Monday, November 26, 2007

Langat/Bukit Tekali Ride-25/11/07

Tarikh:24/11/2007 & 25/11/07
Hari: Sabtu & Ahad
Laluan-TKP 24-Highway Cheras kajang-Langat batu 14-Bukit Langat-Empangan semenyih/Langat-Sg Tekala-Semnyeih-Kajang-TKP24
Jarak:-66KM
Total Riding Hours:3 jam 7 minit 45 saat,Max Speed:-63.6 kmph, Average speed 21kmph.
Rider:-Sabtu(24/11/07)-Rashid,Naha & Ust Hakim.
Ahad (25/11/07)-Rashid & Gaweng.

Bagi aku, laluan kali ini lebih kurang sama aje cabarannya dengan dengan ride ke Bagan Lalang dulu, walaupun jaraknya Cuma separuh aje iaitu 66km..

Ride pada hari sabtu disertai oleh Ust Hakim, Rashid dan Naha..manakala Ride hari ahad, Cuma Aku dan Rashid sahaja.

Sebenarnya semalam aku cuma nak pegi light & easy ride dengan Bro suhaidi dan Bro Rimen aje.. maklumlah..nak jugak bagi semangat kepada Bro Rimen yang baru pertama kali kayuh nie..aku tak plan langsung pun nak ride sampai kesini.. tapi pada pukul 6.30 pagi tue aku terima call dari bro Rashid , ajak aku ride ke langat..dan tanpa berpikir panjang, aku bersetuju..Kami keluar sama-sama dari TKP 24, dan mula berpecah di simpang jenaris..

Berikut adalah serba sedikit catatan dan gambar ride semalam..
Kelihatan Bro Rimen sedang mengepam Tayar beskal baru beliau..Beskal nie dari mula beli bulan July hari tu, sampai la hari nie,baru nak kayuh..sampai angin pun kene pam balik..

Akhirnya Bro Rimen menyahut cabaran dari kawan-kawan..
Semalam,Rimen,Zamri,Suhaidi dan Zainul,pegi ke laluan Sg Long..Aku dan Bro Rashid, Menuju ke langat..
Good Luck Bro Rimen, dan tahniah sebab berani menyahut cabaran berkayuh nie..

**Gambar nie aku snap sebelum berpecah dengan diaorang..kat Simpang Tiga, Jenaris..

Waktu nak mula masuk ke laluan Nanding -Langat..laluan agak flat..aku dan rashid mula buat "placing"..laluan agak sibuk, tapi perjalanan lancar..

Jam baru pukul 8.00 tapi Matahari dah mula terik..hadui..cobaan..

Berenti untuk ambik oksigen secukupnya sebelum mulakan pendakian..Bukit nie sepanjang 4 km "straight Climbing"

"Sifu Rashid pun tak lepas kan peluang bergambar sebelum start Climbing"

"aku tertanya-tanya ape benda la yang mamat nie makan??naikbukit langat nie selamba ajer!! aku dah 3 kali berenti dan tolak basikal nie..
"hens..hens..hens..hadui..tinggi nyer..""I listen to my Body"
"Hee..hee akhirnya aku mendengar kata Badan aku..aku pun berenti lagi..untuk kali yang keberapa aku pun tak ingat..ceh buat malu aje..
"Lepas beberapa kali berenti rehat dan tolak basikal, aku sambung kayuh balik..menuju Puncak!!! yah..yah..yah.." Yeee..haaa..akhirnya aku sampai di puncak bukit.."aku tengok Bro Rashid, baik punya parking..siap bukak kasut lagi tunggu aku..hampeh.."

aku pun apa lagi..tak berenti..terus kayuh, pasal nak start down hill 2km..hemm memang best...laju..dan recover balik penat climbing tadi..Yeee...haaa"

bila sampai di bawah, kelihatan, group Surau Taman sri Haneco tgh berenti..aku tegur diaorang..dan berborak dgn diaorang..Ramai jugak..ada dekat 10 orang jugak diaorang nie..

Abg Din Dari Taman sri Haneco..tengah borak dengan Rashid..berlatar belakangkan Empangan Semenyih.."Dari kiri..AKu(Gaweng), Melvin dan Abg Din"

**Tengah Syok berborak,Dengan Abg Din, Tetiba kami disapa oleh Melvin Ng Joo Ngan..Hee..he..bangga nya aku dapat bergambar dengan National Cyclist.."Cuaca Terik..Pemandangan cantik..."
"Anak Murid dan Guru"
Masa nie Sifu Rashid bagi tau..Rupanya dia ada makan "Vitamin B Complex" untuk kekalkan kesihatan..patut ler power..
Ramai cyclist yang lalu kat situ hari tue..tak kurang dari 30 orang semuanya..macam ada tour pulak..

Seterusnya,Kami Join group Sri Haneco nie..kayuh ramai-ramai, menuju ke kawasan camping Sg Tekala..Minum kat kedai "angah"..Err..angah nie si dara pingitan kat situ kata abg Din laa..

"Terus terang cakap..Sifu Rashid yang ambik gambar nie..bukan aku.."

Err.. aku terpaku melihat Ke"indahan" ciptaan tuhan.. Himpunan Jentera dari TKP 24 dan Tmn Sri Haneco.

"Sebelum bergerak pulang dari Gerai"angah"

"Fuh..fuh..fuh..masa perjalanan balik, aku mula berfikir..haruskah aku teruskan perjalanan ini atau aku patut call bini suruh datang??"

**wajah aku yang dah mula kepenatan..cuaca hari tue memang betul-betul mencabar mental aku..namun aku teruskan jugak..sambil diketawakan oleh sifu..

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Group sri Haneco, sebab belanja saya dan Rashid Minum hari tue..insyallah, ada peluang, kami belanja pulak..








1 comment:

Anonymous said...

lama gak tak kayuh dgn bro rashin nie...last kayuh route lengging,pasne boler lah di roger2 kalu der event besh

Guess Tracker

eXTReMe Tracker