Tarikh : 24 Januari 2009
Masa : 8.00 a.m
Jumlah KM : 128 KM
Laluan : TKP24 - UKM - Bangi Lama - Bukit Unggul - Salak Tinggi - Bagan Lalang - Salak Tinggi - Bukit Unggul - Bangi Lama - UKM - TKP24
Rider Terlibat : Ust MERIDA, Naha Banzaii, Gaweng, Firdaus GEN2
Alhamdulillah, rancangan ke Bagan Lalang akhirnya menjadi kenyataan. Kami memulakan kayuhan tahunan kami ni bermula jam 8 pagi. Dengan penuh semangat, kami menyusuri laluan Kajang ke UKM dengan penuh gayanya dengan kelajuan 30 KM/h. Setelah tiba di Bangi lama, kami menetapkan kelajuan kami dengan 25 KM/h (lebih kurang laaa). Permulaan perjalanan kami tidak ada apa-apa insiden yang berlaku. Akan tetapi, setibanya kami di kawasan De' Palma Hotel, jentera FUJI yang ditunggang oleh Firdaus Gen2 mengalami kebocoran tayar. Dengan keadaan terpaksa, beliau terus menukar tiubnya dengan tiub ganti yang dibawanya. Tetapi malang tidak berbau, tiub ganti yang dibawanya tiba-tiba bocor (bocor yang ke 2). Perghhh, dah la penat pasang tiub ganti, pastu bocor pulak. Tiub ganti dah takde. Akhirnya Ust MERIDA datang dengan membawa bantuan tiub ganti miliknya. Setibanya Ust MERIDA di lokasi, dengan penuh yakin dan semangat ingin membantu kawan, beliau terus meletak basikalnya diantara pokok pokok berdekatan, malang tidak berbau datang kembali, tayarnya pula bocor dengan tiba tiba (bocor yang ke 3). Tiub ganti pun dah tak de. Dengan slumber, kami berdua menahan kereta yang lalu untuk meminta bantuan untuk ke lokasi Naha dan Gaweng berada. Kebanyakan kereta yang kami tahan semuanya tidak berhenti. hehehe. Ada yang pandang dengan hanya mengorek hidung (hampeh). Hangin satu badan tengok perbuatan pemandu itu. Akhirnya sebuah Perodua Kancil milik seorg Haji berhenti memberi bantuan. Dengan lega dan selesanya, Ust MERIDA dan jenteranya naik kenderaan berkenaan dan Firdaus Gen2 teruskan kayuhannya ke lokasi dimana Naha dan Gaweng berada. Tibanya kami dilokasi tersebut, tanpa berlengah lagi, kami terus sarapan dan ust MERIDA terus tukar tiubnya yang diambil dari Naha. Selepas semuanya selesai, kami teruskan kayuhan kami ke destinasi yang dirancang. Dalam Perjalanan, sekali lagi insiden berlaku. Tayar Ust MERIDA bocor sekali lagi. Kali ni terkena serpihan kaca pulak. Tukar tiub lagi ( bocor yang ke 4). Dengan pantas, beliau terus tukar tiub yang diambil dari Gaweng. Sudah ! tiub ganti dah habis nih...Dengan penuh yakin, kami teruskan kayuhan ke Bagan Lalang.Penat kami akhirnya hilang apabila berjaya tiba di bagan lalang jam 12 tgh hari.Kami berehat disana lebih kurang 1 jam sebelum kami memulakan perjalanan pulang. Tepat jam 1 petang, kami terus memulakan kayuhan utk pulang ke TKP. Kali ni lagi mencabar. Dengan cuaca panas dan angin kuat. Insiden Kekejangan otot oleh gaweng dan keletihan oleh firdaus GEN2 membuatkan kami terpaksa memperlahankan kayuhan. Setibanya di UKM, tayar firdaus GEN2 bocor sekali lagi (bocor yang ke 5). Kali ni tiub semua dah takde. Naha dan Ust MERIDA sudah jauh kehadapan. Termenunglah beliau disitu seorang diri. Tanpa diduga (macam tau tau), Fahmi teksi secara kebetulan lalu disitu. Alhamdulillah, Rezeki Allah.hehehe.Tanpa segan silu, beliau terus menumpang teksi tersebut. Tidak jauh dari situ, jumpa gaweng pulak di salah sebuah hentian bas. Katanya kekejangan otot lagik..hehehe..Tanpa berlengah masa, beliau pun sama sama menaiki teksi Fahmi..Dengan penuh gayanya, dua sahabat ini pulang dengan teksi.hehehe.Kami tiba di TKP24 jam 5 petang. Ust MERIDA dan Naha mungkin tiba di TKP, 30 minit awal. Tahniah kepada 4 rider yang terlibat kerana berjaya mengharungi semua walaupun ada yang naik teksi atau dalam singkatan 'chicken' 10 KM terakhir. Thankzz Ust MERIDA kerana jadi camera man kali ini. Nanti kita buat lagi kayuhan sebegini. Harap semua enjoy.
Peserta Le Tour D' Bagan Lalang
Bocor plak daaa
Naha Banzaii in action
Rider Macho... Ust MERIDA
Rider Macho... Ust MERIDA
Gaweng
Firdaus Gen2 - FUJI
'Posing' depan pantai
No comments:
Post a Comment