Thursday, July 22, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431H

SELURUH WARGA TKP24 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431 HIJRAH

Monday, July 19, 2010

Majlis Sambutan Ramadhan

Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat: Jalan TKP 24, Taman Kantan Permai


Aturcara Majlis:
7.30 am - Pembelian/kelengkapan akan dilakukan seawal pagi oleh kaum Bapa.
10.00 am- Kerja Gotong royong (Makan tengahari disediakan)

7.30 pm – Sembahyang Maghrib berjemaah
7.45 pm – Bacaan Yassin/Takzirah
8.00 pm – Ucapan aluan oleh Tuan Hj Pozlan, Pengerusi Kelab KRK TKP24
8.15 pm – Makan Malam
8.30 pm – Majlis Penyampaian Hadiah –UPSR & PMR sesi 2008/2009
9.00 pm ke atas- Makan sampai habis dan kerja mengemas.

Semua dijemput hadir

Thursday, July 15, 2010

Mesyuarat KRK TKP 24

Malam ni jangan lupa bermesyuarat di rumah Tuan Haji Pozlan jam 9.00 malam..


Monday, June 28, 2010

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA TKP

semalam telah berlangsung acara yg aku tunggu2 sejak 2-3 minggu lepas sehingga sanggup menarik diri dari family trip yang akhirnya terbatal dengan sendirinya. Seminggu yang lepas,undian telah dibuat bagi menentukan regu masing2. Wakil TKP24 adalah aku, sedi dan amin walaupun sebelum tu banyak borang penyertaan berlegar di persekitaran 24. Antara ramai, tuah menyebelahi aku kerana dapat pasangan dengan sedi manakala amin dengan bro rahim(tokey besi). Hampir 25 regu (50 pemain), aku tak perlu risau samada partner boleh main ataupun tidak kerana berpasangan dengan sparing hujung minggu yang sememangnya meluap2 ketidakpuasan hati amin..

Kebetulan pulak kami dalam group E, 2 regu yang lain tak berapa kuat jadi tak de masalah untuk jadi johan dan naib johan kumpulan. Bertemu dengan johan/naib kumpulan lain jugak tak banyak masalah. Masuk pusingan kalah mati, partner amin mula keletihan yang menyebabkan amin membanting,menghempas,mentedarah tulang 4 keratnya mengawal gelanggang tapi sampai disitu aje perjuangannya. Aku dan sedi lepas ke pusingan suku akhir namun tersangkut jugak....aku harap sedi dapat cover aku....aku pukul sangkut kat jaring, dia pukul bola keluar.dia angkat bola smash, aku bagi lawan tu bola half court-kene smash lagi, aku smash plak, dia duduk diam aje...oooo patutlah smash aku tak lepas...aku smash badan dia.., nasib...serba tak kene...akhirnya masing2 tak boleh cover...last2 pengadil yang cover sampai lawan dapat mata penamat....bravo pengadil..

kesemuanya kami bermain sebanyak 12 set, jadual dari 8am - 6am walaupun start jam 9 lebih..letih memang kow2 tapi banyak buat silap yang menyebabkan kekalahan.....puas dapat main sepanjang hari. kalau seminggu dua ni rehat, tak main badminton pun tak pe..harap2 tahun depan boleh sertai lagi dengan penyertaan beramai2 wakil tkp24...

Wednesday, June 9, 2010

XTVT minggu ini LATIHAN BADMINTON

Lokasi : Gelanggang badminton Sg. Chua
Tarikh : 8 Jun 2010
Jam : 10pm - 12pm
Ahli : Naha, Die, Shah, Gaweng, Gen2, Ust Hakim


Monday, May 3, 2010

TAHNIAH Pasukan Badminton TKP24

Tarikh : 1 Mei 2010
Tempat : Gelanggang badmintion ( HUGO )
Perlawanan : TKP24 vs TKP Lama

Sukacita dimaklumkan pasukan badminton TKP24 telah memenangi perlawanan badminton persahabatan dengan pasukan TKP lama.....Syabas buat semua pemain......

Wednesday, March 17, 2010

New bike in town

Frame je baru ni....yg lain semua mcm biasa..apa lagi kenkawan jomlah kayuh...takkan nak tunggu sampai aku tukar basikal baru lak....ramai2 kayuhkan seronok...takkan nak simpan je basikal tu kat rumah...nak jual rege dah takda.....apalagi jomlah kayuh...


gambar ni aku ambik masa aku kayuh pagi tadi.....boleh tahan dia punya laju....kat blog aku ada banyak lagi cite.....klau ada masa layanlah.........

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 2010


WARGA TKP24 MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDIR RASUL
2010

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Chai


Warga TKP24 Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Wednesday, February 10, 2010

MESYUARAT HARI KELUARGA KRKTKP24 2010

Sukacita dimaklumkan mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Febuari 2010
Tempat : 1640, Jalan TKP 24 (Rumah Abg Jalil)
Masa : 9 Malam

Diharap semua ahli dapat meluangkan masa untuk bersama sama dalam mesyuarat ini. Kerjasama semua ahli didahului dengan ribuan terima kasih.

Guess Tracker

eXTReMe Tracker