Monday, December 31, 2007

Nilai Ride

Date: 30 Dec 2007
Day: Sunday
Time: 7.00 am
Route: TKP 24-Semenyih-Mantin-Nilai Pajam-Jemderam-Kajang-TKP 24
Distance: 78.58km
Ride Coordinator: Ustaz Merida
Max Speed: 47 km/h
Average 23 km/h
Rider:Pak Berahim,Sifu Rashid,Omar,Dr Fauzi,Matta,Gaweng,Naha,Ustz hakim,Firdaus(beskal Baru)


Salam..akhirnya dapat jugak update blog ni..dengan cerita dan gambar ride kami yang lepas..itupun atas ehsan gambar dan laptop Firdaus..nak harapkan masa aku kat opis, jgn harap pasal opis baru aku masih offline..

Bercakap tentang ride kami yang lepas, group TKp 24 sgt berbangga dan seronok kerana dapat peluang ride bersama dengan otai-otai cycling..mcm Dr fauzi,Bro matta,Pak berahim dan Omar..sebelum ni kami sekadar dgr cerita dari sifu rashid aje tentang mereka. Ride dengan mereka ni nyata memberi pengalaman baru buat kami..berikut adalah antara gambar yang sempat kami rakam hari tu..(Ehsan dari sifu rashid)

Firdaus dan basikal barunya Trekk 1577
Sifu Rashid yang juga merupakan idola Ustaz Hakim..Hee..hee.
Nie gambar gaweng..Sifu Rashid sengaja ambik gambar dari belakang sebab kalau dari depan, nampak perut buncit katanya..Hampeh!
Gambar Speed meter Baru Gaweng..shh..jgn bagi tau bini dia..hee..hee
Akhirnya kami sampai ke jalan Enam kaki..meeting point kami dengan group Dr Fauzi,Omar, Matta Dan Pak Berahim..
Bila dah bertemu, kami bergambar kenangan bersama..sebelum meneruskan kayuhan ke Nilai Satu..
Firdaus dan basikal barunya baru sampai..respek kat dia..dapat habiskan 78.58 km pada ride yang pertama..Tahniah!
Matta: Alamak! jatuh..ada calar tak??
Bro Matta sedang membelek Cannondale kesayangannya yang tetiba aje tumbang..
Bila sampai di Nilai Satu, kami pekena roti Canai garing..sambil tu, menimba Ilmu dari Dr Fauzi dan Pak Berahim..Masa ni jugak lah, sekali lagi isu rokok jadi topik..Dr Fauzi cakap, "Jantung smoker nie, dah keras dan tak flexible disebabkan oleh Enapan Tar yang terkumpul bila merokok..jadi memang berbeza kelajuan orang merokok dengan orang tak merokok..orang yang merokok, akan cepat kepenatan.."hee..hee..bila laa kami nak berenti merokok nie..
Mari tolak Basikal..Firdaus sedang menolak basikal menaiki buki De'Palma Inn Salak Tinggi..
Dan disini juga lah Dr Fauzi membuktikan kata-kata beliau tadi adalah benar, bila dia dengan selamba kayuh naik turun bukit tu..2 kali pulak tu..respek aku..
Perjalan balik, kami berhenti lagi sekali menunggu Firdaus yg tertinggal jauh dibelakang..
Gaweng:Hadui..hadui..mintak-mintak Lambat laa firdaus nie samapai ..lama ckit aku dapat rehat..
wajah gaweng yang kepancitan sebab merokok...nasib baik ada Firdaus kat belakang..kira bukan gaweng last la kan??
Tiba di MTDC, Kami mula berpecah..Matta dan Pak berahim Park Keta kat sini, manakala Dr Fauzi dan Omar meneruskan kayuhan ke Bangi, Dan kami meneruskan kayuhan balik ke TKP 24..

Secara keseluruhan, kami seronok dapat kayuh dengan Otai-Otai nie..walaupun tak terikut sgt pasal mereka agak laju.., tapi kami seronok..dan tak tau bila lagi nak dapat peluang kayuh dengan mereka yang penuh dengan pengalaman ni, harap mereka tak boring kayuh dengan kami yang baru nak bermula..

Untuk sampai ketahap mereka punya pasal, petang tu kami kayuh se-round lagi..pusing Highway Sg Long pulak..Rider yang terlibat, Nizam,De'Luca,Ustz Hakim,Rashid dan gaweng..tapi kemalangan telah menimpa De'Luca, menyebabkan kayuhan tak dapat dihabiskan..De'Luca cedera ringan dengan Calar-balar dan lebam-lebam, mana kala Basikal "Bianchii" kesayangan beliau mengalami sindrom rim Bengkok dan Seat Stay kemek..hadui..sayangnya..anyway, semoga De'Luca Cepat sembuh, dan semangat berkayuh tidak Luntur..Bye..

No comments:

Guess Tracker

eXTReMe Tracker