Monday, January 19, 2009

New Year Ride - 11 January 2009

Tarikh : 11 Januari 2009
Masa : 8.30 a.m
Jumlah Kilometer : 48 Km
Laluan : TKP24 - Lekas H/Way - Tol Pajam/Nilai - Lekas H/way - TKP24
Rider Terlibat : Naha Banzaii, Cik Din De'luca, Firdaus Gen2, Chif Sedi, Firdaus Trek, Gaweng dan Azizi Roadster.

Hari ni ride yang paling best dan cepat. Cuaca tak panas dan angin tak kuat. Kami memulakan kayuhan kami lebih kurang pukul 9 a.m sebab ada sorang tu bangun lambat.maklumlah malam tu kitaorg ada game 'carom'. Tu yang terlajak. Paling semangat ialah azizi, antara rider yang paling awal lepak kat luar siap malam tadi training kayuh dalam rumah (katanya).hehehe. Pada awal kayuhan sumenya ok dengan trek memulakan kayuhan dengan pecutan...lajunya...Sehingga di bukit yang terakhir iaitu di persimpangan susur keluar bangi/putrajaya, salah seorang rider bersama jentera polygon Roadsternya terpaksa akur dengan takdir. Beliau terpaksa undur diri daripada meneruskan kayuhan. Katanya muntah sampai 3 kali. Maklumlah kali pertama. Kayuhan kami diteruskan bersama 6 lagi rider yang lain. Kami menamatkan kayuhan tepat pada jam 11 a.m di kedai Khamis. Anyway, thankz to Trek kerana sudi menjadi Camera man pada hari ini. Sori kepada gaweng dan De'luca kerana terkena blow off dari jentera yang memasang turbo...Hope u all enjoy...


Rider Macho...














No comments:

Guess Tracker

eXTReMe Tracker