Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
27 November 2009 bersamaan
10 Dzulhijjah 1430

Monday, November 23, 2009

KEJOHANAN BADMINTON LIGA TERTUTUP KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN JALAN TKP 24

PERATURAN AM
Selain daripada peraturan- peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang/Peraturan Badminton Rasmi (BAM).
Semua Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Teknikal/Kejohanan Badminton Liga Tertutup TKP24 adalah Muktamad.
Sebarang Perselisihan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasa Teknikal/ Pertandingan.
Jawatan kuasa Teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan jika di fikirkan perlu.

PENDAFTARAN PESERTA DAN BAYARAN
Bilangan pemain bagi setiap pasangan ialah 2 orang.
Penyertaan terbuka kepada semua warga TKP24.
Yuran penyertaan bagi setiap pasangan beregu adalah RM20 dan yuran bulanan adalah RM40/pasangan bergu.

SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan antara regu akan dijalankan secara Liga Sepusingan atau “Round Robin”.
Perlawanan dijalankan di dalam 3 Set permainan untuk setiap perlawanan, dimana pasukan yang memenangi 2 Set terdahulu daripada 3 set (Best-of-two) akan dikira sebagai pemenang untuk perlawanan tersebut.
Bagi setiap perlawanan Bergu, kiraan mata penamatnya adalah 21 mata.
Jika mata terikat 20-20, tie break 2 mata akan dijalankan sehingga kiraan maksimum 30 mata tertakluk kepada perbezaan 2 mata.
Pasukan yang menang akan diberi 2 mata, manakala 0 mata bagi pasukan yang kalah.

Empat pasukan teratas akan memasuki saingan separuh akhir yang akan dibahagi kepada dua kumpulan. Undian akan diadakan bagi menentukan lawan. Perlawanan akan diadakan secara kalah mati.

Juara Kejohanan akan ditentukan di dalam perlawanan akhir diantara beregu yang memenangi perlawanan separuh akhir.

MENARIK DIRI
Pemain yang lewat lima belas (15) minit daripada masa yang dijadualkan akan dianggap member kemenangan tanpa bertanding, kecuali dengan alasan yang munasabah. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berbuat demikian, pihak pengadil berhak untuk mengistiharkan kemenangan kepada pihak lawan.
Menarik diri (Walk-Over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku. Pasukan yang menarik diri tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
Segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengadil berkaitan dengan undang-undang permainan dan perlawanan adalah Muktamad.

PERALATAN
Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian sukan serta kasut yang sesuai.

PENANGGUHAN PERLAWANAN
Perlawanan akan diadakan pada hari JUMAAT jam 10.00 - 12.00 malam.
Sekiranya keadaan tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil dengan persetujuan JawatanKuasa Teknikal dan Pertandingan berhak menangguhkan perlawanan tersebut.
JawatanKuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.
Setiap keputusan JawatanKuasa Teknikal dan Pertandingan dan Pihak Urusetia Pertandingan adalah Muktamad.

Monday, November 2, 2009

Selamat Maju Jaya Saudara Apai@Zulazhar

Seluruh warga TKP24 mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara apai yang akan berangkat ke Sarawak mulai 3 November 2009. Beliau telah berpindah kerja dari Utusan ( KL ) ke Star ( sarawak ) sekali gus berpindah dari TKP24 ke kampung halaman beliau di kuching, Sarawak. Segala kenangan antara kita akan tetap terpahat di dalam dairi KRKTKP24. "SELAMAT BUAT SAUDARA APAI".

Tuesday, October 27, 2009

Majlis rumah terbuka TKP24

Walaupun lambat update kat blog(ni Apai punya kejelah ni...lambat nak upload gambar..lu ni betul lah pai...buat keje main2..semua dah tak sabar nak tengok)...tapi Alhamdullillah...akhirnya dengan tersiarnya gambar2 yang kat bawah ni terubat jugak luka di hati...Sambutan rumah terbuka kali ini diadakan pada 17 Oct 09...bertempat dihadapan rumah saudara Nahar dan Zaki....Alhamdullillah segala perancangan yang dirancang sedari awal Syawal terlaksana akhirnya pada malam tersebut....
Majlis dimulakan dengan bacaan DOA selamat oleh Ustaz Izzul.....
Warga TKP24 sedang mengaminkan DOA yang sedang dibacakan oleh Ustaz Izzul...


warga TKP24 sedang menjamu selera.......
saudara Halim,Zul polis dan Apai sedang membakar ayam dan kambing....

Otai2 TKP24,bro Zek,cif Sedi,Nahar dan Abg Zul....
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi(Cif Sedi dan Nahar)...Kaler baju sama je bro...ada janji apa2 ke...

kaum bapa sedang bersolat jemaah ISYAK beramai-ramai...berimamkan Tuan Haji Pozlan...
antara kaum ibu yang sedang bertungkus-lumus meyiapkan juadah untuk makan malam...

Hensemlah brother ni....macho lagi tu....
bakar jangan tak bakar....jangan sampai hangus dah...
pemuda2 kacak TKP24...perut nampak ke depan je bro....
gaweng n bro Halim sedang menyiapkan bara untuk memanggang ayam dan kambing....
Pai...kau nak bakar satay ke nak bakar muka kau....besar api tu Pai....
membakar satay diketuai oleh sifu Rashid....kelihatan jugak saudara Zamri dan ustaz Izzul...
antara kaum bapa yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan untuk majlis pada sebelah malam...
keje jangan tak keje...asyik sembang je...bila nak siap ni....DONE BY : trexia

Ride Langat BT18

25 Oct 09....
Route : TKP24(Tol Sg Long) - Langat BT18 -Sg Sekamat - TKP24
Start time : 07:45am
Finish Time : 10:30am
Distance : 56KM
Riding Hour : 2 Hours and 45 minutes
Average speed : 25 - 35km/h
Riders : Sifu Rashid,Banzai,Gaweng & Trexia
Selepas sekian lama tak ride ramai2...hari minggu yg lepas aku,sifu Rashid,Banzai dan Gaweng ke Langat BT18...walaupun TKP24 ada ramai rider2 dengan jentera yg canggih2 tapi hampeh...aku ingat bike diaorang dah buat tukun kut...klau takpun buat tempat sidai kain buruk(hello rider2 TKP24..bini aku pun boleh keluar kayuh...kau orang bila lagi...sekali-sekala keluarlah kayuh ramai2..baru seronok sikit).Pagi tu kita orang bertolak dalam kedaan cuaca yang cukup baik(tak berapa nak panas dan tak berapa nak sejuk)..kira suam2 kuku lah...Dalam perjalanan ke tempat yg nak dituju terserempak gak dengan 2-3 kumpulan rider yg lain...antaranya group MSN...group MTB dan satu group rider2 cina(group cina ni tak sporting lansung...hampeh punya rider).Tepat pkl 9am sampai kat BT18 tapi sifu Rashid ajak terus kayuh sampai kat kaki gunung nuang...kita orang ok je...baru separuh jalan tayar belakang aku buat hal pulak...apa lagi pancitlah...lepas settle semua sifu Rashid tanya nak sambung ride ke atau patah balik...bincang punya bincang...pikir punya pikir...kita patah balik jelah......

aku tengah bertungkus-lumus menukar tayar yang pancit...
sifu Rashid...walaupun dah lama tak kayuh "katanya" tapi masih konsisten dia punya speed...
Banzai ngan Gaweng..."huh...lega tayar kau pancit trexia...kalau tak mampus aku...nak sampai kat nuang jauh lagi tu...dapat gak aku lepaskan segala penat berkayuh kat sini"...keluhan Gaweng agaknya...walaupun Gaweng pagi tu antara rider yg selalu ditinggalkan jauh kat belakang tapi semangat dia tetap tinggi....cayalah ngan Gaweng...semangat lu memang tinggi bro...jangan putus asa...hidup Gaweng.
Tepat pukul 10:30am aku,sifu Rashid ngan Banzai sampai kat kedai kamis diikuti ngan Gaweng...pkl 11 lebih lepas minum2...borak2...kita orang pun apalagi...ke destinasi masing2lah.

IHSAN DARI TREXIA

Tuesday, October 6, 2009

KRKTKP24

Ride berduet

Date:4/10/2009
Route:TKP-Lingkaran Kajang Highway-Sg Long Highway
KM: 21km
Rider:Naha & Gaweng.
Pagi tu, aku(Gaweng) dan bro naha start kayuh pukul 8 pagi..cuma sekadar nak memanas badan aje..pasal lama sgt tak kayuh..so kami pilih route pendek dan ringan aje..
Ishk..lupe pulak aku mc mana nak kayuh beskal ni??? Kata Bro Naha..sampai terpaksa baca manual tu...
Bro naha potong aku..pastu mintak tolong tengok kot kot ada setan ceplos bergayut kat belakang...berat benor katanye...

AKhirnya tinggal kami beruda aje..mana pegi rider tkp yang lain ye???
Bro naha dah ready nak kayuh balik...woi gaweng cepat leee......!!! Gaweng: jap...jap...penat nih...
Kat highway sg long..sekali lagi aku intai kat belakang kot kot nampak setan ceplos...takde pun...tapi apsal beskal terasa berat ye???? heee..heee

Tuesday, September 29, 2009

Ride Solo Yang hampeh..


Salam..
Selepas agak lama tak kayuh, dan bermacam macam alasan yang keluar, bermula dgn outstation..pastu bini sarat mengandung, pastu bini dalam pantang.. pastu puasa..akhirnya selepas raya, aku berjaya jugak mula kayuh balik..tu pun selepas beberapa kali gagal...punya lah lama tak kayuh..helmet dan basikal semua dah mula berabuk..
Pagi Sabtu 26/9/2009,07.00 pagi..
aku bangun pepagi dgn niat untuk kayuh sesorang pasal aku nak balik awal..(tak ajak pun bro Naha yang kalau aku ajak mesti dia ikut punye........) semuanya sebab mak mertua aku ajak pegi beraya...sampai ke Rawang katanyer jauh...
7.30pagi..
aku pun start kayuh amik route yang terdekat bermula dari highway Sg long -Sg sekamat -Taman Kantan permai.(12 km aje kott..meter aku pun dah pening...).ride pun memain aje pasal dah lama sangat tak lama sangat tak kayuh nie...
layan jee..cuaca tak panas..angin tak kuat...







saje tak nak kayuh lelaju..jap lagi nak kena beraya nak drive.. lagi mesti penat punye nih....kata aku pada diri aku sendiri...

8.30pagi..
Sampai kat umah lepas breakfast, bini aku call mak dia...nak kompem tunggu kat mana...
Betapa hampehnyer aku rasa apabila mak mertua aku cakap, sorry..tak jadi berjalan pasal banyak maksedara yang takde kat umah...arrrrghhhh.......Hampeeeehhhhhh........

Thursday, September 17, 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA SELURUH WARGA TKP24

Guess Tracker

eXTReMe Tracker