Tuesday, September 29, 2009

Ride Solo Yang hampeh..


Salam..
Selepas agak lama tak kayuh, dan bermacam macam alasan yang keluar, bermula dgn outstation..pastu bini sarat mengandung, pastu bini dalam pantang.. pastu puasa..akhirnya selepas raya, aku berjaya jugak mula kayuh balik..tu pun selepas beberapa kali gagal...punya lah lama tak kayuh..helmet dan basikal semua dah mula berabuk..
Pagi Sabtu 26/9/2009,07.00 pagi..
aku bangun pepagi dgn niat untuk kayuh sesorang pasal aku nak balik awal..(tak ajak pun bro Naha yang kalau aku ajak mesti dia ikut punye........) semuanya sebab mak mertua aku ajak pegi beraya...sampai ke Rawang katanyer jauh...
7.30pagi..
aku pun start kayuh amik route yang terdekat bermula dari highway Sg long -Sg sekamat -Taman Kantan permai.(12 km aje kott..meter aku pun dah pening...).ride pun memain aje pasal dah lama sangat tak lama sangat tak kayuh nie...
layan jee..cuaca tak panas..angin tak kuat...







saje tak nak kayuh lelaju..jap lagi nak kena beraya nak drive.. lagi mesti penat punye nih....kata aku pada diri aku sendiri...

8.30pagi..
Sampai kat umah lepas breakfast, bini aku call mak dia...nak kompem tunggu kat mana...
Betapa hampehnyer aku rasa apabila mak mertua aku cakap, sorry..tak jadi berjalan pasal banyak maksedara yang takde kat umah...arrrrghhhh.......Hampeeeehhhhhh........

Thursday, September 17, 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA SELURUH WARGA TKP24

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA TKP24.

Monday, August 3, 2009

MERDEKA CRITERIUM RACE 2009

DATE: 16 AUGUST 2009
TIME: 8.00am
VENUE: SEC.6 KOTA DAMANSARA P.JAYA
FOR MORE INFO PLS CALL I'MAD(0136295368)
MALI (0123869686)
HASNI (0193781030)
FAUZAN (0125450068)
FAZLI (0172072231)

Tuesday, July 28, 2009

Subject: Boycott Israel Walkabout

Dear all
The above event is to be held as follows:
Date: 15th August 2009 (Saturday)
Time: 9 am to 12 noon
Place: Exhibition Foyer, DBKL Building, Jalan Raja Laut

Program :
9 am Arrival
Press Conference
Message from Chairman
Announcement of companies to be boycotted & why
Dispersal throughout Klang Valley

We will disperse to various locations in the Klang Valley, wearing T shirts that read 'Boycott Israel' at the front & a list of 4 companies at the back. No leaflets to distribute, just jalan-jalan in big numbers.

Those wanting to take part please let us know cos you'll need to purchase the t-shirts.

Design & price to be unveiled soon.

Students - you'll be given complementary t shirts & lunch, courtesy of COMPLETE & kind donors

Families are encouraged to make this a family outing with a purpose

Our British Muslim speaker, Idris Tawfiq was on TV3 this morning & when speaking about the Palestinian issue said, "there's no point lamenting if you're not doing anything about it." And he actively encouraged a boycott.

So come on guys, turn up in huge numbers.

It'll be fun. And...Start spreading the news

We're walking SaturdayYou'll want to be a part of it Boycott, Boycott

For more info contact Jemaimah at
mailto:jemma.mustapha@gmal.com
Azura at
mailto:azura888@gmail.com
Azra at
mailto:azrabanu@gmail.com

Tuesday, July 21, 2009

KAYUHAN JEREBU

19/07/09
Ptg Sabtu Dee dan gaweng beriya2 ngajak kayuh esok. Dlm kiraan selain mereka berdua, Gen2, trexia dan aku..ada 5 org seronok ni..sedi dan de`luca tak dapat join..ada hal lain. Trek tak tukar tayar lagi walau dah hampir 3 bulan..he..he..he...
Pagi minggu waktu keluarkan beskal trexia pun sampai depan rumah, jam 7.30am...dah agak dah yang lain tak muncul..janji bukan main lagi..elok kalau diaorang ni masuk rancangan anak wayang ke, pilih kasih ke, rancangan memasak jaafar onn ke..tak pun rancangan Bersama Menteri....berlakun cukup handalll...
7.45am masuk ke LEKAS menuju Nilai..aku dan trexia bertukar2 kemudi.....eikhh..eikh...naik semput nak ikut rentak trexia...seminggu dia kayuh 2..3..kali, aku seminggu sekali pun belum tentu. Lepak kat Nilai interchange sebelum mudik ke hulu(TKP). Cuaca jerebu tapi tak berapa teruk...sampai kat kdi kamis l/k 10.30am...borak2 dgn abg zul...hampir 50km
memang agaknya jerebu menghalang xtvt luar...buktinya..tak jumpa dgn rider atau group lain..

12/07/09
Berbual dgn solaris dan sedi sambil tunggu trexia bersiap. Trexia penentu haluan kali ini, `nak ke Putrajaya' katanya. Apapun aku ikut aje memandangkan hanya berdua. Kami bermula dari jalan belakang - Twin Palm melalui SILK terus ke Spg Balak. Tiba di Bt. Angkat terasa gerimis menitik...toleh ke trexia dia angkat bahu..kalau Putrajaya lebat, masak kitorang kuyup..ialah pergi dan balik lalu jalan yang sama.
Amik kata putus lencong ke Kajang Utama - Kajang Perdana - Prima Saujana - Kdi Kamis.
Kayuh tak sampai sejam..lepak kdi kamis lagi lama...borak2 dgn alias...hampir 26km

BANZAIII

Monday, May 25, 2009

KAYUHAN BERJAM2

Tepat jam 7.30am dah bersedia menunggu geng ride - gaweng, sedi dan Gen2. Hampir kul 8.00am bergerak keluar menuju Lebuhraya Silk (saujana impian - smpg balak - kajang utama).
msg2 keletihan krn dah lama tak ride...emm alasan biasa ..
Berenti rehat di plaza tol...amik keputusan pentingkan diri msg2....sedi yg nampak tak bertenaga
ingin memendekkan laluan melencong ke kajang perdana sementara gaweng ingin menghabiskan 1 loop penuh ke sg. long. Bila ditanya jawab Gen2 `tak kisah, ikut je'
Jam 9.00am berpecah, kami bertiga meneruskan ride ke sg. long dan sedi ke kajang perdana dgn janji jumpa di kdi kamis. Mendaki bukit yg ke-2, dah tak nampak kelibat Gen2. Aku yg di depan nampak 1 rider di eskot moto honda..perlahankan dakian menunggu gaweng sambil meneka, ini mesti khairi training anak dia. Gen2 masih tak muncul, kami menunggu di tol sg. long. Nampak 2 rider MTB..mungkin rider tmn rakan..Jawab gen2 tiub depan bocor..
Dlm pada menunggu kami berborak dengan polis peronda(MPV) Kopral Leong. Macam2 isu bersenam yg kami bualkan...ramah orgnya..cont`d ride sesudah gen2 sampai tetapi keluar dr sg. long ke Lebuhraya Kang -Cheras, sekali lagi kelibat gen2 ilang..sekali lagi kami berhenti di smpg sg. sekamat.Bila dia hampir, aku terus bergerak. sampai di tmn mesra toleh ke blakang..ehh..ehh...ehh tak de org..mana perginya 2 rider ni? hari mkn panas, semangat mkn lemah..trus kayuh, sekurang2nya dia berdua di blkg.
sampai di kdi kamis, bayang sedi pun tak de..minum makan kuih baru diaorang smpai...11.00am. Rupa2nya tiub blkg gen2 plak bocor..apa le nasib ko..tiap kali kayuh asyik bocor je.. Total distance hampir 40km tp amik masa 3 jam..Ok lah tu nak kayuh jugak..rider lain trexia-kerja, azizi-ghaib walaupun 2 hari sebelum tu bersungguh2 nak ikut, trek-blk kg, zamri - tiba2 sakit pinggang, de`luca-afrika
banzaiii

Monday, May 11, 2009

NON STOP SOLOIST

10-05-2009

Setelah beberapa siri kayuhan solo minggu lepas yang dimulakan trexia dan Dee, giliran aku pulak ujung minggu ni..sempena HARI IBU. Keluar jam 8.00am, matahari telah memancar terik. Menyusuri prima saujana ke LEKAS, hati masih berbelah bagi samada ingin melunaskan hajat atau melalui laluan biasa. Maklumlah sorang2 semangat pun goyang, tambahan tiada yang mengatakan ingin berkayuh minggu ni. Menuruni bukit selepas simpang ke Sg. Long, aku bulatkan tekad menghabiskan kayuhan mengikut hajat hari sebelumnya.

Sampai di R&R Beranang, kepanasan matahari mengigit sampai ke kulit walau pun aku pakai armband. Setan gondol yang menarik beskal de`luca 2 minggu lepas, tiba2 menarik beskal aku pulak. Mak oooi berat rasanya beskal, kalau de`luca ada mesti dia dah ke depan meninggalkan aku, mesti dia gelak besar. Kayuhan semakin perlahan sampai cecah beberapa belas km/j jer..mana hilang tenaga aku, tak pernah terjadi macam ni..menghampiri tol Nilai, semangat semakin kacau, dah lepas 24km, nak berpatah balik kena tempuh highway yang panas dan berangin termasuk bukit 3 beradik...dah takde tenaga. Panasnya cuaca. Nekad ke arah Nilai.

Tiba di Nilai Square nampak BBN Cafe, tempat selalu minum pagi bila berkayuh, fikirkan sorang2 tak sedap pulak nak lepak walaupun pagi tadi hanya minum air masak jer..keluar di Salak tinggi ingat nak berenti rehat kat bukit De Palma, tapi sampai kat situ takde tempat redup walaupun keliling banyak pokok. Ahh..terus kayuh walaupun ini kayuhan aku yang paling perlahan. Menyusuri Jenderam ke simpang Salak Tinggi - Banting - Sg. Buah - Bt. Unggul - MTDC - UKM - Jln Reko - Kajang masuk Ke Sg. Kantan - Jenaris. Peliknya tiba di Tanming Impian aku dapat tenaga semula kerana dah hampir ke kedai Kamis. Kena tongkat ali ais, ais kosong,kuih 3 ketul dan nampak postur awen...terubat penat. Tepat jam 11, maknanya 3 jam kayuh tanpa henti rasa sengal bontot. Kalu aku berenti kat mana2 tadi dah tentu panggil rescue...

Route : KAJANG -NILAI-SALAK TINGGI-MTDC-KAJANG

Distance : 71km

Riding Hour : 3hrs

Average speed : 23km/h


BANZAIII

Monday, April 27, 2009

Kayuhan Duet

Salam,
Ahad 26/04/09 pepagi lagi aku dah sms banzai, sedi, trexia dan trek "jom kayuh - lekas -bangi - ukm - kajang". trek menjawab "kl - kb", fahamlah maknanya dia ada di kelantan. cif sedi sibuk kerana baru dpt baby gurl, trexia balik kg.. harapan teman kayuh cuma banzai jer..

kul 7.30 pg.. x der response dari banzai. aku call dia
"hello, sori lah baru bangun" kata banzai
"kayuh tak? aku ada kat pondok"
"ok, kul 8" kata banzai

sementara menunggu banzai bersiap, aku pun kayuh pusing2 kat tkp.. senyap sunyi tkp pepagi ahad. yg kelihatan cuma indon dan bangla..

kul 8 kami bergerak, lalu ke prima saujana.. panjat bukit 3 beradik.. perghhhh.. aku rasa mcm ada setan gondol tarik basikal aku dari belakang.. berat nak mampos.. ehhh baru teringat yg aku dah 3 bulan x kayuh.. hehehe.. tapi pasal aku dah janji ngan banzai "lepas aku abis exam, aku akan kayuh semula" kata aku pada banzai.. masa dia ajak aku kayuh sblm ini.. spedo meter aku naik takat 15km/h jer masa anjat bukit.. ceh.. apasal slow mcm traktor ni.. banzai dah laju kat depan.. sesekali dia toleh kebelakang.. tengok aku terkial2 kayuh.. aku rasa dlm hati dia berkata "tu lah.. org ajak maintain kayuh kau banyak alasan..". sampai kat interchange kajang silk/grand saga aku henjut.. naik bukit siap boleh potong banzai.. pasal dia slow hehehe.. pastu banzai terus ikut rentak aku.. lepas bukit tu.. dia lead.. tarik 30, naik ke 35 dekat sampai kat tol lekas.. tengok meter dah dekat 40.. aku mula tercicir.. asal climbing sikit jer dah mula cicir.. lepas tol regroup balik..

pastu kami kluar kat exit semenyih/bangi.. masuk jalan kampung.. banzai dan aku tukar tarik maintain dlm 30km/h.. jalan banyak lopak.. sampai kat simpang ke jalan lima kaki.. kul 8.45 berenti rehat, pekena roti canai dan milo ais.. sedappp..
"basikal kao jatuh tu" kata banzai
"alamak, calar la frame aku"

kul 9 kami gerak ke bangi lama.. aku rasa dah tak larat nak tarik.. sampai bukit tak nampak.. banzai laju ke depan.. aku cicir habis.. eyah eyah eyah.. aku kayuh pelan2.. akhirnya.. sampai gak kat simpang ke bangi.. sblm tu ada jumpa dua org brader yg kayuh solo.. sorang naik RB kaler hijau.. sorang MTB.

Matahari terik walau baru kul 9 lebih, tapi angin tak kuat sangat.. so oklah, masa lalu kat ukm, tenang jer, kereta pun x banyak, maklumlah pagi lagi.. aku mula cicir.. tapi bila banzai slow, dpt catch balik.. nak maintain 25km/h pun mcm seksa rasanya.. kaki kanan mcm nak semut2.. jgn cramp udah ler.. pastu pelan2 menyusur bandar kajang, terus masuk ke sg kantan.. fuh lega rasanya.. pasal x der apa2 berlaku masa dlm perjalanan..

kul 10 pagi sampai kedai khamis.. lepak 30 minit, pastu sambung lepak kat pondok..

aku pikir balik apasal aku jadi slow & tak upaya, pertama.. milage kurang pasal dah lama x kayuh, kedua berat badan dah bertambah.. so, lepas ni kena banyak practice utk catchup balik ngan member2 yg laju.. wassalam

Wednesday, April 22, 2009

PUTRAJAYA CRITICAL MASS

For those who want to make new friends, gain new experince, please joint and support them.

for more details, please follow the link.

Guess Tracker

eXTReMe Tracker