Monday, December 17, 2007

Langat - Laksa Buyung Ride-16/12/2007


"kalau ada yang ingin berbangga dgn kayuhan pada hari ini, Abg Zamrilah orang yang paling layak untuk berbangga..dia sudah membuktikan..tanpa Basikal,helmet,Jersey glove, dan kasut berjenama yang mahal-mahal pun..beliau juga boleh kayuh sampai kesini..apa yang penting cuma semangat dan yakin dengan kebolehan diri sendiri ..

Ride day: Sunday
Date:16/12/2007
Time Start : 7.15am
Route-TKP24-Semenyih-Tekali-Langat Bt 18-Kg Jawa (Langat)-Langat bt 14-Nanding-Highway Cheras Kjg-Sg Sekamat-Tkp24.


Summary
Total Distance-75km
Total Riding Hour: 3 Hrs
Average Speed: 25km/h
Max Speed (Flat Road) : 40km/H
Rider:-Abg Berahim,Sifu Rashid,Ustz Hakim,De'Luca,Naha Gaweng & Zamri ERV.


Salam Semua, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa aku letak gambar abg zamri kat atas sekali tu?? Jawapannya hanya aku dan mungkin segelintir dari rider TKP 24 aje yang tahu..

Cakap banyak tak guna tengok aje lah gambar-gambar dan ulasan kayuhan ke Laksa Buyung baru-baru nie..

Kayuhan Bermula dari TKP 24, menuju ke Giant Prima Saujana untuk bertemu dengan Sorang lagi "otai" Cycling..Bang Berahim(member Sifu Rashid)

Sesi berkenalan dan orientasi "Abg Berahim" dgn group TKP 24
"Dan kayuhan pun bermula..err dengan penyiksaan climbing di Jalan Kajang Perdana..hampeh betul.."
Huff..Lega..kami mula masuk ke jalan semenyih..penyiksaan Bukit dah selesai buat sementara waktu,
"sesapa yang dah lama kayuh, mesti kenal brader nie..Ini lah bang Berahim..Ramah dan sentiasa merendah diri orangnya.."

"Peloton kami mula memasuki laluan semenyih tekali.."
"masa nie, peloton diketuai oleh Bang Berahim..masa nie jugak dia start tarik 40km/h Yeehaa.."
"Team Kelme Rule..Dari kiri-Bro Naha, AKu (Gaweng) dan De'Luca.."
"semangat jersey baru nyata membantu kayuhan pada hari tu."
"sedar tak sedar, kami dah sampai ke kaw. berkelah Sg tekali..dan memasing mula sibuk cari rokok.."
" Tengok le tu..Kan aku dah cakap..Sifu Rashid nie memang suka bergaya depan Kamera.."
Sesi bergambar sebelum sambung kayuh / Climbing balik balik..menuju ke Langat Batu 18..laluan memang mencabar mental dan fizikal..jadi kami mula kayuh ikut kemampuan memasing..
Wajah kepuasan Bro Naha selepas berjaya mendaki bukit kat empangan batu 18.. "aku pun sampai lambat..diaorang dah siap lepak semua, baru lah aku sampai..tapi aku berjaya jugak kayuh naik bukit tu..tanpa perlu tolak basikal"

"Dan yang terakhir sekali ialah Bro Zamri..tapi beliau juga berjaya kayuh sepenuhnya..Tahniah."
"Dan sekali lagi sesi bergambar..setelah penat climbing tadi.."
"Dan lagi sesi bergambar"

"Dari Kir:-Gaweng,De'Luca,Naha (Team Kelme),Zamri,Bang Berahim, Sifu Rashid(Team ING) dan Ust Hakim(tukang amik gambar nie)
Keseragaman jersey kami, nyata menjadi perhatian rider lain hari tue..
"dah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan dengan downhil..memasing mula memecut.."

Tengok le tu..sesekali dapat layan Downhil, memasing dah mula tak pandang belakang bila tak pandang belakang, ada lah yang tertinggal.."
"laluan yang berliku..agak berbahaya bagi mereka yang pertama kali kayuh disini..
Sesi menunggu kami tak lepaskan peluang menimba ilmu dengan bang Berahim..antara isi pentingnya, "kalau korang kayuh, pastu asyik hisap rokok, bila laa nak improve.."
"Akhirnya.. De'luca sampai dengan penuh bergaya.."
"inilah destinasi kami.."Gerai Laksa Buyung"
"Burrp..kenyangnyer.."
"perjalanan balik kami agak menyiksakan, kerana cuaca dah mula panas"

"Wajah-wajah kepuasan selepas penat mengayuh..alhamdulillah, halangan kami cuma penat dan tayar "de'luca" pancit ajer..yang lain semua selamat..
Dan personally aku nak ucap terima kasih pada Bang Berahim kerana sudi kayuh dengan kami bebudak baru belajar ni, dan tahniah kepada rider TKP 24, sebab berjaya mengharunig cabaran pada hari ini..Sedikit-demi sedikit, kita sudah mula keluar dari kepompong"kayuh-dekat-dekat ajer"..
sekian..bye..

2 comments:

Unknown said...

syabas pak berahim join group baru..bley jadi sifu baru nie..hehhehe

Anonymous said...

pak berahim mmg boleh jadi sifu.. mcm2 teguran dibuatnya.. seronok ride ngan dia.. bro matta boleh la join sekali..

Guess Tracker

eXTReMe Tracker