Selamat Datang ke Blog Komuniti TKP24
Monday, May 3, 2010
TAHNIAH Pasukan Badminton TKP24
Tempat : Gelanggang badmintion ( HUGO )
Perlawanan : TKP24 vs TKP Lama
Sukacita dimaklumkan pasukan badminton TKP24 telah memenangi perlawanan badminton persahabatan dengan pasukan TKP lama.....Syabas buat semua pemain......
Wednesday, March 17, 2010
New bike in town
Thursday, February 25, 2010
Friday, February 12, 2010
Wednesday, February 10, 2010
MESYUARAT HARI KELUARGA KRKTKP24 2010
Tarikh : 10 Febuari 2010
Tempat : 1640, Jalan TKP 24 (Rumah Abg Jalil)
Masa : 9 Malam
Diharap semua ahli dapat meluangkan masa untuk bersama sama dalam mesyuarat ini. Kerjasama semua ahli didahului dengan ribuan terima kasih.
Monday, February 1, 2010
TERIMA KASIH TKP 23, 24 DAN 25
PENGERUSI KRK TKP 24 MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH
Salam.
Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga TKP 23, 24 dan 25 kerana telah terlibat sama menjayakan aktiviti gotong royong semalam. Nampaknya longkang dapur lebih bersih dari sebelumnya. Dan diharapkan tiada tempat untuk nyamun membiak. Pasir-pasir dalam longkang dan di atasnya juga telah berjaya dibersihkan.
Tak lupa juga kepada sahabat2 yang telah membawa perlatan seperti penyembur air tekanan tinggi untuk membersihkan longkang dari pasir.
terima kasih juga kepada pekerja yang sedang membuat ubahsuai rumah (sebelah rumah cikgu murni) yang telah memberi pinjam skop dan kereta sorong bagi memudahkan pasir2 di bawa dari belakang rumah ke tempat loggokkan.
Pada alam flora juga di ucapakan terima kasih walaupun agak lewat untuk membersih sampah yang telah dikumpulkan. Sepatutnya alam flora datang jam 9.30 pagi, tapi menurut pakcik Rahman kelewatan kerana terpaksa membuang sampah ditempat lain. Terima kasih juga untuk Pakcik rahman kerana membantu menguruskan untuk memghubungi alam flora tanpa sebrang bayaran. walau bagai mana pun kita memberikan sedikit sumbangan kepada wakil alam flora sebagai token sahaja.
Juga terima kasih kepada Zamri Mad Amin yang menyediakan sarapan pagi (nasi lemak), Rasyid - Nasi Lemak, Bihun sop (siapa yg sediakan ...?) kuih-kuih, mihon goreng, kordial misai kucing (zali - tkp25), keropok (shuriman) dan lain-lain ..... Moga sumbangan juadah begini dapat diteruskan pada masa2 akan datang. Juga yg memberi sumbangan berupa wang ringgit RM2, RM10 dan lain untuk membantu tabung TKP 24.
Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan dapat dikekalkan untuk masa2 akan datang dan hanya Allah sahajalah yang layak membalas ke ikhlasan kita. Semoga Jannah menjadi idaman kita bakal diterima di akhirat kelak.
Saya mohon maaf kerana tak dapat turut serta sehingga jam 12 tengahari kerana terpaksa gi PD untuk uruskan Family Day Pejabat.
Sekian.
Tuesday, January 26, 2010
Kayuhan KL
Diambil dari Harian Metro 26 Januari 2010
MENJELANG siri perlumbaan jelajah terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 1 Mac ini, satu kayuhan yang dinamakan Kayuhan KL bakal dianjurkan demi menyemarakkan minat dan menggalakkan orang ramai menceburi sukan berbasikal.
Acara yang diadakan 1 Februari depan, meliputi jarak kayuhan sejauh 10 kilometer sekitar jalan utama di Kuala Lumpur (KL) dengan peserta dilepaskan di Dataran Merdeka dan berakhir di tempat sama.
Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Mohamed Salleh berkata, penganjuran kayuhan yang pertama kali dianjurkan itu adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan LTdL dan dilihat mampu menjadi saluran menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi sukan berbasikal.
“Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan dengan tiada had umur. Dari pelumba profesional hinggalah kepada pelumba santai, semuanya layak berkayuh dalam acara ini,” katanya yang memaklumkan acara bakal bermula pada jam 8.30 pagi.
Bagi mereka yang berminat menyertai Kayuhan KL perlu mendaftar diri pada jam 7.30 pagi di Dataran Merdeka pada 1 Februari atau menghubungi sekretariat LTdL di talian 03-89964598.
Monday, January 25, 2010
Perlawanan Persahabatan Badminton (23/01/2010)

Wednesday, January 13, 2010
Friday, January 8, 2010
KAYUHAN BAGAN LALANG
