Wednesday, November 7, 2007

Putrajaya-Lok Yew (New Highway) Ride

Tarikh: 2/11/2007
Laluan: Putrajaya(Lim kok Wing Univ.-Serdang-Bukit Jalil-Salak South)
Jarak: 60km++
Masa Mula: 11.00 malam..
Masa tamat:2.30 pagi..
Rider Yang Hadir
1)Rashid-Fondriest
2)Hakim-Proton T-Bolt
3)Naha-Fuji Finest
4)Gaweng- Scott Usa
5) De Luca-Bianchi..err..sorry x hadir..
**Catatan..jangan tertipu dengan Tarikh pada gambar, kerana "date setting" pada Kamera yang kami Gunakan memang tak betull..hampeh..

Pengangkutan yang kami gunakan untuk mengangkut basikal kami ialah Ford Ranger Milik Al Fadhil Al Ustaz Hakim..laluan yang kami akan kayuh nie adalah highway baru ..belum digunakan lagi..iaitu Highway Putrajaya-Kuala Lumpur(Loke Yew)..jadi memasing teruja sebab, nak jadi org pertama yang rasmi jalan tu..dan laluan nie tidak sesuai untuk orang yang berhati rapuh, dan mudah mengalah..

Kelihatan Rashid dan saya sedang memulakan kerja-kerja memunggah beskal ..
Hari nie baru aku tahu..Bro Rashid memang suka bergambar..Kih..kih..kih..

Kat depan rumah Bro Naha, Rashid sibuk menguruskan beskal Fuji Bro naha, semntara Ust Hakim dan Bro Naha sendiri, sibuk berposing..

"aku tak kira! aku tak kira!! aku nak ikut jugak.." kata Suhaidi.."sorry la Bang..nak ikut, kene pakai pakaian yang betul laa.." Kata Bro Rashid Pulak..
Rashid: Kat sini la aku letak tayar ngko tadi..betull aku tak tipu..
Naha: Abih kalau engko letak sini apsal takder??
Gaweng:err bang kat sebelah sini la..tu ada dah siap ikat pun..
Yah! Yah!..masa untuk bergambar sebelum kayuh..
Lampu "lip-lap" pun dah mula menyala..tak sabar dah nie..

Antara Barisan Jentera malam tue..semua dah ready..nak rasmikan highway baru..

Err Tak Abih lagi ke bergambar??bila nak start kayuh nie??

Yeeehaaa......Laju giler sampai gambar pun Blurr..actually, laluan nie memang mencabar, sebab berbukit bukau..so kami pantang downhil..memang laju ajer..(memang mencabar..
Dari kiri: Bro Rashid,Gaweng,Bro Naha dan Ust Hakim...err De Luca mana?? Dia takder dalam gambar pasal dia tak datang...kah..kah..kah.
Muka-muka kepenatan+mengatuk..masa nie pukul 4.00 pagi..kami berenti minum kat kedai mamak Impian Maju..sebelum pulang..

2 comments:

Anonymous said...

Congatulations to Gaweng for a nice post. However, to my surprise my name was mentioned twice - at the begining and ending of the post. As if, I didn't join the ride is a big loss to those riding on this event. Perhaps, he did it with a good intention as my bike only clocked less than 100 km. Most of the time sitting inside my house collecting some dusts.

Anonymous said...

Hebat laaa korang ni. Lelaki sejati.. bertuah laa isteri2 korang. Sebab ada hamba Allah tu kata, pengalaman dia naik basikal ni.. lama 'belayar'nya . InsyaAllah nanti saya nak join lah.. eh basikal racing satu berapa?

Guess Tracker

eXTReMe Tracker