Tuesday, November 20, 2007

Bagan Lalang Ride-17/11/07

BAGAN LALANG RIDE (KAYUHAN TEST KAKI)
Tarikh :17/11/2007
Hari :Sabtu
Masa: 6.30 pagi
Mula kayuh : 7.00 pagi (sharp)
Cadangan Laluan: Tkp24-Bagan Lalang-TKP24
Jarak : 122km
Rider&Jentera:Rashid(Fondriest),Naha(Fuji)Ust Hakim(Merida) dan Gaweng(Scott)
Total Ride Time: 5 jam 15 minit.
Max Speed:60km/h
Average Speed 23 km/h


Objektif sebenar kayuhan ini adalah Untuk Survey laluan,Jarak,Check Point, Dan tempat penginapan..dan paling penting sekali, Timing dan tahap kepenatan yang mungkin dialami oleh Rider-Rider TKP 24 apabila Kayuhan Perdana yang sebenar nanti.

"kayuhan Dimulakan dengan bacaan doa oeh Ust Hakim, memohon keberkatan dan dijauhkan segala musibah sepanjang perjalanan kami"

"Dan Kayuhan pun bermula penuh bersemangat"
"Antara lauan berliku yang dilalui oleh kami pada pagi itu..dengan di ketuai oleh Ust Hakim dan Meridanya."

Giliran aku dan diikuti oleh Sifu Rashid Pula mengambil tempat didepan..
"Burrpp.. alhamdulillah Kenyang..waktu berenti makan di Salak Tinggi"
Ini adalah satu-satunya hentian kami sepanjang perjalan pergi.
"Insan yang paling bersemangat hari tue-Ustaz hakim"


Tambah mengujakan apabila ada penunggang motorsikal yang menjeritkan slogan"Malaysia boleh" kepada kami, dan lambain kanak-kanak tanda memberikan sokongan kepada kami.
"Yeeha..Akhirnya! kami sampai juga ke Bagan Lalang..setelah 2jam 30 minit duduk atas saddle"
Wajah -wajah kepuasan setelah berjaya sampai ke bagan lalang..
Makan dan minum sambil mendengar kaunseling dari Sifu Rashid..antara isi penting nyer, "Korang berenti lah isap rokok..tak elok"
Sebenarnya ustaz hakim bukan amik gambar kami sangat..beliau cuma nak amik gambar Beskal dia ajer..Tapi nak jaga hati kami, dia suruh kami posing sekali..Hampeh..


"Antara petanda bahawa perjalanan balik kami akan menjadi sukar."

Masa nak Balik..Bro Naha Mengalami kekejangan kaki..dan di beri bantuan kecemasan oleh Ust Hakim..(Bomoh rupanya dia nie..patut la power kaki..main Jurus tenaga batin nie..)


"Me and my Scotty Too Hotty..err Merida tu tolong alih boleh tak??Sibuk ajer.."
Aku mengambil kesempatan bergambar sementara menunggu Kaki Bro Naha di beri rawatan..
Giliran kaki aku Pulak Kejang..setelah cuba bertahan dari Sg Pelek sampai lah ke Bukit De'palma Inn Salak Tinggi, akhirnya aku dah tak boleh tahan lagi..

Aku terbaring menahan kesakitan kaki kejang..memang dah tak boleh kayuh lagi sebab, asal berdiri aje, Kaki tarik..Arrghh..Rescue Team mana nie?? Rashid,Hakim dan Naha mengambil keputusan meneruskan perjalanan, dan meninggalkan aku sesorang menunggu safety car datang(Bini aku laa..) "Satu lagi ujian..tayar Sifu Rashid pancit kat Jenderam"
"Dah berkali pam angin, tapi disebabkan pam bukan highpressure punya, maka angin tak cukup tekanan"
nasib baik jumpa bengkel Motor..boleh le pam tayar sifu yang kempis tu.







Setelah bersusah payah, maka mereka meneruskan perjalanan, dan Tiba di TKP 24 Pada jam 3.45 petang..Aku pulak..sampai rumah jam 3.30 petang..dengan kereta..pasal kaki aku memang dah takleh kayuh lagi..duduk dalam kereta pun beberapa kali Kejang..sakitnya?? hui.. tuhan ajer la yang tahu. So Aku sorang aje yang tak complete 122 km..aku cuma abiskan 90 km sahaja..yang lain semuanya berjaya menamatkan kayuhan..aku tak puas hati..jadi..Bagan Lalang..Tunggu..aku akan datang lagi..






Pengajaran yang kami terima??


1) Dapatkan tidur/rehat yang cukup sebelum nak pegi endurance ride mcm nie..
2)Pastikan badan cukup bersedia..jangan demam pun gatal nak ride jugak.(mcm aku)


3) Pastikan bekalan minuman dibawa secukupnya sepanjang perjalanan pegi dan balik


4)Spare tube,Pembuka tayar dan Pam Angin kene ada..


5)Bekalan perubatan kecemasan seperti minyak panas dan sebagainya..


Thursday, November 15, 2007

Dari T-Bolt Ke Merida 901.

Salam..Jeng..jeng..jeng..Nampaknya semalam 14/11/2007 adalah tarikh keramat bagi ust Hakim khasnya, dan Group TKP 24 secara am nya..ini kerana,semalam Ust Hakim telahpun menerima basikal Idamannya..Merida -901.seperti mana yang beliau pernah bagi tahu, Merida 901 nie adalah "cinta pandang pertama" beliau..
"Ust Hakim dan Amal Insyirah..bergaya bersama MERIDA 901 Baru"
Semalam semasa sesi test ride, jelas terpancar keceriaan di wajah Ust hakim..maklumlah setelah menanti dan bersabar sekian lama, akhirnya berjaya juga beliau melengkapkan "Transformasi Fasa pertama" sebagai seorang rider TKP 24, sama seperti aku, Naha Nizam dan lain lain..nak tunggu fasa seterusnya, bermakna kene lah melabur "RM" sikit lagi..
"Wong! amacam ada gaya Larn Amstrong tak?? Baik cakap ada..kalau tak aku tak beli beskal nie.."
Apa itu "Transformasi Fasa Pertama"?? Definisinya adalah, Bertukar "mazhab"dari MTB, kepada Roadbike, tetapi masih belum ada (kasut+jersey+glove+helmet+meter dan mcm-mcm lagi-) dan pastinya perlukan sedikit lagi pelaburan..dalam kes ust Hakim ni, beliau berubah dai MTB(Proton T-Bolt kepada Merida 901)..sebenarnya dalam Group TKP 24, cuma Sifu Rashid dan Bro Hamas "De Luca" sahaja yang dah Transform sepenuhnya(Lengkap-Basikal+Jersey+Kasut+Road Pedal-Cycling Golve dan lain-lain. Tapi bagi aku itu semua tak penting, yang penting kehendak untuk berkayuh,sebabnya mudah..apa guna beli basikal memahal, kalau setakat simpan kat rumah..Anyway, aku tak mau membebel panjang, berikut adalah gambar dan Spesifikasi ahli Baru TKP 24..Tahniah Ust Hakim!

Owner:Ustaz Hakim Model:Merida 901 07(Brand New) SIZES :XS SPEEDS:27 FRAME :Road Lite Ride COLOR :1. blue/black FORK :Carbon Road UD30


DERAILLEUR FRONT :Shimano Sora, 31.8 mm Triple

DERAILLEUR REAR :Shimano Sora GS

SHIFTER :Shimano Sora Dual Control

BRAKE LEVER :RL570

BRAKE :Shimano Sora

CHAINWHEEL :Shimano R453, 50/39/30T

HUB :Shimano Sora

SPOKES :Stainless silverRIM :Alex DA-22 CNC, blackFREEWHEEL :Shimano CS-HG50-9, 11-25TTIRE :Maxxis Xenith 23-60STEM :X-Mission Comp OS, -8°SADDLE :Road Ride CompSEAT POST :X-Mission Speed SB20, Ø27.2Frame size (CT) :47CMTop tube (mm) (A) :525

Seat tube (mm) (C) :410Dropout inner width :130Chain stays (D) :410Head tube angle (Q1):71°Seat tube angle (Q7) :74°Bottom bracket height (H) :65Bottom bracket width :68Wheel base (W) :985Fork offset (F) :45Head tube length (L) :125

Tuesday, November 13, 2007

Kayuhan Pembakar Kalori-11/11/2007

Kayuhan Pembakar KaloriTarikh :11/11/2007 Hari :Ahad Masa: 6.30 pagiMula kayuh : 7.15 pagi Laluan: TKP 24-Highway Sg Long-Highway Spg Balak-Highway Kajang utama-kajang Perdana-TKP 24 Jarak : 50km++ (lebih kurang)
Rider dan Jentera:Ust Hakim(T-Bolt),Naha(Fuji),Gaweng(Scott Usa),Rohizal(Scott Scale 40)

Kayuhan pada pagi itu agak rileks..kerana cuaca tak berapa panas..Kami Bermula dari TKP 24, cuma denga 3 ridaer iaitu Aku,Naha dan Ust Hakim..Bro Rizal tak dapat start sekali kerana terlajak bangun katanya..jadi dia suruh kami jalan dulu..beliau akan menyusul kemudian..

Aku yakin bro rizal tetap akan ikut, walaupun kami dah kayuh jauh..dan dia start lambat..sebab, aku tau semangat Bro rizal nie memang kuat.hatinya keras..

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat aku snap hari tue..

Kelihatan Ustaz hakim yang sentiasa penuh bersemangat mendahului dengan di ekori rapat oleh Bro Naha..Sebenarnya di awal kayuhan. kami maintain kayuhan so terasa agak laju juga,

Emmm..masa nie lah..Ust Hakim terasa macam nak suruh KSH hantar Merida dia sekarang jugak..untuk pengetahuan, Ust Hakim dah booking Merida 901 kat kedai KSH..cuma lambat sampai pasal stock tak ada..

"Gambar Bohsia dan anak dara.."
Satu-satunya bukti kehadiran aku hari tue..Scott aku yang baru lepas ditukar RD hanger nya..selepas patah masa ride minggu lepas..terbang Rm 40..

"where have all the boot boys gone??"
Group TKP 24 pernah bermula dengan 12 rider..sekarang...hemmm..cuma ini yang tinggal..yang lain, tgh cari modal nak upgrade beskal..


"Wajah Hardcore ridaer TKP 24"..
Kami berhenti di Hentian rehat Plaza toll Kajang utama..Sambil menunggu Bro Rizal dgn Scott nya sampai..

"Haaa dah sampai pun.."
Tabik spring untuk Bro Rizal, atas semangat beliau..kerana sanggup kayuh sorang-sorang untuk mengejar kami yang dah bertolak lebih awal..

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Highway sungai long..

"Bukit yang pertama dari kajang perdana menuju Higway sg long"
Masing masing mula diam, dan menumpukan perhatian pada kayuhan..nak mengadap bukit nie..

"Alamak!!..tinggi nya bukit.."
Lagi satu bukit yang mencabar mental..Ust hakim tak kelihatan..beliau dah jauh di depan..Bro Rizal?? hemm mcm biasa kat belakang..tapi kayuh tetap kayuh..respek aku..

"Haa bilo dah ponek, makan la nasik lomak untuk cover balik lomak yang terbakar tadi.."kata Ust Hakim..
Disinilah destinasi kami yang terakhir..setiap kali kayuh kat area kajang nie..pekena nasik lemak kedai Kamis..Perrgh...
Walaupun kayuhan kami agak rileks..tapi seronok..sebab alhamdulillah..takda masalah semasa kayuh..cuaca pun cantik..memang best...rugi sesape tak ikut..











Wednesday, November 7, 2007

Putrajaya-Lok Yew (New Highway) Ride

Tarikh: 2/11/2007
Laluan: Putrajaya(Lim kok Wing Univ.-Serdang-Bukit Jalil-Salak South)
Jarak: 60km++
Masa Mula: 11.00 malam..
Masa tamat:2.30 pagi..
Rider Yang Hadir
1)Rashid-Fondriest
2)Hakim-Proton T-Bolt
3)Naha-Fuji Finest
4)Gaweng- Scott Usa
5) De Luca-Bianchi..err..sorry x hadir..
**Catatan..jangan tertipu dengan Tarikh pada gambar, kerana "date setting" pada Kamera yang kami Gunakan memang tak betull..hampeh..

Pengangkutan yang kami gunakan untuk mengangkut basikal kami ialah Ford Ranger Milik Al Fadhil Al Ustaz Hakim..laluan yang kami akan kayuh nie adalah highway baru ..belum digunakan lagi..iaitu Highway Putrajaya-Kuala Lumpur(Loke Yew)..jadi memasing teruja sebab, nak jadi org pertama yang rasmi jalan tu..dan laluan nie tidak sesuai untuk orang yang berhati rapuh, dan mudah mengalah..

Kelihatan Rashid dan saya sedang memulakan kerja-kerja memunggah beskal ..
Hari nie baru aku tahu..Bro Rashid memang suka bergambar..Kih..kih..kih..

Kat depan rumah Bro Naha, Rashid sibuk menguruskan beskal Fuji Bro naha, semntara Ust Hakim dan Bro Naha sendiri, sibuk berposing..

"aku tak kira! aku tak kira!! aku nak ikut jugak.." kata Suhaidi.."sorry la Bang..nak ikut, kene pakai pakaian yang betul laa.." Kata Bro Rashid Pulak..
Rashid: Kat sini la aku letak tayar ngko tadi..betull aku tak tipu..
Naha: Abih kalau engko letak sini apsal takder??
Gaweng:err bang kat sebelah sini la..tu ada dah siap ikat pun..
Yah! Yah!..masa untuk bergambar sebelum kayuh..
Lampu "lip-lap" pun dah mula menyala..tak sabar dah nie..

Antara Barisan Jentera malam tue..semua dah ready..nak rasmikan highway baru..

Err Tak Abih lagi ke bergambar??bila nak start kayuh nie??

Yeeehaaa......Laju giler sampai gambar pun Blurr..actually, laluan nie memang mencabar, sebab berbukit bukau..so kami pantang downhil..memang laju ajer..(memang mencabar..
Dari kiri: Bro Rashid,Gaweng,Bro Naha dan Ust Hakim...err De Luca mana?? Dia takder dalam gambar pasal dia tak datang...kah..kah..kah.
Muka-muka kepenatan+mengatuk..masa nie pukul 4.00 pagi..kami berenti minum kat kedai mamak Impian Maju..sebelum pulang..

Tuesday, November 6, 2007

Jiwang Ride 4/11/2007

Tarikh :4/11/2007 (Ahad)
Laluan: TKP 24-Spg Balak Highway-Kajang Utama-Kajang Perdana-TKP 24
Jarak Laluan: 25km++
Masa 7.30 Pagi
Rider:Gaweng,Naha,Naha Junior,Rohizal (Atas Bukit)

Ride hujung minggu nie yang sepatutnya best jadi tak best sebab RD hanger aku patah, masa kat Highway..Nasib baik la ada Sifu Rashid datang membantu..



Ini adalah antara Hardcore rider dari TKP 24..Naha dan Naha Junior(Shukeri)..tabik kat Bapaknya Bro Naha
Kelihatan Bro Rohizal dengan Jentera Scott nyer, datang dengan senyuman manis..dan menyertai ride kami hari tu..

Wajah-wajah mereka yang nampak tak puas nafsu berkayuh sebab terpaksa berenti tunggu aku..RD hanger aku patah daa..
Disinilah malang telah menimpa aku..RD hanger Aku patah, sebab..ntah macam mana aku pun tak reti nak explain..
Err nampaktak RD aku yang terkulai tue?? ala..yang kat atas rumput tue?? tak nampak??
Haaa..sekarang dah nampak??aku pun tengah pening..macammana rantai beskal boleh masuk kat spoke rim aku, dan mematahkan RD hanger aku..

Hero aku hari tue..Bro Rashid..dialah yang menjadi Penyelamat beskal aku yang cedera parah hari tue..nenong..nenong..nenong(bunyi ambulan)

isk..isk..isk..Maka berakhirlah sudah Ride aku hari tue..cuma sempat ride dalam 11km ajer..
Bro naha,Naha Junior dan Rohizal, meneruskan perjalanan..mereka tak berenti rehat langsung lepas tue..dalam pukul 9.00 pagi, mereka dah sampai ke "Kedai Khamis"..tempat berkumpulnya rider TKP 24 setiap kali lepas ride..
Doakan lah aku cepat dapat spare part beskal aku, dan dimudahkan aku berurusan..kerana bila beskal rosak, bermakna, duit..hemmm..duit..duit...duit...mane aku nak cari duit lagi nie???

Thursday, November 1, 2007

Santai Night Ride 31/10/07

Santai Night Ride 31/10/07
Location: TKP 24-Bukit Dukung-TKP 24
Time start: 11.00pm
Total Distance: 20km..
Rider Attandence:

1)Hamas De Luca-Bianchi,
2)Naha-Fuji
3)Hakim La Merida-Proton T-Bolt
4)Gaweng-Scott Usa
Marshall:-Zamri ERV

Ride nie tak dirancang secara formal, tapi berjaya menarik 4 rider dan 1 Marshal..misi kami adalah untuk makan Char Kuey Teow best kat Hentian bukit Dukung, dan Menikmati "Panorama Indah" kat sana..Berikut serba sedikit gambar yg sempat di snap selepas kayuh semalam..dan Maaf gambar x cantik, pasal ambik pakai Handphone Biasa ajer..


Secara Tetiba, kami Di kunjungi oleh Bro Lan Burger, dia pun kayuh jugak rupanya malam tadi, tapi sesorang ajer..Kelihatan Bro Naha sedang test Jentera Lan Burger..
Barisan Rider dan Marshal Malam tadi,Dari kiri:-Bro naha,Bro Hakim,Bro Hamas, dan Marshall kami malam tadi..Bro Zamri

Nie Pulak Barisan Jentera yang menyertai ride malam tadi


Nie Pun Barisan Jentera yang menyertai ride malam tadi, cuma dari angle lain, pasal Mr De luca marah..beskal dia tak nampak..

Terduduk keletihan Err... Marshal tue pun letih ker??

Semoga Program santai Night Ride nie akan diteruskan pasa masa akan datang..
Sekian..

Tuesday, October 30, 2007

Dari T-Bolt ke Merida 901

Salam..
Jeng..jeng..jeng..Nampaknya semalam 14/11/2007 adalah tarikh keramat bagi ust Hakim khasnya, dan Group TKP 24 secara am nya..ini kerana,semalam Ust Hakim telahpun menerima basikal Idamannya..Merida -901.seperti mana yang beliau pernah bagi tahu, Merida 901 nie adalah "cinta pandang pertama" beliau..


"Ust Hakim dan Amal Insyirah..bergaya bersama MERIDA 901 Baru"
Semalam semasa sesi test ride, jelas terpancar keceriaan di wajah Ust hakim..maklumlah setelah menanti dan bersabar sekian lama, akhirnya berjaya juga beliau melengkapkan "Transformasi Fasa pertama" sebagai seorang rider TKP 24, sama seperti aku, Naha Nizam dan lain lain..nak tunggu fasa seterusnya, bermakna kene lah melabur "RM" sikit lagi..


"Wong! amacam ada gaya Larn Amstrong tak?? Baik cakap ada..kalau tak aku tak beli beskal nie.."
Apa itu "Transformasi Fasa Pertama"?? Definisinya adalah, Bertukar "mazhab"dari MTB, kepada Roadbike, tetapi masih belum ada (kasut+jersey+glove+helmet+meter dan mcm-mcm lagi-) dan pastinya perlukan sedikit lagi pelaburan..dalam kes ust Hakim ni, beliau berubah dai MTB(Proton T-Bolt kepada Merida 901)..sebenarnya dalam Group TKP 24, cuma Sifu Rashid dan Bro Hamas "De Luca" sahaja yang dah Transform sepenuhnya(Lengkap-Basikal+Jersey+Kasut+Road Pedal-Cycling Golve dan lain-lain. Tapi bagi aku itu semua tak penting, yang penting kehendak untuk berkayuh,sebabnya mudah..apa guna beli basikal memahal, kalau setakat simpan kat rumah..Anyway, aku tak mau membebel panjang, berikut adalah gambar dan Spesifikasi ahli Baru TKP 24..Tahniah Ust Hakim!



Owner:Ustaz Hakim
Model:Merida 901 07(Brand New)
SIZES :XS
SPEEDS:27
FRAME :Road Lite Ride
COLOR :1. blue/black
FORK :Carbon Road UD30

DERAILLEUR FRONT :Shimano Sora, 31.8 mm Triple
DERAILLEUR REAR :Shimano Sora GS
SHIFTER :Shimano Sora Dual Control
BRAKE LEVER :RL570
BRAKE :Shimano Sora
CHAINWHEEL :Shimano R453, 50/39/30T
HUB :Shimano Sora
SPOKES :Stainless silver
RIM :Alex DA-22 CNC, black
FREEWHEEL :Shimano CS-HG50-9, 11-25T
TIRE :Maxxis Xenith 23-60
STEM :X-Mission Comp OS, -8°
SADDLE :Road Ride Comp
SEAT POST :X-Mission Speed SB20, Ø27.2
Frame size (CT) :47CM
Top tube (mm) (A) :525

Seat tube (mm) (C) :410
Dropout inner width :130
Chain stays (D) :410
Head tube angle (Q1):71°
Seat tube angle (Q7) :74°
Bottom bracket height (H) :65
Bottom bracket width :68
Wheel base (W) :985
Fork offset (F) :45
Head tube length (L) :125

Tuesday, October 23, 2007

Beskal "Baru", Semangat Baru

Beskal "Baru", Semangat Baru
Salam..akhirnya, berjaya jugak aku mencuri masa untuk menempek Gambar beskal beskal "baru" atau lebih tepat lagi,transformasi yang telah berlaku kepada Team Cycling TKP 24..transformasi yang aku maksud kan ada lah dari segi Basikal itu sendiri, dan jenis kayuhan..

Transformasi dari basikal "MTB" ke Jenis "Road", dan Dari Kayuhan "Offroad" ke "Road"..semuanyer gara-gara,tak tahan dengan maintainance keatas beskal MTB..seperti yg semua sedia maklum, MTB yang kami gunakan pun, memang dari Jenis "CAP AYAM" semuanyer..so memang setiap kali ride, mesti ada yg rosak..lagipun, kayuhan group kami lebih banyak kat "road" dari "offroad" so adalah lebih praktikal kalau kami gunakan "road bike sahaja"tapi takde lah yang mahal sangat jugak beskall "Road Bike" kami nie..sesuai dengan Budget, dan duit dalam poket memasing..

Dibawah, aku susun barisan basikal yang telah berjaya dibeli oleh kawan-kawan aku, sepanjang bulan puasa yang lalu..ada 4 Biji semuanyer..Aku susun dari High End sampai lah ke low end Bike.

Inilah Puncanyer

Owner : Rashinuddin..(a.k.a Rashid)

Model :Megaplus yr 2004

Groupset: Ultegra G/Set - 9 speed.

Ulasan: Inilah dia jentera dan Orang yang banyak mempengaruhi Rider TKP 24 untuk "ber evolusi dan bertransformasi" kepada roadbike..beliau jugak lah puncanya yang membuatkan kami terpengaruh dan mula berjinak-jinak dgn dunia berbasikal nie..Bro Rashin banyak memberikan tunjuk ajar, dan tips yang amat berguna kepada rider beginner seperti kami..beliau nie memang dah lama dalam dunia road cycling, dan aku suka dia pasal dia nie x pernah kedekut ilmu ..tanyalah aper saja berkenaan cycling, insyallah, kalau dia tahu, dia akan jawab.. Thanks Bro..

No 1

Owner : Hairudin Masnin"Hamas De Luca"
Make : Bianchi
Model : Team Issue- Bianchi Liquigas "De Luca"
Group Set: Full set Ultegra 10 Speed
Unit: Second Hand (as good as new)
MTB: Nexus Pro S.Series-(bagi anak..)

Ulasan :Hairudin a.k.a Cik din adalah rider yang paling besar budgetnyer dan sebagai beginner macam kami, beliau adalah yg paling advance.., Actually tak seorang pun menyangka yang Cik din akan keluarkan Bianchi..sebab kami semua tahu, idaman beliau adalah Trek Discovery Channel..mungkin takder jodoh dengan Trek..dan Bianchi nie pun Memang Cantik..tahniah Cik Din..

No 2


Owner : Naha Yusof
Make : Fuji
Model : Finest
Group Set: Full set Sora + Rd Tiagra (8 Speed)
Unit : Brand New
Colour : Electrik Blue
MTB : Exitway Dragonish Hardtail-(bagi anak..)

Ulasan :Bro Naha nie, adalah antara rider yang paling fit dan kaki paling kuat dalam group kami..dia boleh kayuh MTB sama pace dengan Road Bike tanpa rasa mengah..senyum selamba ajer..Tak dapat dibayangkan macam mana lajunyer dia kayuh kalau dia sendiri dah pakai Road Bike...ni lagi sorang surprise ..kami semua tahu beliau akan beli sebijik road bike, tapi tak sangka seawal ini..ingatkan ujung tahun..anyway, tahniah..

No 3
Owner : Gilbert Gaweng (Aku Le tue..)
Make : Scott Usa
Model : Expert
Group Set: Full set Shimano 105 /9 Speed
Unit: Second Hand (Err..bohsia..)
MTB: Vistana/Custom made Mitsubishi-(Sold as Scrap metal)

Ulasan :Hee..untuk aku sendiri, memang semua dah tahu aku akan beli beskal..pasal beskal aku dah jahanam..so bulan puasa aku x der beskal..tapi alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku setiap kali sebelum berbuka..mintak beskal road sebijik..walau beskalnya pun tak secantik mana,Calar sana-sini, tapi aku puas hati sebab atleast cita-cita aku tercapai..biarlah orang panggil beskal aku Bohsia ke, pelacur ker, at least beskal Bohsia tak bawak penyakit AIDS..

No 4

Owner : Nizam Hamdan
Make :Polygon
Model :Trexia (Hybrid-Road + MTB)
Group Set: Full set Shimano..(model kurang pasti)/8 speed
Unit: Brand new
MTB: Nexus Pro S.Series-(bagi anak..)

Ulasan:
Ni lagi sorang rider yang tak disangka-sangka membuat kejutan.. asalnya, nak beli beskal nie selepas raya..mungkin bimbangkan persaingan dari Rider TKP 24 Yg lain, maka beliau telah mendahului pesaing nye dengan membeli beskal ini, seawal minggu pertama bulan puasa..beskal nie agak unik, dan merupakan beskal Hybrid pertama dari malaysia..Frame+Wheel set + brake semuanyer road bike punyer, tetapi handle bar, Gearing semuanya MTB punyer..amat sesuai bagi mereka yang sukakan gaya kayuhan MTB, tapi cuma kayuh kat jalan Biasa..Tahniah Bro Nizam..


No 5


Owner : Mohd Shurimen

Make : Le Run Solaris

Ulasan: Kalau ditanya kepada Rider dari TKP 24, "siapa Pakai Le Run Solaris?" pasti semua orang tahu..sebab ini adalah basikal yang paling glamer sekali di TKP 24..Mula dibeli pada Pertengahan Julai 2007, tapi sampai sekarang tak pernah ride sekali pun lagi..bukan Ridernyer sayang atau x mahu ride, tapi takder peluang nak ride sebab, isteri Bro rimen nie tetiba keje shift..setiap ahad isteri beliau kene keje..so setiap ahad jugalah Bro rimen kene jadi Nanny..hu.huu..kesian..Anyway,tahniah sebab berjaya mengekal kan status beskal nie sebagai beskal baru ..

Begitulah serba sedikit evolusi yang berlaku di "Group TKP 24" Cycling team setakat lepas raya nie,transformasi yang tak lah segempak mana, tetapi impaknya agak hebat kerana kalau dulu kami cuma ride tak lebih 30KM.. dengan kehadiran beskal-beskal Road nie,di harap group TKP 24 akan lebih yakin untuk melepasi titik 30 ke 50km++ per ride..lepas nie setiap minggu average ride kita adalah 80km ++..dan ke atas..dan aku percaya, akan berlaku beberapa kejutan lagi akan berlaku sepanjang 2 bulan akan datang...Kita tunggu dan lihat. Bye

Guess Tracker

eXTReMe Tracker