Tuesday, January 20, 2009

Kayuhan Goji - 18 Januari 2009

Tarikh : 18 Januari 2009
Masa : 8.30 a.m
Jumlah KM : 58 Km
Laluan - TKP24 - Kajang Perdana - Semenyih - Tol Pajam (LEKAS H/Way) - TKP24
Rider Terlibat : Ust. Hakim MERIDA, Naha Banzaii, Firdaus Trek, Zamri, Chif Sedi, Firdaus Gen2.

Kayuhan kali ini dinamakan kayuhan goji semperna meraikan peminum goji. Destinasi asal kami pada hari ini adalah ke lenggeng. Kami memulakan kayuhan jam 8.25 pagi. Permulaan dengan penuh semangat dengan diketuai oleh Trek dihadapan. Ketiga tiga bukit maut di kajang perdana berjaya kami harungi. Trek telah memilih laluan semenyih untuk ke lenggeng kerana beliau mengatakan laluan LEKAS tidak mencabar. Ini semua disebabkan pada pagi itu beliau telah meminum goji sehinggakan merasakan dirinya telah bertukar menjadi 'Ultraman'...hehehe...Kayuhan kami diteruskan dengan menyusuri laluan semenyih. Perghhh...laluan ni memang mencabar...banyak bukit bukau.Akhirnya kami terpaksa berhenti di salah sebuah perhentian bas kerana ada rider yang kepenatan selepas berhempas pulas melawan laluan bukit. Tanpa diduga rupanya terdapat seorang 'bebehhh' berbaju ungu disitu...sejuk mata memandang...heheheh...Akhirnya, kami terpaksa membatalkan hasrat kami ke lenggeng disebabkan salah seorang daripada rider men'chicken'kan diri.Katanya kepalanya pening akibat minum goji.biasalah first time effect minum goji sebelum nak biasakan.Kami ubah laluan kami untuk memasuki lebuhraya yang berdekatan dan terus pulang ke TKP24. Jam 12.30 tgh hari, akhirnya kami berjaya tiba di TKP. Penat kami dihilangkan di kedai Khamis. Alhamdulillah, tiada sebarang insiden yang berlaku dalam kayuhan kali ini...Tahniah kepada semua rider, walaupun penat tetapi berjaya mengharungi semuanya.

No comments:

Guess Tracker

eXTReMe Tracker