Tarikh :17/11/2007
Hari :Sabtu
Masa: 6.30 pagi
Mula kayuh : 7.00 pagi (sharp)
Cadangan Laluan: Tkp24-Bagan Lalang-TKP24
Jarak : 122km
Rider&Jentera:Rashid(Fondriest),Naha(Fuji)Ust Hakim(Merida) dan Gaweng(Scott)
Total Ride Time: 5 jam 15 minit.
Max Speed:60km/h
Average Speed 23 km/h
Objektif sebenar kayuhan ini adalah Untuk Survey laluan,Jarak,Check Point, Dan tempat penginapan..dan paling penting sekali, Timing dan tahap kepenatan yang mungkin dialami oleh Rider-Rider TKP 24 apabila Kayuhan Perdana yang sebenar nanti.
"kayuhan Dimulakan dengan bacaan doa oeh Ust Hakim, memohon keberkatan dan dijauhkan segala musibah sepanjang perjalanan kami"
"Dan Kayuhan pun bermula penuh bersemangat"
"Dan Kayuhan pun bermula penuh bersemangat"
"Antara lauan berliku yang dilalui oleh kami pada pagi itu..dengan di ketuai oleh Ust Hakim dan Meridanya."
Giliran aku dan diikuti oleh Sifu Rashid Pula mengambil tempat didepan..
Ini adalah satu-satunya hentian kami sepanjang perjalan pergi.
Aku terbaring menahan kesakitan kaki kejang..memang dah tak boleh kayuh lagi sebab, asal berdiri aje, Kaki tarik..Arrghh..Rescue Team mana nie?? Rashid,Hakim dan Naha mengambil keputusan meneruskan perjalanan, dan meninggalkan aku sesorang menunggu safety car datang(Bini aku laa..) "Satu lagi ujian..tayar Sifu Rashid pancit kat Jenderam"
"Dah berkali pam angin, tapi disebabkan pam bukan highpressure punya, maka angin tak cukup tekanan"
nasib baik jumpa bengkel Motor..boleh le pam tayar sifu yang kempis tu.
Tambah mengujakan apabila ada penunggang motorsikal yang menjeritkan slogan"Malaysia boleh" kepada kami, dan lambain kanak-kanak tanda memberikan sokongan kepada kami.
"Yeeha..Akhirnya! kami sampai juga ke Bagan Lalang..setelah 2jam 30 minit duduk atas saddle"
"Yeeha..Akhirnya! kami sampai juga ke Bagan Lalang..setelah 2jam 30 minit duduk atas saddle"
Wajah -wajah kepuasan setelah berjaya sampai ke bagan lalang..
Makan dan minum sambil mendengar kaunseling dari Sifu Rashid..antara isi penting nyer, "Korang berenti lah isap rokok..tak elok"
Sebenarnya ustaz hakim bukan amik gambar kami sangat..beliau cuma nak amik gambar Beskal dia ajer..Tapi nak jaga hati kami, dia suruh kami posing sekali..Hampeh..
"Antara petanda bahawa perjalanan balik kami akan menjadi sukar."
Masa nak Balik..Bro Naha Mengalami kekejangan kaki..dan di beri bantuan kecemasan oleh Ust Hakim..(Bomoh rupanya dia nie..patut la power kaki..main Jurus tenaga batin nie..)
"Me and my Scotty Too Hotty..err Merida tu tolong alih boleh tak??Sibuk ajer.."
Aku mengambil kesempatan bergambar sementara menunggu Kaki Bro Naha di beri rawatan..
Giliran kaki aku Pulak Kejang..setelah cuba bertahan dari Sg Pelek sampai lah ke Bukit De'palma Inn Salak Tinggi, akhirnya aku dah tak boleh tahan lagi..Aku terbaring menahan kesakitan kaki kejang..memang dah tak boleh kayuh lagi sebab, asal berdiri aje, Kaki tarik..Arrghh..Rescue Team mana nie?? Rashid,Hakim dan Naha mengambil keputusan meneruskan perjalanan, dan meninggalkan aku sesorang menunggu safety car datang(Bini aku laa..) "Satu lagi ujian..tayar Sifu Rashid pancit kat Jenderam"
"Dah berkali pam angin, tapi disebabkan pam bukan highpressure punya, maka angin tak cukup tekanan"
nasib baik jumpa bengkel Motor..boleh le pam tayar sifu yang kempis tu.
Setelah bersusah payah, maka mereka meneruskan perjalanan, dan Tiba di TKP 24 Pada jam 3.45 petang..Aku pulak..sampai rumah jam 3.30 petang..dengan kereta..pasal kaki aku memang dah takleh kayuh lagi..duduk dalam kereta pun beberapa kali Kejang..sakitnya?? hui.. tuhan ajer la yang tahu. So Aku sorang aje yang tak complete 122 km..aku cuma abiskan 90 km sahaja..yang lain semuanya berjaya menamatkan kayuhan..aku tak puas hati..jadi..Bagan Lalang..Tunggu..aku akan datang lagi..
Pengajaran yang kami terima??
1) Dapatkan tidur/rehat yang cukup sebelum nak pegi endurance ride mcm nie..
2)Pastikan badan cukup bersedia..jangan demam pun gatal nak ride jugak.(mcm aku)
2)Pastikan badan cukup bersedia..jangan demam pun gatal nak ride jugak.(mcm aku)
3) Pastikan bekalan minuman dibawa secukupnya sepanjang perjalanan pegi dan balik
4)Spare tube,Pembuka tayar dan Pam Angin kene ada..
5)Bekalan perubatan kecemasan seperti minyak panas dan sebagainya..
No comments:
Post a Comment