Thursday, February 26, 2009

Putrajaya Tour 22/2/2009

Date:22/2/2009
Route:TKP 24 Putrajaya
Distance: 53km(Meter Gaweng)
Cameraman :Sifu Rashid.

Sorry x sempat tulis citer..busy sgt nih...


Wednesday, February 25, 2009

New Born

Warga TKP24 mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hakim Merida diatas kehadiran cahaya mata baru. Bayi lelaki seberat 3.55KG itu dilahirkan tepat jam 9.15 malam pada 23 Februari 2009 bersamaan 27 Safar 1430H di Hospital Serdang, Selangor.

TAHNIAH DARIPADA WARGA TKP24



Ada gaya doktor tak???

Abdul Mateen Abdul Hakim

Friday, February 13, 2009

Cyclefest LTDL Putrajaya

Tarikh : 7 Feb 2009
Masa : 8 a.m
Jumlah KM : 30KM
Laluan : Sekitar Bangunan Pentadbiran Putrajaya
Rider Terlibat : Ust MERIDA, Firdaus Gen2, Firdaus Trek, Rashin dan Faizan MERIDA

Kami bertolak lambat sikit pada pagi tu. Dalam borang kata pukul 7.30 pagi, tapi kami dah dapat agak, acara mesti mula lambat. Kami bertolak ke Putrajaya jam 8.30 pagi..kekeke.. Jam 9 pagi kami tiba di perkarangan cyclefest LTDL. Dengan penuh semangat, kami memasang jentera kami dan terus ke garisan permulaan kayuhan. Dalam perjalanan ke garisan permulaan, kami dihidangkan dengan permandangan yang cukup menyegarkan...aweks aweks mantop...(sendiri mau ingat) huhuhu...Setelah selesai bacaan doa dan ucapan, kami dilepaskan untuk kayuhan simbolik LTDL ini. Memang soronok.Kayuhan kami menyusuri dari wisma Tani ke masjid Putrajaya dan terus keluar ke bulatan besar putrajaya dengan mengikut arahan marsyal.Ingatkan 30KM, rupanya 10 KM jerk...Tak puas rasanya...tapi tak pelah...yang penting dapat pengalaman yang menyeronokkan dan awek awek yang mantop...Akhirnya, kami menghabiskan masa di gerai gerai pameran yang ada dan diakhiri dengan makan tengahhari di Presint 9....ENJOY...


Bersiap sedia

Antara rider dari group KRKTKP24 yang terlibat







Haus 'beb'

Duta 'Milo'



Satu Kapal 'Jelapang Padi'

Orang Kampung dah mai



Wednesday, January 28, 2009

Le Tour D' Bagan Lalang

Tarikh : 24 Januari 2009
Masa : 8.00 a.m
Jumlah KM : 128 KM
Laluan : TKP24 - UKM - Bangi Lama - Bukit Unggul - Salak Tinggi - Bagan Lalang - Salak Tinggi - Bukit Unggul - Bangi Lama - UKM - TKP24
Rider Terlibat : Ust MERIDA, Naha Banzaii, Gaweng, Firdaus GEN2
Alhamdulillah, rancangan ke Bagan Lalang akhirnya menjadi kenyataan. Kami memulakan kayuhan tahunan kami ni bermula jam 8 pagi. Dengan penuh semangat, kami menyusuri laluan Kajang ke UKM dengan penuh gayanya dengan kelajuan 30 KM/h. Setelah tiba di Bangi lama, kami menetapkan kelajuan kami dengan 25 KM/h (lebih kurang laaa). Permulaan perjalanan kami tidak ada apa-apa insiden yang berlaku. Akan tetapi, setibanya kami di kawasan De' Palma Hotel, jentera FUJI yang ditunggang oleh Firdaus Gen2 mengalami kebocoran tayar. Dengan keadaan terpaksa, beliau terus menukar tiubnya dengan tiub ganti yang dibawanya. Tetapi malang tidak berbau, tiub ganti yang dibawanya tiba-tiba bocor (bocor yang ke 2). Perghhh, dah la penat pasang tiub ganti, pastu bocor pulak. Tiub ganti dah takde. Akhirnya Ust MERIDA datang dengan membawa bantuan tiub ganti miliknya. Setibanya Ust MERIDA di lokasi, dengan penuh yakin dan semangat ingin membantu kawan, beliau terus meletak basikalnya diantara pokok pokok berdekatan, malang tidak berbau datang kembali, tayarnya pula bocor dengan tiba tiba (bocor yang ke 3). Tiub ganti pun dah tak de. Dengan slumber, kami berdua menahan kereta yang lalu untuk meminta bantuan untuk ke lokasi Naha dan Gaweng berada. Kebanyakan kereta yang kami tahan semuanya tidak berhenti. hehehe. Ada yang pandang dengan hanya mengorek hidung (hampeh). Hangin satu badan tengok perbuatan pemandu itu. Akhirnya sebuah Perodua Kancil milik seorg Haji berhenti memberi bantuan. Dengan lega dan selesanya, Ust MERIDA dan jenteranya naik kenderaan berkenaan dan Firdaus Gen2 teruskan kayuhannya ke lokasi dimana Naha dan Gaweng berada. Tibanya kami dilokasi tersebut, tanpa berlengah lagi, kami terus sarapan dan ust MERIDA terus tukar tiubnya yang diambil dari Naha. Selepas semuanya selesai, kami teruskan kayuhan kami ke destinasi yang dirancang. Dalam Perjalanan, sekali lagi insiden berlaku. Tayar Ust MERIDA bocor sekali lagi. Kali ni terkena serpihan kaca pulak. Tukar tiub lagi ( bocor yang ke 4). Dengan pantas, beliau terus tukar tiub yang diambil dari Gaweng. Sudah ! tiub ganti dah habis nih...Dengan penuh yakin, kami teruskan kayuhan ke Bagan Lalang.Penat kami akhirnya hilang apabila berjaya tiba di bagan lalang jam 12 tgh hari.Kami berehat disana lebih kurang 1 jam sebelum kami memulakan perjalanan pulang. Tepat jam 1 petang, kami terus memulakan kayuhan utk pulang ke TKP. Kali ni lagi mencabar. Dengan cuaca panas dan angin kuat. Insiden Kekejangan otot oleh gaweng dan keletihan oleh firdaus GEN2 membuatkan kami terpaksa memperlahankan kayuhan. Setibanya di UKM, tayar firdaus GEN2 bocor sekali lagi (bocor yang ke 5). Kali ni tiub semua dah takde. Naha dan Ust MERIDA sudah jauh kehadapan. Termenunglah beliau disitu seorang diri. Tanpa diduga (macam tau tau), Fahmi teksi secara kebetulan lalu disitu. Alhamdulillah, Rezeki Allah.hehehe.Tanpa segan silu, beliau terus menumpang teksi tersebut. Tidak jauh dari situ, jumpa gaweng pulak di salah sebuah hentian bas. Katanya kekejangan otot lagik..hehehe..Tanpa berlengah masa, beliau pun sama sama menaiki teksi Fahmi..Dengan penuh gayanya, dua sahabat ini pulang dengan teksi.hehehe.Kami tiba di TKP24 jam 5 petang. Ust MERIDA dan Naha mungkin tiba di TKP, 30 minit awal. Tahniah kepada 4 rider yang terlibat kerana berjaya mengharungi semua walaupun ada yang naik teksi atau dalam singkatan 'chicken' 10 KM terakhir. Thankzz Ust MERIDA kerana jadi camera man kali ini. Nanti kita buat lagi kayuhan sebegini. Harap semua enjoy.

Peserta Le Tour D' Bagan Lalang

Bocor plak daaa


Naha Banzaii in action
Rider Macho... Ust MERIDA

Gaweng

Firdaus Gen2 - FUJI





'Posing' depan pantai

Guess Tracker

eXTReMe Tracker