Hari: Sabtu & Ahad
Laluan-TKP 24-Highway Cheras kajang-Langat batu 14-Bukit Langat-Empangan semenyih/Langat-Sg Tekala-Semnyeih-Kajang-TKP24
Jarak:-66KM
Total Riding Hours:3 jam 7 minit 45 saat,Max Speed:-63.6 kmph, Average speed 21kmph.
Rider:-Sabtu(24/11/07)-Rashid,Naha & Ust Hakim.
Ahad (25/11/07)-Rashid & Gaweng.
Bagi aku, laluan kali ini lebih kurang sama aje cabarannya dengan dengan ride ke Bagan Lalang dulu, walaupun jaraknya Cuma separuh aje iaitu 66km..
Ride pada hari sabtu disertai oleh Ust Hakim, Rashid dan Naha..manakala Ride hari ahad, Cuma Aku dan Rashid sahaja.
Sebenarnya semalam aku cuma nak pegi light & easy ride dengan Bro suhaidi dan Bro Rimen aje.. maklumlah..nak jugak bagi semangat kepada Bro Rimen yang baru pertama kali kayuh nie..aku tak plan langsung pun nak ride sampai kesini.. tapi pada pukul 6.30 pagi tue aku terima call dari bro Rashid , ajak aku ride ke langat..dan tanpa berpikir panjang, aku bersetuju..Kami keluar sama-sama dari TKP 24, dan mula berpecah di simpang jenaris..
Berikut adalah serba sedikit catatan dan gambar ride semalam..
Kelihatan Bro Rimen sedang mengepam Tayar beskal baru beliau..Beskal nie dari mula beli bulan July hari tu, sampai la hari nie,baru nak kayuh..sampai angin pun kene pam balik..
Akhirnya Bro Rimen menyahut cabaran dari kawan-kawan..
Good Luck Bro Rimen, dan tahniah sebab berani menyahut cabaran berkayuh nie..**Gambar nie aku snap sebelum berpecah dengan diaorang..kat Simpang Tiga, Jenaris..
Waktu nak mula masuk ke laluan Nanding -Langat..laluan agak flat..aku dan rashid mula buat "placing"..laluan agak sibuk, tapi perjalanan lancar..
Jam baru pukul 8.00 tapi Matahari dah mula terik..hadui..cobaan..
"Sifu Rashid pun tak lepas kan peluang bergambar sebelum start Climbing"
"aku tertanya-tanya ape benda la yang mamat nie makan??naikbukit langat nie selamba ajer!! aku dah 3 kali berenti dan tolak basikal nie..
"hens..hens..hens..hadui..tinggi nyer.."
"I listen to my Body""Hee..hee akhirnya aku mendengar kata Badan aku..aku pun berenti lagi..untuk kali yang keberapa aku pun tak ingat..ceh buat malu aje..
Abg Din Dari Taman sri Haneco..tengah borak dengan Rashid..berlatar belakangkan Empangan Semenyih..Masa nie Sifu Rashid bagi tau..Rupanya dia ada makan "Vitamin B Complex" untuk kekalkan kesihatan..patut ler power..
Seterusnya,Kami Join group Sri Haneco nie..kayuh ramai-ramai, menuju ke kawasan camping Sg Tekala..Minum kat kedai "angah"..Err..angah nie si dara pingitan kat situ kata abg Din laa..
Err.. aku terpaku melihat Ke"indahan" ciptaan tuhan.. Himpunan Jentera dari TKP 24 dan Tmn Sri Haneco.

"Sebelum bergerak pulang dari Gerai"angah"
"Fuh..fuh..fuh..masa perjalanan balik, aku mula berfikir..haruskah aku teruskan perjalanan ini atau aku patut call bini suruh datang??"
**wajah aku yang dah mula kepenatan..cuaca hari tue memang betul-betul mencabar mental aku..namun aku teruskan jugak..sambil diketawakan oleh sifu..
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Group sri Haneco, sebab belanja saya dan Rashid Minum hari tue..insyallah, ada peluang, kami belanja pulak..















Wajah -wajah kepuasan setelah berjaya sampai ke bagan lalang..



Giliran kaki aku Pulak Kejang..setelah cuba bertahan dari Sg Pelek sampai lah ke Bukit De'palma Inn Salak Tinggi, akhirnya aku dah tak boleh tahan lagi..
Aku terbaring menahan kesakitan kaki kejang..memang dah tak boleh kayuh lagi sebab, asal berdiri aje, Kaki tarik..Arrghh..Rescue Team mana nie?? Rashid,Hakim dan Naha mengambil keputusan meneruskan perjalanan, dan meninggalkan aku sesorang menunggu safety car datang(Bini aku laa..)
"Satu lagi ujian..tayar Sifu Rashid pancit kat Jenderam"
"Dah berkali pam angin, tapi disebabkan pam bukan highpressure punya, maka angin tak cukup tekanan"
nasib baik jumpa bengkel Motor..boleh le pam tayar sifu yang kempis tu.