 kat tkp.. senyap sunyi tkp pepagi ahad. yg kelihatan cuma indon dan bangla..
kul 8 kami bergerak, lalu ke prima saujana.. panjat bukit 3 beradik.. perghhhh.. aku rasa mcm ada setan gondol tarik basikal aku dari belakang.. berat nak mampos.. ehhh baru teringat yg aku dah 3 bulan x kayuh.. hehehe.. tapi pasal aku dah janji ngan banzai "lepas aku abis exam, aku akan kayuh semula" kata aku pada banzai.. masa dia ajak aku kayuh sblm ini.. spedo meter aku naik takat 15km/h jer masa anjat bukit.. ceh.. apasal slow mcm traktor ni.. banzai dah laju kat depan.. sesekali dia toleh kebelakang.. tengok aku terkial2 kayuh.. aku rasa dlm hati dia berkata "tu lah.. org ajak maintain kayuh kau banyak alasan..". sampai kat interchange kajang silk/grand saga aku henjut.. naik bukit siap boleh potong banzai.. pasal dia slow hehehe.. pastu banzai terus ikut rentak aku.. lepas bukit tu.. dia lead.. tarik 30, naik ke 35 dekat sampai kat tol lekas.. tengok meter dah dekat 40.. aku mula tercicir.. asal climbing sikit jer dah mula cicir.. lepas tol regroup balik..
pastu kami kluar kat exit semenyih/bangi.. masuk jalan kampung.. banzai dan aku tukar tarik maintain dlm 30km/h.. jalan banyak lopak.. sampai kat simpang ke jalan lima kaki.. kul 8.45 berenti rehat, pekena roti canai dan milo ais.. sedappp..
"basikal kao jatuh tu" kata banzai
"alamak, calar la frame aku"
kul 9 kami gerak ke bangi lama.. aku rasa dah tak larat nak tarik.. sampai bukit tak nampak.. banzai laju ke depan.. aku cicir habis.. eyah eyah eyah.. aku kayuh pelan2.. akhirnya.. sampai gak kat simpang ke bangi.. sblm tu ada jumpa dua org brader yg kayuh solo.. sorang naik RB kaler hijau.. sorang MTB.
Matahari terik walau baru kul 9 lebih, tapi angin tak kuat sangat.. so oklah, masa lalu kat ukm, tenang jer, kereta pun x banyak, maklumlah pagi lagi.. aku mula cicir.. tapi bila banzai slow, dpt catch balik.. nak maintain 25km/h pun mcm seksa rasanya.. kaki kanan mcm nak semut2.. jgn cramp udah ler.. pastu pelan2 menyusur bandar kajang, terus masuk ke sg kantan.. fuh lega rasanya.. pasal x der apa2 berlaku masa dlm perjalanan..
kul 10 pagi sampai kedai khamis.. lepak 30 minit, pastu sambung lepak kat pondok..
aku pikir balik apasal aku jadi slow & tak upaya, pertama.. milage kurang pasal dah lama x kayuh, kedua berat badan dah bertambah.. so, lepas ni kena banyak practice utk catchup balik ngan member2 yg laju.. wassalam
Selamat Datang ke Blog Komuniti TKP24
Pelawat adalah dijemput untuk memeriahkan chat box ini. Pendapat yang diutarakan tidak menggambarkan pendirian rasmi KRK TKP 24. Sila menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak menggunakan bahasa yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Terima Kasih. Pesanan ikhlas dari Moderator.
Monday, April 27, 2009
Wednesday, April 22, 2009
PUTRAJAYA CRITICAL MASS
For those who want to make new friends, gain new experince, please joint and support them.
for more details, please follow the link.
Monday, April 20, 2009
Gotong Royong
Terima kasih sifo rashin... skrg dah adi sifo kameraman pulak... berikut adalah shoot menarik semasa xtvt gotong royong baru-bru ni..
Hj Pozlan, mantan cif zaki, halim, abg zul dan arip sibuk bincang pasal nak buat bangku umpire
'kira-kira tinggi mcm idung aku ngam kot' kata abg zul
tiga bujang pingitan...
aswad 'nak bawak kesmana sofa abg jalil ni'... 'kami nak lepak bawak pokok jammbu' kata alias
errrr.. busuk la kaki tu.. jauh sikit
cif sedi 'kita umumkan ahawa tkp 24 cuti ahad ni.. sempena gotong royong'
hero & heroin tkp24
pak mertua sapa lah ni...???
oiii... potong betul2.. senget tu...
abg jali, gaweng dan firdaus gen2
pak mertua sapa lah ni... version 2
yg ni aku tahu pak mertua sapa.. kekekeke..
Quickpost these images to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Hj Pozlan, mantan cif zaki, halim, abg zul dan arip sibuk bincang pasal nak buat bangku umpire
'kira-kira tinggi mcm idung aku ngam kot' kata abg zul
tiga bujang pingitan...
aswad 'nak bawak kesmana sofa abg jalil ni'... 'kami nak lepak bawak pokok jammbu' kata alias
errrr.. busuk la kaki tu.. jauh sikit
cif sedi 'kita umumkan ahawa tkp 24 cuti ahad ni.. sempena gotong royong'
hero & heroin tkp24
pak mertua sapa lah ni...???
oiii... potong betul2.. senget tu...
abg jali, gaweng dan firdaus gen2
pak mertua sapa lah ni... version 2
yg ni aku tahu pak mertua sapa.. kekekeke..
Quickpost these images to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Subscribe to:
Posts (Atom)